Tempahan terakhir, Sayu dan pilu tunaikan amanah Arrwah Faziani siapkan menu raya dipesan utk 3 hari

Kehilangannya benar-benar dirasai hingga kini!Suasana sayu dan sedih menyelubungi rumah agam usahawan kosmetik, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad di Kampung Paloh dekat Tumpat, Kelantan pada Aidilfitri kali ini. Juadah hari raya sudah tersedia seperti tahun-tahun sebelumnya, namun terasa sepi tanpa kehadiran pengasas produk kecantikan Dnars yang telah kembali ke rahmatullah pada 18 Mei lalu, akibat terbabit dalam kemaIangan jalan raya.

Siapa sangka Allahyarham sempat mn1galkan pesanan terakhir, meminta tiga jenis menu ditempah awal untuk dijamu kepada tetamu ketika sambuutan Hari Raya.

Selain keluarga dan kenalan rapat, individu yang turut terkesan adalah pengusaha katering yang menerima tempahan sebagaimana yang diminta arwwah.

Nasi dagang merupakan antara menu kegemaran Allahyarham Faziani.

Pengusaha katering berkenaan, Zainun Ismail, 54, berkata, pengenalannya bersama Faziani bermula selepas arwwah berkunjung ke restorannya, Kak Nun Nasi Berlauk di Jalan Pengkalan Chepa di Kota Bharu, Kelantan.

Sejak itu, dia yang lebih mesra dengan panggilan Kak Nun memberitahu, Faziani menjadi pelanggan tetapnya dengan menu kegemarannya adalah nasi dagang.

“Arwwah selalu datang ke kedai saya untuk makan nasi dagang. Kalau dia tak datang makan di kedai saya sekiranya sibuk, dia akan pesan kat pekerjanya untuk bungkus.

“Masih terbayang wajah arwwah setiap kali datang ke kedai saya. Arwwah akan masuk ke kedai dengan wajahnya yang sentiasa tenang dan tidak lokek dengan senyuman,” katanya kepada mStar.

Allahyarham Faziani pernah berkunjung ke kedai Kak Nun Nasi Berlauk di Jalan Pengkalan Chepa di Kota Bharu, Kelantan.

Kak Nun yang telah menjalankan perniagaan makanan selama 27 tahun memberitahu, tempahan juadah Hari Raya untuk tetamu arwwah pada tahun ini telah dipesan menerusi ahli keluarganya.

Wajah arwwah yang cantik terbayang dengan senyuman manisnya. Apa yang lebih diingati adalah arwwah merupakan seorang yang peramah, suka membantu dan menjamu orang makan

Walaupun tidak mengenali rapat Faziani, namun dia mengetahui arrwah merupakan seorang yang pemurah dan suka menjamu orang ramai.

“Arwwah sebelum ini pernah menempah katering dengan saya untuk majlis-majlis yang diadakan di kediamannya di Kampung Paloh, suka jemput keluarga dan kenalannya.

“Bukan saya saja, arwwah biasanya akan membuat tempahan dengan orang lain juga kerana menu-menu yang disediakan masing-masing adalah berbeza,” ujarnya yang berasal dari Wakaf Bharu di Tumpat.

Antara lauk yang sering disediakan Kak Nun.

Bagaimanapun Kak Nun mendedahkan tempahan terakhir daripada arwwah merupakan yang pertama diterimanya untuk juadah Hari Raya kali ini.

“Sebelum ini pun menu yang ditempah arwwah sama, cuma ini pertama kali arwwah membuat pesanan untuk dijamu sempena Hari Raya.

“Saya diberitahu tempahan tersebut adalah nasi dagang pada Hari Raya pertama, nasi berlauk (Hari Raya kedua) dan nasi hujan panas (Hari Raya ketiga),” katanya.

Menyifatkan tempahan kali ini sebagai satu amanah lebih besar daripada kebiasaan, Kak Nun akan menyediakannya dengan cara terbaik seperti perkhidmatannya sebelum ini.

Allahyarham Faziani dikenali sebagai seorang yang pemurah dan suka menjamu orang ramai.

Namun katanya, hanya Tuhan saja yang tahu betapa sayu hatinya dan betapa dia perlu menguatkan dirinya kerana wajah arrwah Faziani pasti terbayang di ingatan semasa menyiapkan tempahan.

“Saya menangis bila dapat berita mengenai arwawh meninggaI dunia, tentu sekali apabila nak menyiapkan tempahan sebaknya tak terkira.

“Wajah arwwah yang cantik terbayang dengan senyuman manisnya. Apa yang lebih diingati adalah arwawh semasa hayatnya merupakan seorang yang peramah, suka membantu orang dan menjamu orang makan.

“Saya ada 10 pekerja untuk menyiapkan setiap tempahan dan kali ini saya mahu hidangan yang ditempah dibuat dengan air tangan saya sendiri. Moga arwwah tenang di sana,” katanya.

Pada 18 Mei lalu, Faziani, 40, mauut di lokasi kejadian dalam kem4Iangan membabitkan Toyota Estima dengan sebuah lori di Pattani, Thailand.

Ketika kejadian, Allahyarham bersama suami, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz untuk menyampaikan sumbangan.

Sumber: mstar via celotehsaje

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*