Connect with us

Hiburan

“Nampak tua Aisyah, make up tebal sgt”- Netizen

Published

on

World Wide24.com Be43ad9197c06aacab09e74d67a6da2f Scaled

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau mesra di panggil Che Ta. Penampilan Che Ta yang sentiasa vogue meskipun usia sudah mencecah 50an membuatkan ramai yang menjadikan dirinya sebagai inspirasi. Setiap kali berkongsi gambar atau video menerusi laman instagramnya pasti perkongsiannya itu meraih perhatian netizen.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Che Ta juga antara selebriti yang tidak lokek berkongsi aktiviti seharian dan kehidupan peribadinya dalam media sosial. Malahan anak perempuannya Aaisyah Dhia Rana juga sering kali mencuri tumpuan wargamaya dengan gelagatnya yang tersendiri. Che Ta juga turut berkongsi momen- momen bersama anak perempuannya untuk tatapan umum menerusi Instagram.

World Wide24.com C0a4954b41d31ad3f4ce43d4670806eb

Sebagai rekod, Che Ta mendirikan rumah tangga bersama pelakon Zain Saidin pada Disember 2013 dan di kurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana.

Che Ta juga sebelum ini mendedahkan pernah berkahwin selama 10 tahun sebelum berpisah dengan bekas suaminya. Hasil perkahwinan terdahulu, beliau mempunyai dua orang cahaya mata lelaki iaitu Ammar Affendy dan Aniq Ezzra.

World Wide24.com Ebc02211eeb54428be499af1565fe393

Sejak akhir- akhir ini, Che Ta sering menjadi target netizen di media sosial. Ada sahaja perkara yang tak senang di mata netizen sama ada mengenai Che Ta sendiri mahupun melibatkan keluarga beliau.

Sempena sambutan hari raya aidilfitri tahun ini, ramai selebriti yang berkongsi gambar kenangan sambutan hari raya bersama keluarga. Che Ta juga tidak ketinggalan berkongsi beberapa gambar sekitar sambutan hari raya buat tatapan para peminat di media sosial.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram, Che Ta juga memuatnaik gambar terbaru anak perempuannya Aaisyah Dhia Rana menyarung baju berwarna ungu. Baju raya berwarna ungu tersebut merupakan busana untuk hari raya kedua memandangkan Che Ta sekeluarga menyarung baju berwarna biru muda pada hari raya pertama.

Namun begitu, gambar Aaisyah tersebut menerima kecam4n netizen memandangkan wajah Aaisyah yang berusia 9 tahun itu sarat dengan solekan tebal. Tindakan Che Ta membenarkan puteri tunggalnya Aaisyah Dhia Rana bersolek pada usia yang muda adakalanya menimbulkan rasa kurang senang dalam segelintir netizen sebenarnya.

World Wide24.com 66d9b093127c6ae99eaf325b8c313f19

Tegas Che Ta, anak bongsunya itu sangat gemar melaram seperti dirinya. Sejak kecil, aktiviti bersolek dan melaram sudah menjadi hobi Aaisyah. Apatah lagi Aaisyah hanya ingin melakukan perkara yang dirinya sukai.

Menjengah keruangan komen, netizen berpendapat bahawa kanak- kanak tersebut tidak membesar mengikut usia apabila di dedahkan dengan solekan tebal sejak di usia kanak- kanak. Namun ramai juga netizen yang memuji wajah anak dara Che Ta itu yang kelihatan cantik jelita dan sangat pandai bergaya. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

World Wide24.com 40897e2791dfcaab288061c837d90145

Sikap Aaisyah Dhia Rana yang gemar melaram ini sememangnya sudah diketahui ramai semenjak dari kecil lagi kerana mengikuti sikap ibunya yang gemar bergaya dan menjaga penampilan ibarat kata pepatah kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, begitu jugalah yang boleh dikatakan mengenai Aisyah.

Oleh itu kongsi Che Ta lagi, tidak wajar untuk beliau memarahi Aaisyah tanpa sebab. Sekiranya Che Ta melarang, Aaisyah akan merajuk dan tidak pasal pula beliau perlu memujuk anaknya itu.

Tambahan pula, kesukaan dan minat anak perempuan bongsunya itu untuk bersolek dan bergaya di warisi daripada dirinya sendiri yang sejak dari dahulu gemar berhias.

Sumber: Instagram rozita che wan

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!