“Terpaksa bergantung kepada pil tidur utk tidur lena”, Suami Arrwah Faziani Luah Perasaan Selepas Kehilangan Isteri Tercinta

PEMERGIAN pengasas Dnars, Faziani Rohban Ahmad, pada Sabtu lalu merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada dunia perniagaan produk kosmetik di negara ini. Kesedihan sudah pastinya menyelubungi keluarga Allah yarham usahawan kosmetik berusia 40 tahun itu terutama suami dan lapan anak mereka. Suami Allah yarham iaitu Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, berkata, beliau reda dengan ketentuhan Ilahi meskipun merasakan pemergian isteri tercinta terlalu awal.

Mengakui pada awalnya berasa bersalah kerana kem4langan berlaku apabila beliau terlelap seketika kerana penat, tetapi kini akur dengan suratan takdir.

“Memang pada awalnya saya rasa bersalah sebab terlelap sebelum kem4langan berlaku. Tapi ustaz-ustaz yang berjumpa saya memberitahu ia sekadar asbab atau sebab yang menyebabkan kem4langan itu.

“Setiap yang berlaku telah diaturkan dan ditakdirkan Allah. Walaupun merasakan terlalu awal beliau pergi, tapi saya reda,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra dengan panggilan Rizal, katanya, rancangan untuk menyampaikan sumbangan ke rumah anak-anak tahfiz di Pattani, Thailand pada hari kejadian atas permintaan isterinya.

“Kebiasaannya kami menyalurkan sumbangan ke akaun bank mereka setiap tahun, tapi kali ini isteri saya minta untuk berjumpa dengan ustaz-ustaz dan anak-anak tahfiz di sana,” katanya sambil menambah kali terakhir mereka ke rumah anak-anak tahfiz itu pada akhir tahun lalu.

Sama ada dia tidak temani saya atau saya tidak menemani dia, itu luar biasa bagi orang sekeliling. Tapi, sekarang luar biasanya tak macam dulu, dia dah pergi mn1ggalkan saya buat selama-selamanya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai dirinya dan isteri kesayangannya, kata Rizal, hubungan mereka begitu akrab sejak berkahwin sembilan tahun lalu, iaitu masing-masing perkahwinan kedua mereka dan mulai saat itu paasangan ini akan ada bersama walau di mana sahaja.

Beliau menambah, sebelum ini, ia bagaikan sesuatu yang luar biasa sekiranya salah seorang daripada mereka tiada di sisi masing-masing.

“Kami sering bersama ke mana-mana. Tapi, kalau saya atau arrwah tak bersama sebab ada hal tertentu contoh kerana hal kerja, ia akan dilihat luar biasa kalau tidak ditemani antara satu sama lain.

“Sama ada dia tidak temani saya atau saya tidak menemani dia, itu luar biasa bagi orang sekeliling. Tapi, sekarang luar biasanya tak macam dulu, dia dah pergi mn1ggalkan saya buat selama-selamanya,” ujarnya.

Menyifatkan Faziani seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab, Rizal berkata, arrwah menjaga dan mendidik anak-anak kandung dan tiri secara sama rata.

Tambahnya, arrwah isterinya mempunyai tiga anak kandung dan empat anak tiri daripada perkahwinan pertama masing-masing, selain anak kandung hasil perkahwinan mereka.

“Arrwah tidak pernah membezakan layanan terhadap anak-anak kandung dan tiri, dia anggap anak-anak saya seperti anak-anak dia sendiri.

“Dia bukan saja isteri dan ibu kepada anak-anak kandung dan anak-anak tiri kami serta rakan niaga, malah juga teman untuk saya mengadu dan meluahkan perasaan. Sekarang saya dah tak ada teman lagi, terpaksa cuba membiasakan keadaan itu,” katanya dengan nada sebak.

Dalam pada itu, Rizal mendedahkan dia tidak dapat tidur sejak pemergian arrwah isterinya pada Sabtu lalu kerana begitu merindui isterinya. dan terpaksa bergantung kepada pil tidur.

“Rindu saya dengan isteri adalah rindu yang tidak berkesudahan. Tak dapat nak gambarkan perasaan rindu tu, saya cukup rindukannya.

“Tapi ustaz-ustaz yang datang ke rumah ada beritahu saya kalau saya rindu dia, maknanya itu adalah rindu yang berbalas.

“Satu kerinduan yang cukup manis. Masa tu, barulah saya dapat tenang sedikit dan akhirnya boleh tidur malam tadi (Selasa malam) buat pertama kali,” katanya.

Pada Sabtu lalu, Faziah yang merupakan pengasas produk kecantikan m4ut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki bersama suaminya terlibat dalam kem4langan dengan sebuah lori di Pattani, Thailand.

Dalam trag3di kira-kira pkul 10.45 pagi itu, suami isteri itu dalam perjalanan untuk menyerahkan sumbangan ke rumah anak-anak tahfiz di kawasan berkenaan.

J3naazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar dekat Wakaf Bharu, di Tumpat, Kelantan, kira-kira pkul 10 malam Sabtu.

Apa komen ntizen :

Zie Liana : Trauma xcident dan kehilangan org disayangi.saya melihat sendiri keadaan arrwah ayah kehilangan arrwah mak di masa tu.sayangilah yg di sayangi ketika hayatnya masih ada

Eirma : Kehidupan orang bisness mmg begitu, tak ada erti rehat, apatah lg mereka yg pentingkan kebajikan semua.. Semua yang berlaku atas aturan Allah swt juga. Semoga rohnya di rahmaati Allah dan ditempatkan di dlm syurgaNYA. Aamiin

Dzul Richman : Awal2 rindu. Sebln dua lagi okla. Dpt cari pengganti dan kahwin lain. Biasalah lelaki kan hehe. Sng nk move on

Zulhilmi Hassan : Asbab asbab juga, namun kalau berhati-hati dan berehat sewaktu mengantuk dan tidak terlelap, kem4langan dapat dielak.Mungkin punca kem4tian arr wah bertukar pula kepada seraangan jntung atau lain-lain.Allah jualah asbaabul asbab. Tidak dicepatkan sesaat, dan tidak dilewatkan sesaat.Wallahua’lam.

Sumber: mstar via menujukebenaran

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*