Zainol Macwilson sedih selepas pertunangan Zahirah dan Aiman. Ini puncanya

“ZAHIRAH sudah maklumkan kepada saya mengenai perkara ini yang mana Aiman dan keluarganya mahu datang ke Perth, Australia pada raya ini,” kata bapa Zahirah yang juga pelakon, Zainol Macwilson mengenai pertunangan anaknya dengan Aiman Hakim Ridza yang berlangsung di Perth, Australia, pagi hari ini. Zainol, 61, atau nama sebenarnya Zainol Johari Macwilson ketika dihubungi melahirkan rasa sebak disebabkan tidak dapat bersama anaknya kerana masih berada di Perlis.

Bagaimanapun, Zainol tetap gembira dengan pilihan anaknya itu dan mendoakan segala yang dirancang berjalan lancar.

“Sejujurnya, perasaan saya bercampur baur. Sedih, gembira semua ada. Itu pilihan dia, jadi saya tak boleh larang.

“Kakak (Zahirah) memang sudah minta izin. Cuma, dia tak bagi cakap dulu. Saya sedih sebab tidak dapat bersama mereka.

“Pagi tadi hantar ucapan tahniah pun, saya hiba dan sedih. Siapa tak sayangkan anak. Saya memang sayangkan anak dan tak pernah abaikan mereka,” katanya.

Ditanya mengenai majlis pernikahan, Zainol berkata, dia belum dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Fasa nikah tak tahu lagi bila. Saya belum dikemaskini. Cuma, apa saya ingin pesan adalah ikatan pertunangan ini bukan ‘tiket’ untuk bebas keluar ke hulu hilir. Tak manis dipandang orang.

“Macam sebelum ini pun, saya tengok di Instagram kakak, ramai yang memberikan maklum balas. Ada positif dan negatif,” katanya.

Sementara itu, ibu Zahirah, Maslinda Yusoff menerusi hantaran di Instagram mendoakan semoga ikatan pertunangan itu kekal hingga diijab kabulkan nanti.

“Alhamdulillah, selesai majlis pertunangan anak perempuan kami. Mama dan ayah mendoakan semoga kekal hingga diijab kabulkan.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan dan memperkenankan niat yang mulia bersama. Amin,” katanya.

Terdahulu, berita pertunangan pasaangan pelakon Curi-Curi Cinta itu dikongsikan di Instagram masing-masing.

Tahniah Zahira dan pasaangan. Semoga hubungan yg dibina ini berkekalan hingga akhir hayat

Artikel berkaitan, Pelakon Aiman Hakim Ridza selamat mengikat tali pertunangan dengan aktres Zahirah Macwilson.

Aiman mengumumkan berita gembira tersebut menerusi sekeping foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya sebentar tadi.

Menjengah ke ruang komen entri terbabit, ramai warganet serta rakan artis mengucapkan tahniah buat mereka berdua, antaranya Sean Lee, Sharifah Sakinah, Aeril Zafrel dan Nabila Huda.

Difahamkan, kisah percintaan mereka bermula sekitar Disember tahun lalu apabila Aiman dan Zahirah mula memuat naik foto mereka berdua di laman sosial masing-masing.

Malah mereka berdua turut digandingkan dalam slot Megadrama menerusi drama bersiri Curi-Curi Cinta yang sedang hangat ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Komen Zizan Razak tidak mengecewakan

Tahniah diucapkan kepada Aiman dan Zahirah, semoga ikatan pertunangan yang dibina kekal hingga ke jenjang pelamin.

Aiman, Zahirah ‘berpisah’ seketika di hari raya.

HUBUNGAN cinta antara dua pelakon, Aiman Hakim Ridza dan Zahifah MacWilson bukan lagi rahsia. Bahkan peminat pasaangan ini bagai merestui percintaan yang terjalin.

Bagaimanapun pada lebaran kali ini, pasaangan ini akan ‘terpisah’ seketika apabila Zahirah pulang ke Perth, Australia untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga manakala Aiman pula menyambut hari raya di Kuala Lumpur.

Lantaran itu, ditanya tidakkah mahu dia menjejaki kek4sih hati di Perth dan sekali gus menyambut lebaran bersama keluarga Zahirah, Aiman hanya berkata, “Insya-ALLAH kalau tak ada rintangan.”

Jelas Aiman, kebiasaannya dia dan keluarga hanya menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur memandangkan tidak lagi mempunyai kampung.

“Apa yang saya nantikan setiap kali hari raya adalah untuk meluangkan masa bersama keluarga. Selain itu, kami juga ambil kesempatan untuk bercuti memandangkan kami tiada kampung.

“Jadi untuk ke Perth itu, Insya-ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu berkongsi juadah kegemarannya ketika hari raya, ujar selebriti berusia 30 tahun ini, sama seperti kebanyakan orang lain, dia juga menyukai lemang dan rendang.

“Saya tak suka sangat dengan kuih-kuih raya. Tapi lemang dengan rendang memang juadah wajib ada,” katanya.

Ditanya perkembangan hubungan mereka, Aiman berkata, setakat ini kedua-duanya sudah bertemu dengan keluarga masing-masing dan respon yang diterima sangat positif.

“Zahirah dah beberapa kali jumpa keluarga saya, saya pun dah berjumpa dengan ibu dan bapa Zahirah.

“Seperti yang kami pernah beritahu sebelum ini, kami memang nak pergi ke fasa seterusnya. Tapi proses dan masanya bukan mudah. “Kena ada perbincangan lanjut kedua-dua belah pihak. Jadi selagi belum ada perbincangan, saya tak mahu ulas panjang lagi mengenai perancangan kami,” ujarnya.

Tambah Zahirah, 24, dia tidak mahu tertekan dengan harapan orang lain untuk mereka berkahwin secepat mungkin.

Apatah lagi, keluarganya tidak berada di Malaysia dan perbincangan teliti perlu dibuat sebelum apa-apa majlis dilakukan.

“Family Aiman di sini, family saya di Perth, jadi banyak benda yang nak kena buat untuk ke fasa seterusnya. Bukan mudah untuk dirancang dalam masa yang singkat.

“Jadi macam dari awal lagi, saya hanya go with the flow. Saya tak nak letak apa-apa tekanan kerana perhubungan ini juga penting.“Cuma saya target untuk berkahwin sebelum 40 tahun,” katanya berseloroh.

Selesa beraya di Perth

Sementara itu, berkongsi sambuutan Aidilfitrinya, Zahirah berkata, sama seperti tahun-tahun sebelumnya, dia akan menyambut lebaran bersama ibu dan adik-beradiknya di Perth.

Walaupun berada di negara orang, ujar pelakon utama Curi-Curi Cinta ini, sambuutan hari raya di sana tetap meriah dan ada komuniti Islam dan Melayu di sana yang akan menyambut lebaran bersama-sama.

“Mama saya tetap akan masak juadah kebiasaan seperti rendang, nasi impit. Malah ada juga komuniti yang buat rumah terbuka dan menyambut raya bersama-sama.

“Suasana tetap meriah dan paling penting, tiada kesesakan jalan raya dan cuaca pun sejuk,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zahirah berkata, dia akan kembali sibuk selepas pulang dari Perth dengan penggambaran dan mempromosikan filem terbaharu lakonannya.

Sumber : Astrogempak/ sinar harian via edisimalaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*