Wanita ini cemas anak perempuan tertinggal di R&R Temerloh

SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila tertinggal anak perempuannya di hentian rehat dan rawat (R&R) Temerloh, petang ini. Menurut wanita itu yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu, Nor Azilla Sunny, dia tertinggal anaknya ketika singgah untuk mengisi minyak di hentian rehat dan rawat itu.Nor Azilla ketika menceritakan kejadian itu berkata, ketika itu anak perempuannya bersama seorang lagi anak lelaki pergi ke surau untuk solat.

“Selepas selesai abangnya tidak tunggu adiknya terus datang ke kereta. Mamanya pula yang memandu seorang diri terus hidupkan enjin dan beredar dari situ,” katanya.

Tambah Nor Azilla, dia kemudiannya bertindak menularkan kejadian itu di media sosial bagi mendapatkan pertolongan sementara dia menunggu di bahu jalan.

“Alhamdulillah, selepas beberapa minit viral seorang pekerja Shell bernama Suria datang bersama anak perempuan saya. Semoga Allah mudahkan dan murahkan rezeki kalian,” katanya.

Kejadian itu menarik perhatian netizen yang rata-rata lega kerana anak Nor Azilla selamat dan berjaya dipertemukan semula dengan ibunya.

Tidak kurang juga yang menasihati Nor Azilla agar lebih berhati-hati dan berwaspada terutamanya ketika memandu seorang diri.

Apa komen netizen

Aminah harmin : Alhamdulillah. Tergelak Saya. Maaflah sebab Saya teringat ayah Saya tinggal kakak dia. Ingatkan dah Naik motor di belakang. Rupanya Tak sempat Naik dah jalan

Hisyam Hashim : Alhamdulillah. SEloknya dihadiahkan saguhati kat gadis shell tu sebab memudahkan urusan dengan izin Allah.

Ahmed Alethwiran : Mula2 saya ingat cikjah bergurau. Apa2 pon Alhamdulillah.. Dh selesai. Tq Cik Suria

Zdean Putra : Alhamdulillah. Harap cikjah tak lupa jasa Suria ni. Apa pun semua dh selamat. Selamat hari raya cikjah sekeluarga

Surya : alhamdulillah.. semuga adik yg mengantar tu dipermudahkan segalanya.. aamiin.. lain kali kena kira anak masa naik.kereta..

Arell Noah : adoi ai..take care che jah n family..selamat hari raya..tq pada semua yang permudahkan urusan che ja..

Mohd Khairil Azrin : jah ko ada bagi duit raya dgn duit minyak x kt awek shell tu apa2 pun selamat pulang ke kg..hati2 bawak kereta tu

Sumber : Nor Azilla Sunny via kulihatlangitbitu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*