(V1deo) ‘Mak ambillah adik dgn abang, bawa balik’ – Kembar merayu ibu bawa mereka pulang buat netizen sebak, sampai pengacara pun menangis sekali

Pasaangan kembar lelaki ini menjadi bualan netizen selepas kemunculan mereka di program Malaysia Hari Ini (MHI) menimbulkan rasa sebak netizen yang mendengar rayuan mereka pada ibu agar datang membawa mereka pulang. Difahamkan, dua beradik berkenaan, Mohd Khairul Danish dan Mohd Khairul Danial, 11, tidak pernah bertemu dengan bapa mereka dan terpisah dengan ibu, Siti Norazimah binti Mohd Mazlan sejak mereka berusia 9 tahun.

Dalam usia yang tidak mengerti apa-apa, mereka ditinggalkan dengan nenek sebelum dihantar ke rumah anak yatim, Dar Asnaf Al-Fateeh Al-Idrisiah, Ulu Yam. Selangor.

Menurut pengasas rumah anak yatim tersebut, Mohd Fadzil, berkata, sejak kecil Danish dan Danial tidak pernah bertemu dengan bapanya dan terpisah dengan ibunya.

Mereka kemudian tinggal dengan datuk dan nenek, namun baru nak merasa kasih sayang, nenek dan datuknya mn1ggal dunia.

“Anak-anak yang lain juga sebegitu. Ada yang mak tak nak mengaku anak pun ada. Ada mak, bila kita bawa anak pergi jumpa mak dia, mak dia pula tak mengaku anak. Allahuakbar. Anak pula mengharap kasih sayang ibu bapa. Kebanyakan anak-anak di situ semua kurang kasih sayang.

“Walaupun mereka tidak pernah berjumpa dengan ibu dan ayah, rasa rindu itu tetap ada. Ada yang hantar anak, terus menghilang begitu sahaja.” katanya.

Apabila pengacara bertanya kepada pasaangan kembar itu, apa yang dia mahu katakan pada mak.

“Kalaulah ibu melihat Danial dan Danish sekarang, apa yang Danial nak cakap?” soal pengacara.

“Nak jumpa mak. Mak datanglah sini jumpa abang dan adik,” kata Danial.

“Mama ambillah adik dengan abang, bawa balik,” kata Danish membuatkan seorang lagi pengacara sebak dengan kata-kata pasaangan kembar itu.

Danish dan Danial berkata, mereka sering mendoakan ibu mereka selamat dan berharap ibunya kembali mengambil mereka semula.

V1deo :

Apa komen ntizen :

Tyqa Rozman: Sebaknya ibu nakkk , hmm kita ni mcm2 cara nk ank lelaki sng besar esok dia boleh jga kita bawah turun kita ke liang lhad allah mna la p mak dia nih hmmm.

Merah Gincu : Kalau x mampu jaga…xpa…tp jengahlah anak2 itu. jgn lah sepi tanpa berita.. kasihan mereka dahagakan kasih syg . Semoga anak2 ini bertemu sinar ramadhan .

Medam Jaja : Wahai ibu, jengoklah anak kamu. Anakmu dah tak tertahan rindunya sehingga Masuk dalam tv. Semoga si ibu bila sudah cukup kewangan, Dan boleh beri tempat tinggal makan pakai , ambillah. Tapi sementara waktu Ni jengoklah. Kasihan mereka .

Maz Nie : Mai duk ngn makcik la. Mak cik bela hampa. Makan apa yg ada.. Mungkin mak lepa pon susah.. Xtorah nak cari duet bg makan anak2.. Hadoi.. Pelik la.. Gamak plak mak tinggai anak cam tu. Kita nie 3,4 jam xjumpa anak susah hati dah buley mak lepa tinggai lagu tu. Think positif ja. Mungkin mak lepa pon ada msalah tetentu xbuley nak bela anak.

Rosmawati : Wahai Ibu si kembar Siti Norazimah bt Mohd Mazlan
Andai tidak dapat menjaga mereka datang la Jenguk utk hilangkan rasa rindu mereka… andai memerluukan bantuan bole hubungi akak.. umur mereka hampir sebaya dgn anak2 akak.

Michiko Michi : Aku sedih dan kecewa ada jugak wanita yang bergelar ibu sanggup tinggalkan anak ….kembar pulak tu…..amanah ALLAH tu…..orang yang x dak anak nak anak ….orang ada anak buat mcm ni ….tp siapa kita nk menghukum si ibu ….bersangka baik lah mungkin si ibu jugak menghadapi masaalah tersendiri ….dia merasakan lebih baik anak2 d tinggal kan dgn atok dan rumah asnaf dari tinggal dgn dia bergelandangan …..hanya ALLAH yang maha mengetahui …..bulan puasa ni jgn kita bersangka buruk pada si ibu……

Norsahida : Semoga dipermudahkan urusan anak2 ini. Jika ibu masih ade dan tidak berkemampuan utk menjaga jenguklah anak2 ini bg melepas rindu mereka menatap wajah ibu.

Adzmin Kamaruddin : Menitik air mata tgk,apapun semoga dibukakn pintu hati ibu mereka…jenguklah anak2 itu sekurang2nya utk mengubati kerinduan mereka padamu wahai ibu…

Angela Anthony : Semoga diberikan kekuatan kepada mereka berdua.. Semoga Tuhan mempermudahkan urusan mereka supaya dapat bertemu dengan ibu bapa kandung mereka. Yaa Tuhanku, lembutkanlah dan bukakanlah pintu hati kedua orang tua mereka ini agar mereka sudi untuk menjaga amanah mereka ini..amen.

Elyanie : Kesian ank2 kecil ni..xkn xde secebis rindu lgsg si mak ni?jumpala ank2 ni..kurg2 mereka tau mak mereka masih ad.

Sumber : MHI/ thereporter via menujukebenaran

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*