“Tak Tahan Melihat Derita Anak” Luahan Pasaangan Suami Isteri Ini Buat Ramai Netizen Sebak

“SAYA reda jika Allah ambil nyawanya kerana tidak tahan lagi melihat penderitaannya.“Tetapi selagi hayatnya masih ada, kami tetap tidak putus asa berikhtiar selain masih mengharapkan keajaiban berlaku,” kata Safia Nasir. Safia, 34, adalah ibu kepada Nur Syifaa Auni, bayi berusia 13 bulan yang menghidap Hydr0cephalus atau peny4kit lebihan cecair dalam kepala sejak lahir yang menyebabkannya terlantar sepanjang masa selain hanya bergantung kepada susu yang diberikan melalui tiub.

Menurut Safia, mereka mengetahui anak perempuan tunggalnya itu disahkan menghidap penyaakit berkenaan sejak dalam kandungan berusia tiga bulan lagi.

“Ketika jantina bayi disahkan perempuan, kami sangat teruja dan gembira kerana memang kepingin lama anak perempuan berikutan sudah ada tiga anak lelaki.

“Tetapi apabila dktor kata anak kami ada penyaqkit ini, dunia saya seolah-olah gelap. Rasa macam tak percaya apa dktor kata,” katanya.

Sementara itu, suaminya Yaakob Abd Rahim, 40, berkata, kepala anak keempat daripada lima beradik itu semakin membesar setiap hari.

“Dia dilahirkan secara pembdahan dengan berat 3.6 kilogram (kg) dan lilitan kepala 42 sentimeter (sm) kini, sa1z kepalanya semakin membesar kepada 83sm dengan berat mencecah lebih 15kg.

“Anak kami sepatutnya menjalani pembdahan pada 25 Februari lalu, namun Hspital Kuala Lumpur (HKL) menarik diri saat akhir kerana peluang tipis selain risiko tinggi menanti termasuk risiko bius dan jangkitan kuman.

“Jika pembdahan berjaya sekalipun anak kami mungkin hanya mampu bertahan dua atau tiga tahun saja lagi,” katanya.

Katanya, tumbesaran anaknya juga terbantut selain mengalami sumbing, ketiadaan bebola mata serta pendengaran kurang daripada 70 peratus serta kekejangan kaki dan tangan.

“Masalah utamanya, kepala anak saya luu ka melecet akibat alahan daripada bantal. Sebelum ke tempat kerja, saya akan cuci luuka kepalanya serta menukar posisi kepalanya.

“Dktor menyarankan posisi kepalanya perlu ditukar setiap dua jam sekali, namun saya hanya mampu lakukan pagi dan sebelah malam selepas balik kerja kerana isteri terpaksa menguruskan empat anak lain,” katanya.

Penjawat awam itu berkata, mereka masih mahu berikhtiar kerana tidak sanggup melihat penderitaan anak mereka di depan mata setiap hari.

“Bapa mana sanggup biarkan anaknya macam itu setiap hari, jadi selagi ada jalan kami akan ikhtiar sekurang-kurangnya untuk menghentikan pembesaran sa1z kepalanya.

“Kami tidak tahu hendak rujuk mana lagi; oleh itu kami harapkan mana-mana pakar perubatan tidak kira dalam atau luar negara tampil memberikan idea atau apa-apa penyelesaian terbaik untuk anak kami setidak tidaknya buat sesuatu untuk mengurangkan pembesaran kepalanya.

“Selain itu, kami juga perluukan tenaga pakar untuk menjaga dan merawat luuka kepala anak kami bagi mengurangkan risiko jangkitan,” katanya.

Ditanya mengenai kecaman netizen mengenai kelewatan rawatan, Yaakob menjelaskan, keadaan kesihatan anaknya tidak stabil.

“Semua ini salah faham saja, bapa mana yang sanggup biarkan anak dia teruk jadi macam ini?

“Untuk dapatkan perincian penyaakit anak saya ini, Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) perlu dilakukan, tetapi ujian ini terpaksa ditangguh tiga kali kerana anak saya tidak stabil selain kerap demam dan batuk.

“Kali keempat pada Januari lalu barulah ujian MRI berjaya dilakukan sebelum keputusan itu dirujuk ke Jabatan Pembdahan Neuro, HKL,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Yaa. Terima Kasih.

Apa kata netizen :

Qu qyla : Berat mata memandang..berat lg bahu memikul..jgn d kecam whai netizen..ayah mak dia dh mcm2 cara dh buat..mcm2 kekangan tpksa d hadap..kita xtaw apa2 sedap2 mgutuk mgecam.kita doa n bg sumbgan tmampu utk ringankn depa..

Maw4ddah que : Moga ada keajaiban buat anak ini dan moga cepat sembuh syg Aamiin yrb…

Sumber: hmetro via Asia Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*