Connect with us

Hiburan

“Cantik kak Jannah tpi jgn lh sekci sgt” – Netizen

Published

on

B3486E5A 50C2 4F65 A8CC 488638EA2851 Scaled

Jika sudah menjadi selebriti terkenal, apa saja kegiatan yang dilakukan setiap hari pasti bakal menjadi sorotan ramai. Bukan itu sahaja, malah penampilan seseorang artis itu juga sering mendapat kritikan jika tak kena di mata peminat dan netizen. Maka tidak hairan jika seseorang artis itu akan menitikberatkan penampilan setiap hari sebelum melakukan tugasan malah berkongsi di media sosial untuk tatapan ramai.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Artis cantik Nurul Jannah Muner atau lebih popular dengan nama Janna Nick ini seringkali terpalit dengan berbagai kontroversi sejak menceburkan diri dalam bidang hiburan. Terkenal dengan bakatnya sebagai seorang pelakon, pengacara juga penyanyi, ramai yang tidak tahu bahawa Janna juga hebat dalam membawakan watak di pentas teater.

IMG 3825

Tidak pernah mengihiraukan segala kritikan buruk dari netizen sejak dari dahulu lagi, kini namanya sudah lebih dikenali dan popular dalam kalangan selebriti tempatan. Sikapnya yang aktif dan sentiasa ceria ini juga membuat dirinya disenangi ramai orang.

Namun semenjak dua menjak ini, penampilan Janna Nick seringkali mendapat perhatian lebih dari kalangan netizen. Ramai yang berpendapat bahawa pakaian yang dikenakan Janna Nick kini lebih menjolok mata dan ketat dari sebelumnya.

IMG 3826

Janna yang kini sedang berada di negara seberang iaitu Thailand sempena menyambut hari kelahirannya bersama rakan-rakan dan teman lelaki, telah dikritik teruk disebabkan  pakaiannya yang terlihat s3ksi.

Video itu telah dikongsi oleh Janna sendiri di Instagramnya untuk berkongsi bersama peminat, namun ternyata ramai netizen lebih tertumpu kepada pemakaian yang dikenakan oleh Janna sewaktu di Thailand kini.

IMG 3827

Bukan itu sahaja, perbuatan Janna yang terus meluru jalan tanpa melihat keadaan sekeliling turut ditegur oleh netizen. Ini disebabkan ada seorang wanita yang terpaksa berhenti dan memberikan jalan kepada Janna disebabkan perbuatannya yang sambil lewa itu.

A29f94e0 1fb9 4b60 A83d 62fc67c27a17

Apa pun memang seronok tengok Janna bercuti di Thailand. Cantik-cantik betul tempat disana. Bertuah Janna ada rakan dan teman lelaki yang sanggup meluangkan masa bersama ke Thailand untuk sambut hari jadi Janna.

Sumber: Instagram Janna Nick

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!