‘Terima kasih Dr Juling Ong’ – Doktor asal Pulau Pinang pastikan pembdahan Ainul berjaya

“Terima kasih Dr Juling Ong,” demikian ucapan Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, bapa kepada Ainul Mardhiah buat Dr Juling Ong yang bertanggungjawab menjalankan pembdahan membuang ketumbuhan di mulut anaknya, semalam. Menurut Ahmad Safiuddin, Dr Juling Ong merupakan doktor bdah plastik pediatrik dan craniofacial serta menjadi orang paling kanan dalam rawatan Ainul semalam.

“Pembdahan sangat lancar, malah lebih baik daripada yang dijangka. Ketumbuhan (pada mulut Ainul) berjaya dibuang mengikut perancangan,” kata Dr Ong.

Berdasarkan maklumat awal, Dr Ong yang berasal dari Pulau Pinang menjelaskan, sampel ‘biopsi’ terhadap tum0r pada mulut bayi terbabit terdiri daripada komponen sel knser dan bukan knser.

Katanya, keutamaan kini terarah kepada usaha untuk merehatkan Ainul menerusi jagaan rapi petugas perubatan supaya luuka pembdahan berupaya pulih secepat mungkin, sebelum kesihatan bayi berkenaan dinilai semula.

“(Ketika pembdahan) tidak banyak berlaku pendarrahan. Syukur, Ainul berada dalam keadaan baik dan stabil sepanjang proses pembdahan dilakukan. Ketumbuhan pada mulutnya sangat besar.

“Sekarang, kita perlu pastikan Ainul selesa dalam jagaan rapi, biarkan dia rehat dan luukanya sembuh, kemudian kita akan teliti semula perkembangannya untuk tempoh beberapa minggu akan datang bagi mengesahkan sel knser mulutnya tidak berulang.

“Ainul juga akan diberi ubat tahan s4kit dalam jumlah yang bersesuaian bagi membantu melegakannya daripada operasi pembdahan,” katanya.

Sementara itu, semua sedia maklum Ainul Mardhiah selamat dibdah di London. Bayi perempuan yang menghidap knser mulut ‘Germ Cell Tum0r,’ Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin selamat menjalani pembdahan di sebuah hspital di London, semalam.

Doktor pakar pelatih surgikal, Dr. Nur Amalina Che Bakri, yang memulakan inisiatif sehingga berjaya membawa Ainul Mardhiah dan ibu bapanya ke London berkata selepas bertarung selama lima jam dalam dewan bdah, tum0r seberat 200 gram berjaya dibuang daripada mulut bayi itu.

“Alhamdulillah, Ainul, awak seorang bayi yang kuat! Anda tidak dapat bayangkan betapa cemasnya saya, ketika berada di dewan bdah. Bayi kecil itu, begitu lembut, cantik – jangan bimbang, semua orang ada di sini untuk membantu anda,” katanya menerusi akaun Instagramnya.

Dr. Nur Amalina berkata memandangkan pembdahan itu berisiko tinggi, pelbagai persediaan diperluukan bagi memastikan Ainul Mardhiah selamat.

“Banyak perancangan, banyak imbasan, banyak mesyuarat dan banyak kesabaran. Pasukan itu terdiri daripada pakar bdah dalam pelbagai bidang termasuk pakar ‘craniofacial’, plastik dan perunding kepala dan leher yang diketuai Prof David Dunway dan Juling Ong (pakar bdah ‘craniofacial’ dan pediatrik),” katanya.

Dr. Nur Amalina berkata beliau amat berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada pasukan pembdahan dan bayi itu kini dalam keadaan stabil.

“Apabila saya keluar dari dewan dan melihat ibu bapa Ainul, saya tidak dapat mengawal emosi saya. Perasaan yang bercampur-campur, beremosi dan pada masa sama pengalaman yang memberi semangat,” katanya.

“Ainul, Wani dan Safi seperti keluarga saya. Mari lah kita berdoa untuk kesembuhan Ainul. Terima kasih atas doa kalian,” katanya.

Terdahulu, ibu Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi, 24, melalui status Instastory di laman Instagramnya meluahkan rasa syukur apabila urusan rawatan dan pembdahan anaknya yang berusia sembilan bulan itu berjalan lancar.

“Alhamdulillah syukur pada Allah. Pertolongan Allah sentiasa ada. Teruskan pergantungan pada Allah. Ainul, anak mama paling kuat. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Ainul stabil, cepat sihat yaa Ainul, nanti kita boleh balik Malaysia jumpa kakan-kawan Ainul,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua doktor yang terlibat merawat anaknya.

“Terima kasih pada semua doktor dari pelbagai bidang yang sama bekerjasama untuk pastikan semua ini berjaya. Syukur, perancangan Allah paling indah sekali.

“Teruskan selit doa untuk Ainul di setiap solat kita. Ainul perluukan semangat kita untuk dia terus kuat. Terima kasih semua,” katanya.

Bapa Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, turut berkongsi rasa syukur dengan memuat naik status, “Alhamdulillah.” di Fcebooknya.

Warga maya juga mengucapkan rasa syukur dan gembira dengan berita kejayaan pembdahan Ainul Mardiah.

“Alhamdulillah..sentiasa tunggu perkembangan (update) dari Walid Ainul.. nak tidur pun dah tak boleh teringatkan Ainul.. Semoga kamu baik-baik yaa sayang,” kirim Hamizah Atikah di ruangan komen Fcebook Ahmad Safiuddin.

Rosnisa Yahaya turut berkongsi rasa gembira dan teruja mendengar berita baik mengenai pembdahan itu.

“Alhamdulillah semoga keadaan Ainul baik-baik sahaja..saat tahu Ainul sedang berjuang nak tidur dah..terus jadi tak tidur dok (asyik) teringat-ingat..bangun pagi-pagi ini nak solat Subuh tengok dulu update (perkembangan) dari walid Ainul..ayat ini membawa erti..sama-sama kita doakan Ainul di subuh ini,” kirimnya.

Antara komen netizen

Siti owen, Alhamdulillah,walaupun kita x knl tp air mata ni cepat jer jatuh bila tgk gmbr ainul.mcm dh knl lama dh.dh mcm.sedara dh.kami xleh g melawat,tp.kami kirimkan doa yg tulus ikhlas buat kesihatan adik ainul.smga Allah permudahkan sgla urusan anda suami isteri di sana.kami juga ignkan perkhabaran gembira dr sana.

Norashidah Dahlan, Alhamdulillah. Allah menunjukkan sifat rahman dan rahimNya. Sesungguhnya Dia lah maha menyembuhkan.Berkat ramadhan dan doa seluruh umat muhammad yg sentiasa mendoakan kesembuhan Ainul Mardhiah.Walau tak pernah bersua tetapi pertalian saudara seislam tetap terasa. Sy juga punya anak bernama Ainul Mardhiah. Mgkn itu lebih memberikan perasaan yg lebih mendalam.Teruskan usaha dan doa. Salam sayang dr ummi AM Crew

Kak Amy Zuraidah, Alhamdulillah
Terima kasih semua doktor yg berusaha keras merawat permata kesayangan kita semua …semoga ALLAH jua yang membalas kebaikan dan keikhlasan doktor2 sekalian…Alhamdulillah syg Ainul Mardhiah.

Siti Nor, terima kasih dktr2,,semoga tuan dn isteri trus trsnyum dn semoga ainul cpt smbuh

Sumber : kulihatlangitbiru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*