Tak perlu dayang istana, Permaisuri Agong setia melayan suami di meja makan dipuji rakyat

Keprihatinan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah terhadap rakyat sememangnya menjadi perhatian jika berlaku bencana atau majlis-majlis kebajikan.Namun dalam kesibukan itu Permaisuri Agong yang juga Tengku Ampuan Pahang tidak pernah melupakan tanggungjawab sebagai isteri melayani suami, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah.

Majlis Sambuutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung pada 2 Syawal lalu di Istana Sultan Abdulaziz Kuantan, Pahang baru-baru ini menunjukkan satu sisi yang jarang didedahkan kepada rakyat.

Segalanya bermula apabila Seri Paduka yang juga Sultan Pahang masuk ke Dewan Makan Utama Khas untuk kerabat diraja dan tetamu khas untuk santapan selepas beramah mesra bersama rakyat.

Menurut pegawai media kepada Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Mahathir Ali, dia ketika itu berada di luar istana selepas merakam gambar Seri Paduka yang bertemu rakyat.

Katanya, dia kemudian mendapat panggilan telefon daripada Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff supaya masuk ke dewan tersebut tanpa menyatakan apakah tujuan berbuat demikian.

Tambahnya, desakan panggilan telefon oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar itu yang merasai ada sesuatu menarik perlu dirakam olehnya.

“Beberapa kali saya mendapat panggilan daripada Datuk Mohammad Fakruddin supaya masuk tetapi gagal lalu Setiausaha Slit Tengku Ampuan Pahang, Zamzurina Ahmad mengiringi saya ke dewan berkenaan.

“Ketika masuk ke dewan itu saya terpinga-pinga apakah yang perlu dirakam namun naluri seorang jurugambar yang dapat membaca gerak-geri badan seseorang membuatkan saya mengeluarkan kamera dan merakam gambar Permasuri Agong menyediakan santapan kepada Seri Paduka,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Menurut Mahathir, dia merakamkan setiap detik bagaimana Tunku Azizah mengambil makanan sehingga menghidangkannya kepada Seri Paduka.

“Saya jadi terpegun melihat Raja Permaisuri Agong melayani Sultan Abdullah. Bukan mudah mendapat rakaman seperti ini kerana ramai tidak mengetahui sisi di sebalik kehidupan di istana.

“Tunku Azizah melayani Seri Paduka dengan penuh kasih sayang walaupun Sultan Abdullah kelihatan keletihan selepas bertemu rakyat,” katanya.

Bekas jurugambar Utusan Malaysia itu menambah, selesai santapan, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mengukir senyuman ketika dia merakam detik bersejarah itu.

Menurut Mahathir, selepas merakam detik tersebut, Sultan Abdullah secara sponton bergurau dengannya sambil bertitah, “Ini ‘nurse’ beta.”

Detik bersejarah itu kemudian dimuat naik oleh Mahathir dalam akaun Fb miliknya dan mendapat lebih 2,000 tanda suka dan 706 kongsi status tersebut.

Menurutnya, semua gambar itu diambil secara kebetulan tanpa meminta perkenan Seri Paduka.

“Ini kenangan paling indah pada saya dan tidak dapat melupakannya sampai bila-bila,”

Posting berkenaan mengundang perhatian rakyat jelata bagi memberikan pelbagai komen yang rata-rata memuji sikap Permaisuri Agong yang setia melayan suaminya tanpa memerluukan khidmat petugas istana.

Antara komen netizen 

Dayang maizatul : Teringat lg psl post penjual durian pggl tuanku permaisuri “kakak” sbb xcam baginda masa tu. Baginda pn relax je. Mmg humble gla

Muhd Shafiq : Subhanallah semoga Tuanku dengan Raja Permaisuri selalu dibawah rahmat dan perlindungan Allah S.W.T dan dikurniakan kesihatan yang cukup….

Fahmi : Gambar ydp agong dan permaisuri agong nak digantung di dinding blm kluar lagi.. Mohon jabatan penerangan percepatkan proses gmbr ydp agong dan permaisuri agong.. Ampun Tuanku…

Maha perita : Baginda hidup mcm org biasa jer…ada perkara yg lbih zuhud yg org lain xthu … biarla disimpan krn baginda sndiri xsuka diceritakn

Hazni harun : Permaisuri yg beriman,ia memuliakan suaminya. Alhamdulillahh,,semoga dicontohi oleh permaisuri permaisuri yg lain,Allahhuakbar

Mustafa Kamal : “Cantiknya Cinta” Kebawah Duli Tuanku berdua. Semuga sentiasa diulit kebahagiaan hingga ke Jannah. Daulat Tuanku..!

Sumber : utusan / celotehsaje

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*