Hiburan
“Bila Watie ketawa eh macam arwh Sarah lah” – Netizen
Tanggal 6 Mei yang lalu pelawak dan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib Sepahtu telah selamat bertunang dengan Watie Hanifah dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam. Berita gembira mengenai majlis pertunangan berkenaan dikongsikan sendiri oleh empunya badan iaitu Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhammad menerusi hantaran berbentuk video di media sosial beliau.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Bulan lalu, Shuib mengesahkan bakal memperisterikan Watie selepas hampir dua tahun bergelar duda. Shuib mendedahkan beliau bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada bulan Jun hadapan bersama wanita yang sekian lama sudah di gossipkan mempunyai hubungan dengan beliau iaitu usahawan Watie Hanifiah. Pengumuman pelawak berkenaan sekaligus telah menamatkan teka teki hubungannya bersama Watie Hanifiah selama ini.
Memandangkan tarikh pernikahan pasangan ini sudah semakin hampir, Shuib dan Watie telah di jemput menjadi tetamu undangan program hiburan Meletop malam tadi untuk berkongsi mengenai hari bahagia mereka yang bakal tiba pada 23 Jun ini.
Pasangan ini juga mendedahkan bahawa kisah percintaan dan pernikahan mereka juga akan di kongsikan di sebuah program tv nanti.
Di kesempatan itu juga, Shuib mengakui bahawa beliau sebenarnya telah mendapatkan persetujuan dan restu daripada anak anaknya sebelum mengambil kepuuutusan untuk berkahwin kali kedua.
Hari ini, anak perempuan kepada pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib Sepahtu iaitu Dzahira Talita Zahra menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 12.
Bersempena hari cukup bermakna itu, tunang kepada Shuib yang juga usahawan Watie Hanifiah membuat ucapan istimewa kepada Talita menerusi Instagram peribadinya.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Watie mengucapkan terima kasih kepada Talita atau mesra dengan sapaan Dekta kerana sentiasa ada bersamanya. Dalam masa sama, Watie turut berterima kasih kepada Dekta kerana sudi menerima dirinya sebagai bakal ibu baharu.
Dalam pada itu ruangan komen di hantaran berkenaan dihujani dengan komen komen daripada para netizen yang menyamakan gaya ketawa Watie yang sangat mirip dengan arwh Siti Sarah setelah Watie memuatnaik video yang memaparkan momennya bersama Talita tersebut.
Gelagat Watie bersama anak Shuib itu telah membuka mata para netizen selama ini yang sering mempertikaikan Watie sebagai pilihan hati Shuib untuk menjadi suri hati dan menjaga anak anak beliau. Netizen memuji karakter Watie sebagai seorang yang periang dan sukakan kanak kanak.
Shuib mengakui dengan adanya Watie, beliau kini mempunyai sistem sokongan yang baik, namun menegaskan 4rwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin tetap tiada galang gantinya.
Cuma apabila melihat wajah anak- anak, Shuib merasakan perlu untuk seseorang berada bersamanya untuk mencurahkan kasih sayang bersama anak- anak.
Malahan netizen juga mengakui bahawa tidak semua wanita mempunyai sifat keibuan dan boleh menerima kehadiran anak anak bakal suami dengan ikhlas. Berikut di kongsikan komen komen netizen terhadap perkongsian hantaran video berkenaan.
Terdahulu, Shuib kehilangan 4rwah isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah yang mngg4l dunia akibat di jangkiti cvd pada 9 Ogos 2021.
Hasil perkongsian hidup berdua pasangan berkenaan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Maatin dan Ayash Affan yang kini baru sahaja berusia hampir 2 tahun.
Sumber: Instagram iamwatie
Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen