Hiburan
“Alhamdulillah Lofa dah jadi ustazah”- Netizen
Jika dahulu, Neelofa sering menerima perhatian ramai kerana fesyen- fesyen yang digayakan beliau sering di anggap pelik, namun kini setelah berkahwin dan membuat kepuutusan memakai niqab, selebriti berkenaan lebih selesa memilih pakaian yang longgar dan menutup aurat seiring dengan penampilan terkini beliau. Pelbagai pujian yang di berikan oleh para peminat terhadap pakaian Neelofa itu.
Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!
Sebagai rekod, bekas pengacara Meletop ini telah mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas, Muhammad Haris Ismail atau lebih mesra disapa PU Riz pada Mac 2021 dan dikurniakan seorang anak, Muhammad Bilal.
Sementara itu, Neelofa turut memberitahu akan berangkat ke Tanah Suci pada 23 Februari ini bersama suami dan putera sulung mereka, Muhammad Bilal selain beberapa anggota keluarga lain. Menurut Neelofa, dia akan berada di Mekah dan Madinah selama 12 hari untuk melakukan ibadah umrah.
Kehadiran Neelofa kali ini ke tanah suci bersama putera sulungnya Muhammad Bilal juga menjadi lebih manis dan pastinya meningg4lkan kenangan serta pengalaman yang berbeza. Untuk memudahkan urusan melakukan ibadah, Neelofa turut membawa seorang pembantu untuk menjaga Bilal.
Perkongsian terbaru di Instagram peminat Neelofa memaparkan Neelofa sedang memberikan taklim mengenai kelebihan perkataan lailahailallah dan juga kisah nabi yang berkaitan dengannya.
Ramai para peminat Neelofa yang sudah mula merindui kelibat selebriti kesayangan mereka itu di media sosial. Sejak berangkat ke tanah suci mekah beberapa hari yang lalu, para peminat melepas rindu dengan berkongsi video- video yang di muatnaik oleh ahli keluarga Neelofa untuk di kongsikan semula di Instagram para peminat.
Antara gelagat lain yang di rakamkan antaranya ialah tazkirah yang di berikan oleh Ustaz Haris dan juga wajah comel anak Neelofa iaitu Muhammad Bilal yang di rakamkan oleh para jemaah yang turut mengikuti pakej umrah yang sama dengan Neelofa sekeluarga.
Perubahan positif yang di tunjukkan oleh Neelofa ini selayaknya beliau di angkat untuk menjadi contoh dan ikon kepada masyarakat.
Mengikuti jejak langkah suaminya yang merupakan seorang Ustaz, Neelofa juga berjinak jinak mengambil inisiatif menyebarkan ilmu agama menerusi majlis taklim dan perkongsian ilmu dengan para jemaah yang lain.
Sebagai selebriti yang mempunyai ramai peminat dan juga peng4ruh dari segi perniagaan, Neelofa juga menjadi teladan untuk sama- sama mengajak para peminat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Berikut antara pujian yang di berikan oleh netizen.
Ketika di Malaysia, Neelofa juga sering menganjurkan majlis ilmu dengan menjemput rakan rakan artist untuk hadir ke majlis berkenaan. Ramai yang menyenangi keperibadian Neelofa yang semakin mendekatkan diri dengan ilmu keagamaan setelah mendirikan rumahtangga dengan PU Riz. Tahniah Neelofa sudah menjadi contoh yang baik buat para peminat.
Sumber: ig lofa.world
Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan
-
Hiburan3 years ago
“Aik..bila Kak Engku pregnant?” – Nabila Huda
-
Hiburan4 years ago
“Ko beranak kan bidadari ke apa ni” – Azza Elite
-
Umum4 years ago
“Patutlah saya tengok Naim sejuk hati, baik hati jaga kucing saraf r0sak”
-
Hiburan1 year ago
“Ni Hannah Delisha versi mini mini la ye, cantiik betul”-Netizen
-
Hiburan4 months ago
“Tak halal sis, area rumah saya je ni” – Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wehh terkejut tgk perut akak nasib ternampak tgn tu” – Netizen
-
Hiburan1 year ago
“Taj4m mata sis blh nmpk walaupn dh masuk dlm mangkuk”- Netizen
-
Hiburan3 years ago
“Wanita hebat yg byk kali d0wn tp tetap teguh, membesarkan anak2” – Netizen