Connect with us

Hiburan

“Beraninya dia, klo I dah jerit dah” – Netizen

Published

on

World Wide24.com A5e15be089aaea72f2e47be2a1aa4203 Scaled

Anak kepada pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sentiasa mencuri perhatian netizen di media sosial. Dua orang anak pasangan ini iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah juga mempunyai akaun Instagram masing masing dan mempunyai bilangan pengikut yang ramai. Malahan apa jua ragam dan gelagat kedua adik beradik tersebut juga membuatkan netizen geram dengan kecomelan mereka berdua.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Setiap kali musim perayaan pastinya kanak kanak yang paling teruja untuk menerima duit raya. Terdahulu, Hanis pernah berkongsi satu video yang memaparkan gelagat Yusuf dan Alisa membuka setiap sampul duit raya hasil pemberian keluarga dan kenalan rapat. Terukir senyuman di raut wajah dua adik beradik ini melihat jumlah wang ringgit yang di terima mereka biarpun nilainya RM1.

World Wide24.com 23c49df4681c45c142c3c1c638c80507

Reaksi ikhlas kedua adik beradik itu yang begitu gembira menerima duit raya mencair kan hati netizen. Wargamaya juga memuji cara didikan Hairul dan Hanis yang mengajar anak-anak mereka untuk menghargai setiap pemberian yang diterima.

Apa yang lebih menyentuh hati netizen apabila tindakan Yusuf juga turut menadah tangan untuk berdoa dan melahirkan rasa syukur dengan rezeki yang diterima.

World Wide24.com 19e2889479262e0eff6f782026890c0c

Umum mengetahui, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering berkongsi mengenai aktiviti yang dilakukan mereka bersama dengan anak-anak sehingga berjaya meraih perhatian ramai.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Hairul, baru-baru ini Hairul berkongsi video yang memaparkan anak perempuannya, Alisa Aisyah sedang meluangkan masa bersama ibunya Habsah Desa.

Di dalam video yang di kongsikan oleh Hairul itu, Alisa kelihatan sedang membuang ulat beluncas yang menyerang tanaman dan pokok di dalam pasu di sekitar halaman rumah ibu Hairul.

Keberanian Alisa yang langsung tidak mempunyai perasaan takut mahupun geli ketika memegang dan membuang ulat beluncas berkenaan membuatkan netizen kagum dengan kanak- kanak tersebut.

Pada usia yang sangat muda, Alisa sangat berdikari dan tidak berasa takut untuk berhadapan dengan apa jua keadaan.

World Wide24.com 277b948951963e45d67a018764954a53

Bukan itu sahaja, ada netizen yang mengatakan bahawa pasangan suami isteri ini sudah mengajar anak-anak mereka untuk menjadi berani semenjak awal bayi lagi dan oleh kerana itulah, anak anak mereka juga tidak kekok untuk melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan kanak kanak seusia mereka.

Walaupun begitu, segelintir netizen salah faham beranggapan ulat yang di pegang oleh Alisa itu adalah ulat bulu dan boleh menyebabkan rasa gatal.

Bagaimanapun rata- rata netizen pula berkata mereka tidak berani seperti Alisa dan akan menjerit ketakutan sekiranya di suruh pegang ulat tersebut. Berikut di kongsikan komen komen netizen yang lain.

World Wide24.com 0da75215525920a4d04e86bb9b3eb70e

Tidak mudah untuk menyesuaikan kanak kanak dengan aktiviti lasak dan mengajar mereka menjadi berani sejak kecil. Namun begitu, netizen memuji sikap Hairul dan Hanis yang mengajar anak-anak mereka melakukan aktiviti lasak dan berani di awal usia kanak-kanak.

Untuk rekod, Hanis mendirikan rumah tangga dengan Hairul pada Jun 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 7 dan Alisa Aisyah, 4.

Sumber: ig hairul azreen

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!