Connect with us

Hiburan

“Jangan la ajar Nyamma nipu, spray la perfume ke sapu lotion sikit ke kt panda tu” – Netizen

Published

on

World Wide24.com 9ebbe533123d1dc078a59f0873e427f5

Sebelum ini, pasangan romantik Fazura dan Fattah berkongsi dengan para peminat mereka bahawa mereka berdua merancang untuk memiliki zuriat kedua pada tahun ini. Tidak di nafikan, ianya sebagai pelengkap kebahagian rumah tangga mereka apatah lagi jika dikurniakan dengan zuriat lelaki. Meskipun begitu, Fazura mahupun Fattah tidak memilih jika mereka dikurniakan dengan zuriat perempuan asalkan bayi tersebut berada dalam keadaan sihat.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Fazura mendedahkan bahawa beliau sebenarnya merancang untuk bersalin pada penghujung tahun ini memandangkan anaknya Fatima akan mencecah usia 3 tahun tidak lama lagi. Bagaimanapun, pasangan ini hanya berserah di atas ketentuan Tuhan.

World Wide24.com Dffb0f536c423c3e4fd6cd78f513c0b6

Sebelum ini, wajah jelita Fazura kerap muncul di kaca televisyen dan layar perak. Kehebatan lakonannya tidak dapat dinafikan. Berilah apa sahaja watak, tentu sahaja ibu kepada seorang cahaya mata itu dapat menterjemahkannya dengan aura yang luar biasa.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, kemunculan Fazura semakin berkurangan sekali gus membuat peminat berteka-teki sama ada pelakon filem Pis4u Cukur itu masih aktif dalam lapangan seni atau tidak.

World Wide24.com 7f746504c32ef91860c97ec10abecfa1

Meskipun kerjaya seninya bergerak perlahan, namun Fazura semakin sibuk menguruskan perniagaan, keluarga termasuk rumah produksi, Fazura Pictures. Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin turut bersyukur kerana Allah mempermudahkan segala urusannya termasuklah dalam menguruskan kerjaya, bisnes dan rumah tangga.

Walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan namun beliau masih tetap meluangkan masa berkualiti di rumah dan bijak mengatur masa bersama keluarga.

World Wide24.com A29dc433bb4025a63ebdefad6c2b6a5e

Menerusi satu perkongsian di Instagram peminat pasangan ini, satu video yang memaparkan Fatima sedang bermain dengan anak patung panda telah di paparkan. Ketika itu, Nyamma sedang bermain anak patung panda dan Play-Doh sambil di temani oleh kru penggambaran yang lain.

Fattah kemudiannya meminta anaknya itu untuk berlakon seolah oleh sedang menjalani penggambaran untuk iklan. Fazura meminta Fatima untuk menc1um patung panda dan mengatakan patung tersebut wangi.

Fatima menurut permintaan ibunya itu. Pada awalnya Fatima hanya menurut kata ibunya mengatakan patung tersebut berbau wangi namun begitu setelah di minta untuk menc1um patung panda buat kali kedua, Fatima menafikan patung tersebut berbau wangi.

Penafian Fatima itu membuatkan Fattah dan Fazura bersama beberapa kru lain ketawa kerana terhibur dengan kejujuran Fatima dan melihat gelagat kanak- kanak itu mengelengkan kepala menunjukkan anak patung panda tersebut tidak berbau wangi seperti di minta ibu bapanya.

World Wide24.com 8aefea3435cb9f87616e1f7c33d27c53

Menjengah ke ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Ada netizen yang kurang senang dengan permintaan Fattah dan Fazura yang meminta anak mereka mengatakan anak patung panda tersebut berbau wangi sedangkan anak patung tersebut tidak berbau wangi.

Menurut netizen, sepatutnya sebagai ibu bapa, jangan lah mengajar anak untuk bercakap tidak benar.

Bagaimanapun, netizen memuji Nyamma sebagai kanak- kanak yang sangat jujur dan tegas kerana walaupun di minta ibu bapanya untuk berlakon mengatakan anak patung panda tersebut berbau wangi namun Nyamma tetap mengatakan anak patung tersebut tidak wangi. Berikut di kongsikan komen netizen.

World Wide24.com 9f1266f2ad2db358c6acea0401c431b6

Hakikatnya kebanyakkan kanak- kanak yang seusia dan hampir sebaya dengan Fatima memang tidak pandai menipu dan hanya bercakap perkara yang benar mengikut apa yang mereka lihat, rasa dan bau.

Jujur betul kanak- kanak. Jadi kita sebagai orang dewasa jangan la mengajar mereka sesuatu yang kurang sesuai dengan usia mereka.

Sumber: Instagram fattzuralovelife

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!