Connect with us

Hiburan

“Wahh kecik lagi dah hensem, sayang sayang adik sekali nak sm4ckd0wn pulak” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 694dee0ef32a19aa48b1fdec82b9734a

Menjadi ibu kepada dua orang cahaya mata sudah cukup membuatkan pelakon utama drama Projek Memikat Suami ini merasakan kehidupannya kini lengkap. Emma Maembong atau nama sebenar beliau Fatimah Rohani Binti Ismail ini memutuskan untuk mengakhiri zaman bujang dengan cinta hatinya iaitu Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020, kira-kira tiga tahun yang lalu.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Di lahirkan dalam keluarga yang mempunyai adik beradik yang ramai, Emma juga mengimpikan untuk mempunyai anak yang ramai untuk membina keluarganya sendiri.

World Wide24.com 3ea9ad92329a9b7f037e97b73d18af9b

Biarpun mengakui bahawa tugas sebagai seorang ibu bukannya mudah, namun Emma menganggap anak-anak sebagai penyeri kehidupan berumah tangga.

Untuk rekod, Emma berkahwin dengan Muhammad Shazli Azhar yang merupakan seorang juruterbang. Hasil perkongsian hidup berdua, Emma dan Shazli mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel dan Shakil Aryan Shah yang lahir pada 10 Mei lalu.

World Wide24.com 38280c7f2ca68da42c9b469e10df3e7d

Menerusi satu perkongsian terbaru di Instagram Shariq, beberapa keping gambar dan video Shariq bersama adiknya telahpun di kongsikan buat tatapan para peminat kanak- kanak cilik itu.

Shariq di lihat mendukung adiknya Shakil dan bermain bersama di dalam sebuah bilik sambil di awasi oleh Emma sendiri.

Pada awalnya Shariq menc1um pipi adiknya Shakil namun selepas itu, Shariq memeluk kepala adiknya membuatkan Emma bertindak meleraikan anak- anaknya.

Mengintai ke ruangan komen Netizen berkata raut muka Shariq seiras wajah Emma manakala raut muka adiknya Shakil pula seiras wajah bapa mereka Shazli.

World Wide24.com E2fa967cfdaab0333d1023aa2d849c92

Kedua- dua anak kepada pelakon utama drama Kimchi untuk Awak itu memiliki rupa paras yang comel dan mempunyai kulit putih gebu seperti ibu bapa mereka. Netizen yang melihat gelagat kedua orang adik beradik itu juga merasa geram dengan kecomelan dua beradik berkenaan.

Sebelum ini Emma pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya ingin memiliki anak yang ramai dan tidak kisah sekiranya setiap tahun mengandung.

Emma juga mempunyai adik beradik yang ramai dan sudah terbiasa dengan suasana yang meriah.

Segelintir Netizen juga bersetuju sekiranya Emma memiliki cahaya mata yang ramai memandangkan anak- anak Emma dan Shazli juga sangat comel. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

World Wide24.com 4940c6cadfb19684cf947148fbc84d1b

Anak sulung dan anak kedua juga lelaki, mungkin selepas ini Emma pasti akan mencuba untuk dapatkan anak perempuan pula. Yang pasti, anak perempuan mesti cantik jelita macam ibunya.

Sumber: ig shariqgabriel

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!