Connect with us

Hiburan

“Kalau tny Fahri knp suka ubuh tgn kat blkg, inilah jawapannya”- Dayah Bak4r

Published

on

Polish 20220313 215720135 Scaled

Kita sudah tahu bahawa anak yang kita pelihara dan didik dengan seeloknya sedikit sebanyak akan mengikuti jejak langkah kita. Sama ada ia dari segi minat atau dari segi penampilan dan sebagainya, sedikit sebanyak mereka akan mengikuti cara kita. Anak-anak ini lebih banyak pelajari dari apa yang mereka lihat ketika mereka kecil. Sebab itulah akan sedikit sebanyak cara, minat dan penampilan kita akan mempeng4ruhi anak-anak kita.

Selalu terlepas gosip terhangat? Join Whatsapp Channel MEDIA PUYU Sekarang!

Semua sudah kenali siapakah Dayah Bak4r, seorang personaliti televisyen yang sangat ceria dan sopan. Beliau yang memulakan karier beliau apabila beliau memasuki program realiti tv Projek 3R pada tahun 2013 dan menjadi penyampai radio di iM4u.fm pada tahun 2014.

Screenshot 20220313 213922 Instagram

Bukan itu sahaja, beliau juga berbakat dalam nyanyian dimana beliau pernah mengeluarkan lagu single berjudul “Lebih dari Terindah” berduet dengan penyanyi lelaki Nomad. Beliau juga pernah menulis lirik lagu untuk beberapa artis seperti Caprice dan Lena AF9.

Namun untuk masa sekarang, beliau lebih banyak fokus dalam mengurusi hal rumahtangga beliau dan menjaga anak lelaki beliau iaitu Achbar Muhammad Fahri di Australia bersama suami tercinta.

Screenshot 20220313 213955 Instagram

Peminat-peminat Dayah sudah ketahui bahawa anak Dayah Bak4r iaitu Fahri sangat cerdik orangnya walaupun beliau masih di usia yang sangat kecil. Beliau sangat bijak dalam menghiburkan bukan sahaja ibu bapanya malah para netizen laman ig ibunya.

Baru-baru ini, Dayah Bak4r ada berkongsi sebuah video dimana anak lelakinya itu mengikuti gaya bapanya berdiri. Gayanya itu dilihat dalam keadaan senang diri meletakkan kedua belah tangan ke belakang badan.

Screenshot 20220313 214038 Instagram

Didalam ruangan kapsyen pula, Dayah Bak4r sempat berseloroh berkata jika ada sesiapa yang bertanya mengapa Fahri suka meletakkan tangannya ke belakang badan adalah kerana anak kecil itu mengikuti gaya bapanya ketika berdiri senang diri.

Peminat di ruangan komen sangat terhibur melihat gelagat anak Dayah dan semua memuji bahawa Fahri sangat comel membuat lagak “kapten” seperti ayahnya.

Screenshot 20220313 215155 Instagram

Bapak borek, anak rintik. Itulah peribahasa yang boleh kita kaitkan dengan Fahri dan bapanya. Begitulah anak, mereka akan melihat gaya kita sebagai ibu bapa dan akan meniru gaya kita dan pelajari gerak geri kita.

Sumber: instagram dayahbak4r

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Artikel ini disediakan oleh Oh Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.
Kongsikan artikel ini :

Trending

error: Siapa Copy akan report copyright!