Wawa Zainal sedih, lakonan Aeril Zafrel imbau kembali perangai lamanya terhadap Aeril

Pelakon Wawa Zainal memberitahu riak wajah suaminya Aeril Zafrel dalam sebuah babak drama Cari Aku Di Syurga ketika dimarahi Lisa lakonan Janna Nick sama seperti yang dilalui pada awal perkahwinan mereka. Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin , 28, berkata, dia pernah melalui fasa tersebut, namun bersyukur suaminya sentiasa bersikap tenang dalam mengawal rumah tangga mereka. “Terlalu banyak menangis bila tengok muka kesian Anas (Aeril) macam ni. Sebab masa awal perkahwinan dulu saya harimau juga.

“Suka marah-marah dia. Biasa la masa tu budak-budak, tak matang. Tapi tak ada la teruk macam cik Lisa (lakonan Janna) tu.

“Tapi Aeril tenang macam tu la reaksi dia sama macam dalam TV. Sabar saja dengan perangai isteri dia,” katanya.

Wawa menangis melihat wajah sedih lakonan suaminya, Aeril.

Wawa mendedahkan perkara tersebut dan memuat naik video sebuah adegan drama berkenaan iaitu ketika Lisa memarahi Anas di laman Instagramnya.

Drama Cari Aku Di Syurga mula ditayangkan sejak 6 Mei lalu menerusi slot Samarinda TV3 pada pkul 10.30 malam setiap hari Selasa hingga Khamis.

Dalam pada itu, Wawa memberitahu dia bernasib baik menyedari perkara itu dan berubah menjadi seorang isteri yang lebih baik.

Menurut Wawa, lelaki yang baik dan tidak pernah meluukai hati isteri seperti dalam drama itu masih wujud dan perlu dihargai.

Wawa dan Aeril bakal menimang cahaya mata ketiga.

“Nasib baik la saya insaf cepat. Jadi isteri yang baik da. Korang tanya ada ke lelaki sebaik Anas?

“Yang tak meluukai hati isterinya. Ada… Ada saja… Kalau ada tu, hargailah. Jangan sesekali sia-siakannya.

“Eh rindunya dengan @aeril_zafrel. Tengok dalam TV saja mampu,” ujarnya.

Wawa dan Aeril berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Isteri kepada Aeril itu juga kini sedang hamil anak ketiga mereka dan kandungannya sudah memasuki dua bulan.

Apa komen ntizen :

Aniza Ismail : Sme la kita wawa.. I pon mcm lisa jugak dlu mula2 kwin.. Tpi tak de la lgi smpi katok kepla laki dgn cebok air..

Siti Aishah : melampau c liza tu marah suami dia.. kalau aku le.. lempang jee.. dia yg nk kawem dgn anas.. dia yg tk thn ssh.. dia mmg dh tahu anas tu sskn.. hadap jee lee.. cian anas

Salmah Mansor :Sy mmg tk tgok cite nye psl bini tu garang gn suami gn mak mentua..walau pun cume lakonan je…

Sumber : mstar via detikberita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*