Ustaz ini dedah maksud sebenar mimpi menyusukan budak. Ramai yang tak faham maksud dia sebenarnya

MIMPI MENYUSUKAN BUDAK..Bila hari yang tidak sibuk bolehlah saya menceritakan sedikit sebanyak untuk dikongsikan kepada semua mengenali pekara-pekara mistik yang telah menjadi pegangan oleh masyarakat kita hari ini. Bukannya semuanya tidak benar ada yang benar, tetapi pekara yang sepatutnya mereka dapat maklumat biarlah tepat daripada seseorang, supaya tidak timbul perasaan takut dan kerisauan bila mereka mengalaminya..

Daripada umur saya dua belas tahun saya telah didedahkan dengan perbagai bidang perubatan termasuklah perubatan mistik, dan sudah hampir empat puluh tahun saya dalam bidang ini, saya lihat banyak yang tidak betul dari segi penyampaian dan perubatan dalam pekara penyaakit misteri zaman kini.

Kerana apa yang saya lihat lebih banyak kepada fitnah yang sampaikan kepada pesaakit,kebanyakan perawat mengatakan pesaakitnya disihir oleh jirannya dan ada juga mengatakan berpunca dari saka sehingga pesaakit itu percaya.

Tetapi masih juga tidak sembuh bila dirawat, andai kata kalau benar perawat itu menuduh pesaakit itu sama ada disihir ataupun saka kenapa tak boleh merawatnya hingga sembuh, kerana mereka telahpun tahu puncanya itulah yang menjadi persoalannya…

Dalam bab mimpi menyusukan budak sering saya ditanyakan oleh pesaakit adakah mereka mempunyai saka?..

Kerana ramai perawat yang mengatakan saka bila mereka ditanya pekara sebegini, ini menyebabkan mereka menjadi takut dan menuduh keturunan mereka melakukan pekara syirik, ini telah menjadi fitnah kepada keturunan pesaakit…

Untuk pengetahuan semua sekiranya kita bermimpi menyusukan budak itu membawa maksud badan kita akan menerima kesaakitan ataupun keletihan, kerana susu itu adalah drah.

Bagi perawat yang arif mereka akan menceritakan mimpi sebegitu bukanlah membawa maksud pesaakit itu akan menerima saka keturunan, kerana sempurna mimpi saka keturunan melalui mimpi menyusukan budak seseorang itu haruslah mimpi mencukupi syaratnya..

Syaratnya seseorang itu akan bermimpi akan menyusukan budak, setelah budak itu kenyang si penyusu itu akan terbang atau menaiki bukit yang tinggi, kemudian ia akan turun ke bawah untuk duduk atau berdiri di air longkang atau air kumbahan lalu matanya menjadi merah seperti biji saga dan harus bermimpi berulang kali barulah mimpi itu petunjuk yang benar..

Sekiranya seseorang itu telah bermimpi sedemikian maka sempurnalah syaratnya maka sahlah ia mempunyai saka keturunan..

Saka yang akan turun kepadanya melalui mimpi tersebut ialah jenis Pelesit, kerana sekiranya Hantu Raya atau jenis Jin Rimba atau Hantu Tanah mereka akan bermimpi syarat atau tanda yang berbeza, mengikut jenis-jenisnya…

Ini adalah tanda-tanda dari petua orang-orang tua terdahulu yang mungkin tidak pernah didengar oleh anak muda zaman kini..

Antara komen netizen.

Mosha BK – Tak semua mimpi menyusukan bayi, jatuh dari gaung atau tempat tinggi bermakna mempuyai saka. Bergantung pada stuasi mimpi tu. Permulaanya dan pengakhiran mimpi tu. Kadang2 mimpi macam tu terjadinya dari persekitaran hidup nyata seseorang. Dan terbawa2 dalam mimpi. Apa pun mimpi itu allah yang menciptanya. Maaf kalau salah.

Lili putih – Assalam ustaz ..sya mula kenal uztaz di bnting dn jln kebun..tp sekarang sya x dpt jmpa dn brtanyakan sesuatu..mujurlah.sya dpt fb ustaz.

Sya nk tanya..sya selalu mimpi menyusukan bayi tp setiap kali x lama kemudian sya dikurniakan rezeki..berupa wang ringgit.
Tp ada satu mlm tu sya brmimpi prgi ke kbur..brsama seorang lelaki sya x kenali.

Dia menggali myat seorang budak..dn di letak dtepi kbur tp myat bayi itu tiba2 hidup dn sya menyusukan nya..boleh ustaz bntu sya..dgn tafsir mmpi itu. Sama ada shir atau saka.

Nur Qaireen – Sy pun selalu mimpi sebulan sampai 4-5 kali dulu laa.. Skrg ada kurg sikit mimpi bby… Mcm mimpi susu kn budak dlm kereta baru lepas melahirkan ontway nk balik rumah dari hosp.. Ada mimpi bersalin dan menyusukan budak dlm hspital… Mcm2 ada yg mimpi bersalin dan seangkatan dgnnya… Jadi risau dan gundah gulana bila selalu sngt mimpi budak kecik.. Pencerahan ustaz dpt membantu sedikit sebanyak.

Intan Abu Naim – Ustaz sy pernah brmimpi myusukan bayi sehingga kenyang n seingat sy ade sorang tua brpakaian serba putih dan berserban rambut n brjanggut putih brjumpa sy selepas sy mnyusukan bayi kenyang tu tp org tua tu senyap je dan senyum jer dlm mmpi tu dn die ttbe hilang…tp sblum sy bmmpi menyusukan bayi tu sy kerap brmimpikan org tua yg same brpakaian serba putih ni seingat sy….knape yer ustaz?.

Hadi Haslam – Pernah seorang pesaakit perempuan yg menceritakan berkenaan mimpi ular hitam berulang kali.kemudian saya bertemu dengannya dan dia masa dia ceritakan mimpinya tu,tiba tiba suara dia berubah seperti lelaki.kata lelaki dlm badan perempuan tu bahawa dia pemilik saka.jin itu dtg dlm mimpinya untuk beritahu tentang dirinya yg berdamping tp perempuan ni tidak faham sehingga dia ceritakan pada sy..adakah jin tu cakap benar atau dusta ustaz?.

Abg solo –assalam ustaz…nk share sikit sambil nk tanye kepastian juga ni….

pernah mimpi berjalan di satu taman perumahan…waktu ptg…sdg jiran2 beriadah di taman tu ttiba org jerit “woiii lari lari jepun dtg”…ttiba ada sorg ppuan berikan sy sorg baby baru lahir …dia suruh dukung jap…sy dukung…jepun kejar…sy lari ke sebuah hspital…nk masuk ke hspital tu.

ttibajepun muncul dpn mata, dia ckp “mana mau rariii (lari…jepun pelat ckp melayu tu)…ttiba sorg staff nurse keluar dr spital tu ckp “lepaskan dua org ni…mereka org2 kami”….jepun tu ilang ttiba…sy berikan baby tu pd nurse td…sy g ke sinki nk basuh tangan…pakaian sy berdrah tanpa sebab….masa sy basuh tgn ttiba sy perasan dileher sy ada satu kalung ada buah rantai…sy tanggalkan buah rantai tu sy basuh…buah rantai tu ialah telinga manusia…sy letak tepi sinki…ttiba ada satu tgn ambil buah rantai tu dan bgtau kat sy “buah rantai ni jangan ditanggalkan, pakai semula”….sy ambil dan cantumkan ke kalung rantai di leher sy semula.

lpas tu terjaga dr tidur…

sejak tu sy seakan boleh dengar isi hati org… boleh tau apa yg bakal mereka nk ckp pd sy…sy boleh baca dan merasakan aura mereka samada mereka marah,happy,bad mood,keciwa,nk nangis, atau apa je mslh…sy diamkan je perkara ni…bila mereka buka mulut, tepat sekali dgn apa yg sy rasakan.

sy xtau nk merasa seronok atau takut dgn kelebihan seperti ini.

byk tmpt sy g berubat…ada yg kata saka…ada kata bukan saka…ada kata sihir…ada kata mcm2…jd tension lak…sdg duit dh byk abis g berubat sne sini nk dptkan jwpan. Apa pendapat ustaz?…terima kasih ustaz.

Sumber : Md Rosdi Hasan via johodaily

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*