Tok Ti Bakal Timang Anak Kedua Selepas Tamat Konsert Jelajahnya

Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik rakaman video anaknya, Siti Aafiyah semalam.Menerusi video di Instagram (IG), Aafiyah bergelak sakan melihat foto bayi lain malah bertindak menci um dan memeluk apabila didekatkan .”Nak adik ke sayang ibu?..sabar naa, ibu habiskan konsert #sitinurhalizaontour dulu,” tulisnya sambil seloroh.

Rata-rata mengakui terhibur melihat gelagat Aafiyah dan mereka juga tidak melepaskan peluang untuk mengusik Siti serta turut mendoakan Aafiyah akan mendapat adik nanti.

Netizen turut mendoakan tok ti dapat anak lelaki lepas ini.

Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Anta Permana ini akan mengadakan konsert jelajah Siti Nurhaliza On Tour, ia akan bermula pada 21 Februari di Indonesia, 2 Mac di Singapura, 16 Mac di Kuala Lumpur dan 22 April di Royal Albert Hall, London.

Siti Aafiyah, hadiah terindah ulang tahun perkahwinan – Siti Nurhaliza

Sambu tan ulang tahun perkahwinan ke-12 Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa menjadi sangat indah dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka yang pertama, Siti Aafiyah.

Menurut Siti Nurhaliza, tiada hadiah yang lebih bermakna berbanding Aafiyah, selepas menunggu kehadiran zuriat lebih 11 tahun lalu.

“Kehadiran Siti Aafiyah adalah kurniaan Allah kepada kami berdua yang sangat istimewa dan bermakna. Ini hadiah terindah untuk ulang tahun perkahwinan kami yang ke-12.

“Kebetulan pula, ia jatuh sehari sebelum umat Islam meraikan Aidiladha, jadi mood ulang tahun ini sama dengan mood menyambut hari raya. Ini juga adalah sambu tan raya qurban pertama bersama Aafiyah,” katanya.

Mengimbas sambu tan Aidiladha tahun lalu, Siti tidak dapat meraikannya kerana hamil.

“Tahun lepas, suami saya mengerjakan haji bersama ibunya dan saya tidak dapat ikut kerana dalam peringkat awal kehamilan. Kenangan itu saya tidak boleh lupakan sampai bila-bila.

“Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh peminat yang sentiasa mendoakan kami sekeluarga dan setia menyokong kerjaya saya selama ini dalam suka dan duka. Saya juga mendoakan agar kehidupan anda semua diberkati dan dikurniakan kegembiraan yang berkekalan bersama keluarga,” kata Siti Nurhaliza ringkas

Siti Nurhaliza On Tour’ bakal gegar empat negara

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin kembali bersama buah tangan untuk peminatnya melalui konsert jelajah ‘Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour’ selepas berehat lama dan bergelar ibu kepada Siti Aafiyah Khalid Mohamad Jiwa.

“Siti percaya dengan sokongan peminat setia, Sitizoners serta peminat yang menantikan kemunculan saya, konsert jelajah ini bakal menjadi sesuatu yang hebat,” jelas Siti pada sidang media di Kuala Lumpur kelmarin.

Menurut Siti lagi, ini merupakan konsert jelajah terbesar yang merangkumi dua fasa dalam jangka masa dua tahun.

Ia bermula di Jakarta pada 21 Februari, Singapura pada 2 Mac dan kembali ke Malaysia, iaitu di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 16 Mac.

Pengarah Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim berkata pihak produksi dan pengurusan sedang berbincang bagi mengembalikan semula detik bersejarah di Royal Albert Hall, London berserta di beberapa lagi lokasi ikonik untuk dijelajahi.

KONSERT BERNILAI RM10 JUTA

“Kami telah merancang selama enam bulan untuk konsert jelajah yang keseluruhannya bernilai RM10 juta. Ia adalah yang termahal bagi artis Malaysia dan buat Siti sendiri,” katanya.

Selain mempersembahkan Siti Nurhaliza sebagai ‘Queen of Music’ dari Malaysia di persada antarabangsa, beliau berharap konsep konsert tersebut menjadi perintis bagi artis lain di Malaysia.

Artis lelaki popular dari Indonesia, Tulus bakal bergabung pentas bersama Siti Nurhaliza di setiap lokasi konsert sebagai artis undangan.

Siti akan membawa peminat mengenalinya dengan lebih dekat melihat kejadian di belakang tabir melalui filem dokumentari sepanjang perjalanan konsert jelajah bertajuk ‘They Call Me Siti – Seorang Wanita, 2 Dekad, Beribu Perjalanan’.

Menurut Shirazdeen, filem dokumentari itu akan diarah oleh Anusha Peterson dan bakal menemui peminat di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei pada suku tahun depan.

‘MEET AND GREET’

Menerusi filem ini, peminat akan menyaksikan bagaimana dalam kesibukan Siti menjaga Siti Aafiyah dan menjalani latihan menari, muzik, ‘fitness’ sehingga ke setiap lokasi konsert berlangsung.

Seramai 10 peminat bertuah bakal dipilih daripada belian tiket ‘Meet and Greet’ untuk berada di belakang pentas bertemu Siti Nurhaliza sebelum konsert bermula.

Harga tiket bermula serendah RM105 bagi Bronze, RM155 – Silver, RM255 – Gold, RM355 – Platinum, RM 495 – Diamond dan RM1,295 ‘Meet and Greet’.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shirazprojects.com atau www.myticket.asia bagi mendapatkan tiket konsert bermula pada 26 Dis, 2018.

Kredit: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*