“Tak kenal maka tak cinta” – Puteri Aishah

Bekas peserta Dewi remaja 2015/2016 iaitu Puteri Aishah tidak menyangka gambarnya ketika menjadi guru pelatih di sekolah membuatkan dia di kenali dan membuka banyak peluang untuknya sebagai pelakon kini. Puteri Aishah atau nama sebenarnya Puteri Aishah binti Sulaiman, di lahir pada 6 Jun 1994 (umur 25) berasal Port Dickson, Negeri Sembilan. Puteri Aishah kini makin di kenali dan makin popular.

Melalui entri instagram puteri aishah baru baru ini, dia memuat naik gambarnya bersama Nazim Othman sedang scuba. Ada apa apa ke dengan Nazim Othman?

Bersama nazim othman

Skuba bersama nazim dan trainer

” Tak kenal maka tak cinta ” – Puteri Aishah

Dengan siapa pula Puteri Aishah dah jatuh cinta ini. Rupanya ungkapan ini untuk aktiviti scuba diving baru baru ini. Melalui perkongsiannya, dia mula mula takut untuk scuba tetapi bila dia mula belajar dan beranikan dirinya makin dia happy dan rasa best. Tidak di nafikan dia mula mula rasa panic dan tetapi di bantu oleh kawannya dan Nazim Othman untuk face ketakutannya. Good job Puteri Aishah.

Alahai..memang nampak takut.

” apasal tak tag photographer kita ” – Nazim Othman. di balas Puteri Aishah ” Tak boleh ba haya “. Dalam masa yang sama netizen turut tag Belladally

Apa apa pun, min tengok nazim dan puteri aishah ni serasi bersama. Manalah tahu ada jodoh.

Masih ingat lagi kisah cikgu Aishah dapat surat dari bapa murid?. Ini cerita sebenarnya.

Pernah tertekan hingga berkurung seminggu gara-gara viral kisah ‘Cikgu Aishah terima surat cinta bapa murid’, Puteri Aishah Sulaiman, 22, kini semakin terbuka apabila masih dipanggil dengan gelaran itu.

Akui pelakon baharu itu, suka atau tidak, panggilan terbabit memercikkan rezeki untuknya terjun ke arena lakonan walaupun setahun lalu ada pihak menuduhnya sebagai penggoda suami orang.

Katanya, biar isu gambar seorang guru bernama Cikgu Aishah yang dikaitkan dengannya itu mula terhakis daripada kotak ingatan, dulu hatinya terguris dihentam netizen yang tidak tahu hal sebenar.

“Sudah lebih setahun isu gambar viral itu berlaku. Walau ada orang cakap saya bertuah kerana popular mendadak, impak negatif tetap saya rasakan kerana pelbagai tuduhan dilemparkan hingga ada golongan ibu bertanyakan hal ini kepada pihak sekolah.

“Walhal gambar saya dan surat cinta palsu ayah murid itu sengaja digabungkan sebelum dikongsi di laman sosial. Saya tidak salahkan mereka, mungkin ia sekadar gurauan, tetapi segelintir masyarakat mudah percaya.

“Sebagai insan biasa, saya anggap semua ini dugaan kecil. Memang waktu dihentam dulu saya berasa gundah, namun dari sudut positif pula, nama Cikgu Aishah membuka laluan kepada saya untuk berada di dunia seni,” katanya yang diperkenalkan dalam drama Cik Cinderella dan Encik Tengku, tahun lalu.

Terdahulu, nama gadis tinggi lampai ini mula dikenali gara-gara surat cinta yang kononnya dikirimkan seorang bapa murid disebarkan ketika dia menjalani latihan praktikal sebagai guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah.

Walaupun surat berkenaan rekaan semata-mata, namun populariti gadis dari Port Dickson, Negeri Sembilan, ini terus melonjak apatah lagi selepas menyertai sebuah pertandingan pencarian si jelita.

Biar berada pada kedudukan Top 10, glamor diraih berikutan tempias ‘Cikgu Aishah’ membuatkan lulusan Diploma Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) itu antara peserta paling cepat disambar rumah produksi.

Menganggap beliau cukup bertuah apabila dalam tempoh bertatih dirinya sudah pun diberi peluang sebagai tunjang teater muzikal randai, Cindua Mato, Mac lalu, ia dianggap sebagai landasan untuk mencuba bakat yang ada.

Selepas itu, satu persatu tawaran terbentang di depan mata, termasuk melangkah ke layar perak bergandingan semula dengan aktor kesayangan ramai, Remy Ishak, menerusi filem Pulang.

“Kalau menyingkap semula perjalanan saya yang masih setahun jagung ini, hakikatnya orang mungkin nampak mudah, tetapi seperti orang lain saya juga perlu melalui sesi saringan dan uji bakat.

“Andai orang kata saya bertuah kerana ada rupa, rasanya di luar sana ramai lagi yang cantik dan berbakat. Jadi sebagai bakat baharu, saya perlu melipatgandakan usaha dan tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian diri.

“Malah paling penting saya harus menjaga disiplin selain komunikasi dengan insan sekeliling, tidak kira pelakon mahu pun kru dan kaki tangan produksi kerana setiap entiti penting untuk kita terus bertahan,” katanya yang pernah mendapat bimbingan Fauziah Nawi dan Fatimah Abu Bakar.

Menerusi filem skala besar terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) yang berlatar era 1940-an hingga 2010, Aishah memegang watak Thom, iaitu isteri kepada kelasi bernama Othman lakonan Remy.

Filem arahan Kabir Bhatia ini berdasarkan inspirasi kisah benar mengenai seorang ketua keluarga yang sanggup bekerja sebagai kelasi kapal demi masa depan keluarga.

Sumber : Ig Puteri Aishah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*