Connect with us

Hiburan

“Jgn tayang untuk tatapan semua, malula sikit” – Netizen

Published

on

World Wide24.com Ddbaca5a0ad0f48f45c2a44b3f180656 Scaled

Ada pasangan yang tak kisah menunjukkan kasih sayang di hadapan orang lain lebih-lebih lagi di laman sosial masing-masing. Ada pula yang lebih suka menghadkan batasan untuk menayangkan rasa cinta dan kasih sayang dirinya dengan insan tersayang. Tak selalu juga menunjukkan momen bersemut, tampaknya hantaran selebriti cantik bergaya, Rozita Che Wan atau Che Ta kali ini mengundang sungguh…

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Masakan tidak, video hantarannya memperlihatkan dirinya dan suami tersayang, aktor, Zain Saidin sedang ‘berkasih-sayang’ menyebabkan ada pula yang ‘s4kit mata’ memandang. Gamaknya rasa macam mata digigit semut.

World Wide24.com 9ec0f8254a7ce009bdb746caae779822

Hinggakan ada netizen di ruangan komen yang meminta agar Che Ta yang videonya menunjukkan dirinya sedang dipelvk erat Zain agar tak terlalu menayangkan kebahagiaan sedang mereka kecapi. Entah apa yang dirisaukan gamaknya…

“Jgn tayang utk tatapan semua.malu sikit la.”, “, xpe la tyg2 pun, kalau yg xkawin lagi tu seghabut tgok.. yg ni kalau brbulu mata pun, sengap2 sudah, swipe ja kak tipah oiii..”, “betul tu nanti tgkk mata dapat dosa”.

World Wide24.com Bcc58c4eef92052302d2b216ca75d552

“bukan selalu dia tayang haishhh bagi la can”, “Artis sekarang ni.. Tak tahu malu”, “normal…dunia akhir zamsn..tayang semua..”, “To much ek rozitachewan1 show off hahaha”, “Anda tidak menghorm4ti orang single”.

Itu antara komen netizen. Netizen yang ‘berbulu’ biji mata merasakan tak patut aksi suami isteri sedemikian ditonjolkan untuk menjadi tontonan kerana malu dilihat org, selain didakwa tak sesuai dengan budaya kita.

World Wide24.com 37ef8011254ceb919c3526655c1d3091

Sebaliknya ada yang merasakan tak salah juga kalau Che Ta dan Zain mahu menunjukkan kasih sayang mereka sekali sekala.

Boleh juga jadi contoh pasangan lain terutama dalam kalangan suami agar tahu membahagiakan isteri.

Terdahulu dalam video berkenaan menunjukkan, Che Ta meminta agar suaminya yang sedang merangkul erat pinggangnya ketika itu agar membelikan barangan kemas untuknya sebagai hadiah sempena Hari Ibu. Katanya apa yang ada belum cukup.

World Wide24.com Cd3733e6f4b2e5e03b879f9b70276982

Justeru dia mengajak Zain pergi ke kedai emas. Agak mencuit hati, sampai juling mata Zain mendengar ajakan isterinya itu. Gamaknya dalam masa sama, dah namanya selebriti, tentunya Che Ta buat reviu produk juga.

Apa pun tak selalu Che Ta belanja tunjukkn kasih sayangnya dengan suami. Biarlah… Bergelar pasangan suami isteri pada 13 Disember 2013, pada 1 November 2014 mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aasiyah Dhia Rania, kini 9 tahun.

World Wide24.com 8fd1ee9282baa410e678db572ba5178a

Sumber : IG Rozita Che Wan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!