“Tuan Haji terlelap sekejap, dan merempuh belakang lorry yang parking nak masuk ambil barang ” – Adik Arrwah Faziani

SubhanaAllah, pemergian yang sangat di cemburi oleh kawan kawan perniagaan juga, rata rata kenalan sangat bersedih dengan pemergian yang sangat mengejutkan yang berlaku di pattani thailand pagi tadi mengorbankan pengasas brand terkenal Dnars. Melalui beberapa temuramah bersama adik arw4h, Faizul, pekerjanya dan juga ustaz pondok yang selalu Puan Faziani bersedekah menyatakan dia sangat baik hati, seorang dermawan dan setiap kali menderma dia tidak suka menunjuk nunjuk di public.

Melalui penerangan adiknya Faizul, kakaknya menunjukkan perubahan sebelum permergiannya, kakaknya terlalu banyak ingin bersedekah dan infaknya hartanya pada ramadhan tahun ini.

” Tahun ini sangat pelik, terlalu banyak dia derma, memang setiap tahun dia menderma tapi tahun ini paling banyak dia menderma, saya dah orderkan beras 1300 kampit dan beberapa procedur yang dia bagi nak pergi rumah anak yatim 23 hari bulan dan 29 haribulan nak berbuka bersama, sebelum ramadhan dia dah pergi umrah, mula mula dan pertengahan ramadhan ini dia pergi lagi sekali menunaikan umrah ” – Faizul adik Arw4h.

Menurut Faizul, kakaknya baru pulang dari umrah sebelum ramadhan, bila masuk ramadhan dia pergi lagi sekali bersama suaminya menunaikan umrah.

Menurut Faizul lagi, abang iparnya menelefon dia memberitahu mereka kem4 langan dan tidak tahu lagi keadaan kakaknya yang masih tersepit, dan kemudian menelefon lagi memberitahu yang kakaknya telah men1ggal dunia. Menurut Faizul juga, kakaknya tidak mengalami kecederaan teruk cuma di sedikit bahagian leher mengalami masalah.

” Dia wasiatkan mardasah abuya untuk uruskan 40 hari tahlil amanatkan kepada pembantunya “- Ustaz Fatas

“Arrwah menjemput seramai 30 pelajar dari madrasah ini untuk mengaji di rumahnya di sini selama 40 hari bermula hari ini di samping mengadakan majlis tahlil.

“Rupa-rupanya tahlil ini nanti bukan saja untuk bapanya yang men1ggal di bulan Ramadan lama dulu tapi dirinya sendiri (Faziani),” katanya ketika ditemui di rumah arrwah di Kampung Paloh, di sini hari ini.

” Sebelum dia tiada, dia dah tunjuk reaksi pelik, kalau boleh semua urusan dia inginkan sedekah dan infakkan hartanya ingin selesaikan dengan cepat, dia risau dan selalu sebut takut ” tak dei ” tak sempat ” – Ustaz Fatas

Al Fatas ustaz Madrasah Ahbabul Mustafa berkata sudah empat tahun pengasas kosmetik itu memberi sumbangan kepada madrasahnya dalam bentuk makanan, keperluan serta kewangan.

Ustaz Fatas juga meluahkan rasa sedihnya & Mardasah Ahbabul mustafa turut merasa kehilangan seorang dermawan Puan Faziani Rohban di ruangan facebook miliknya

انا لله وانا اليه راجعون
SALAM TAKZIAH

Kami di Madrasah Ahbabul Mustafa Al-Islamiah MIAH mengucapkan ucapan takziah buat seluruh keluarga arw4h Puan Faziani Rohban Ahmad Dnars Cosmetic Skincare yang telah kembali ke RAHMATULLAH pada hari ini kerana terlibat dalam kem4 langan jalan raya di Thailand.

Arw4h seorang yang sangat pemurah dan baik hati, banyak bersedekah dan membantu golongan fakir miskin, anak yatim dan membantu pusat-pusat pengajian Agama.

Setiap kali bulan Ramadhan, arw4h dan suami sentiasa menaja majlis berbuka puasa untuk pelajar-pelajar tahfiz, pondok dan anak yatim.

Semoga roh beliau dirahm4ti oleh ALLAH dengan asbab setiap kabajikan yang telah beliau lakukan semasa hayatnya.

Perginya di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini dan pada pagi sabtu sebelum menjelang zohor.
ماشاءالله تبارك الله

13 RAMADHAN 1440H
SABTU

SubhanaAllah, sungguh mulia hati Puan Faziani sangat di kagumi oleh semua kenalan yang mengenalinya, semua bercerita tentang kebaikannya dan sikap pemurahnya dari dulu sehingga akhir hayatnya. Sama sama kita doakan agar arw4h di tetapkan dalam golongan orang beriman.

‘Sifat dermawan Faziani bagai Siti Khadijah’

Tazkirah ringkas oleh seorang mudir madrasah selepas pengebumian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, mengundang sebak di hati semua yang hadir.

Tazkirah kira-kira lima minit disampaikan Mudir Madrasah Darul Saadah Al Islamiyah, Kampung Lebu, Bentong, Pahang, Zahari Al Yamani, itu antara lain menyamakan sifat dermawan Allayarham Faziani, 40, seperti isteri Nabi Muhammad, Siti Khadijah, yang mendermakan hartanya ke jalan Allah sebelum men1ggal dunia.

Dengan kira-kira 500 hadirin, Zahari mengakui Faziani bertanya cara untuk memanfaatkan kehidupan sepanjang Ramadan, kira-kira dua minggu lalu sebelum Allah yarham berangkat menunaikan umrah.

“Saya menjawab supaya dia meneruskan dengan apa yang dilakukan selama ini iaitu bersedekah dan terus istiqamah.

“Allah yarham banyak menderma hartanya ke jalan Allah sepanjang hayat, banyak yang disumbangkan kepada madrasah dan pondok termasuk madrasah saya di Bentong.

“Amal yang dilakukannya boleh disamakan seperti Siti Khadijah yang menghabiskan hartanya ke jalan Allah sebelum men1ggal dunia,” katanya selepas selesai pengebumian, malam ini.

Jen4zah Faziani dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit kira-kira jam 10.20 malam tadi.

Arrwah dikebumikan bersebelahan kubur bapanya, Rahban Ahmad Syamsir Ahmad, yang men1ggal dunia pada April 2010.

Ketika pengebumian berlangsung, anak perempuan Faziani, Irdina Hakim Jasman, 16, yang turut hadir pengsan kerana terlalu sebak.

Suami Allah yarham, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, berkata isterinya ada bertanya ketika mereka menunaikan umrah, minggu lalu.

“Dia bertanya boleh tak bayangkan jika selepas ini saya menunaikan umrah seorang diri?

“Saya menganggap ia soalan biasa tanpa mengetahui ia adalah tanda dia men1ggalkan kami,” katanya.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi waktu tempatan di Pattani, Thailand, paasangan itu yang menuju ke beberapa buah pondok agama, terbabit dalam kemaa langan jalan raya yang menyebabkan Faziani men1ggal dunia di tempat kejadian manakala Ahmad Shah Rizal luuka di mata.

“Tidak ada bos sebaik Allah yarham’ – Bawa ramai pekerjanya menunaikan umrah

Sayu saat mendapat berita Pemergian pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 40, turut memberi kesan terhadap 55 pekerjanya kerana usahawan itu disifatkan sebagai majikan yang sering menjaga kebajikan pekerjanya.

Pekerjanya, Mohd Mahzam Ismail,23, berkata, walaupun Allah yarham tegas dalam urusan kerja tetapi dia seorang majikan yang sangat baik dan pemurah.

“Setiap hari bermula satu Ramadan, Allah yarham sediakan lauk pauk seperti ayam percik dan kuih muih untuk dibawa balik berbuka puasa dengan keluarga.

Bos beri beras dan barang dapur

“Kami juga diminta datang solat terawih beramai-ramai di rumahnya sepanjang Ramadan ini dan sebelum puasa kami diberi beras dan barang keperluan dapur,” katanya.

Sangat dermawan!

Mohd Mahzan berkata, tidak ada bos sebaik Allah yarham yang sangat dermawan dan ambil berat selain berhasrat untuk membawa pekerja bersama keluarga menunaikan umrah sebelum dia menutup mata.

“Arwwah nak bawa kami menunaikan umrah ramai-ramai naik satu kapal terbang. Sebelum ini pun arwwah pernah bawa ramai pekerjanya menunaikan umrah.

Mahu bawa mak ayah pekerja pergi umrah

“Tetapi awal puasa, dia ada sebut nak bawa kami tunai umrah, nak bawa mak ayah kami bersama.

Pelik juga tiba-tiba dia cakap pasal m4tti. Kami tak sangka dia nak pergi buat selama-lamanya

Bonus 2, 3 kali setahun!

“Kami dapat bonus dua atau tiga kali setahun, hari keluarga setahun sekali, jasanya kami sangat hargai, kehilangannya diratapi kami semua,” katanya.

Pekerja, Mohd Husien Marjiko, 56, berkata, dia bekerja dengan Allah yarham sejak sembilan tahun lalu.

“Saya sedih ibu (Allah yarham) sudah pergi, dia anggap saya seperti ahli keluarga sendiri, saya bekerja di sini ketika anak-anak dia masih kecil lagi,” katanya.

Sumber : sinar harian edisi kelantan, BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*