“Tag harga pun tak buang lagi” – Netizen kata Sharifah Shahirah

Siapa lagi tidak kenal Sharifah Shahirah dengan gelagat kelakar spontannya tak kira di kaca tv atau di laman sosialnya. Setelah mencipta nama sejak tahun 1993, Sharifah Shahirah berjaya memenangi hati peminat dengan sifatnya yang kelakar. Baru-baru ini, beliau berkongsi momen beliau bersiar-siar menaiki motor bersama suaminya, Ijoy.  sambil menunjukkan pakaian yang dipakai ketika itu.

Dilihat didalam video berkenaan,beliau sedang memakai cermin mata pemberian Kak B, pengusaha karisma cosmetic dan ‘sweater’ kepunyaan anaknya. Akhir sekali beliau menunjukkan kasut yang dipakai itu dan mengatakan beliau baru jumpa kasut itu yang telah lama disimpan olehnya.

Apa yang mencuit hati netizen adalah di kasut beliau, ternampak tanda harga kasut tersebut belum ditanggalkan.

Netizen terhibur akan gelagat beliau tu dan sempat memuji wajah beliau yang semakin ‘flawless’.

Perkembangan Sharifah Shahirah buat masa kini adalah beliau banyak mempromosikan pr0duk-pr0duk kec4ntikan di laman instagramnya.

Sumber : ig Shieraijoy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*