“Suratan atau kebetulan” , Pelamin Sufian Suhaimi malam ini disamakan dengan Pelamin Elfira dan Faris

Prop atas pentas lagu di matamu Sufian Suhaimi kebetulan sama pattern dengan pelamin pernikahan dan perkahwinan Elfira. Kebetulan ke sengaja ye? Mungkin kebetulan sahaja tapi ia mencetuskan isu kalangan netizen. Sebelum ini lagu di matamu telah viral di media sosial dan radio, rata rata netizen mengaitkan lagu di matamu dengan isu perpisahan sufian dan elfira.

Suratan atau kebetulan

Malam anugerah juara lagu, Sufian Suhaimi telah menyampaikan lagu di matamu dengan penuh perasaan membuatkan ramai terpegun. Tetapi yang menjadi teka teki netizen, kenapa prop atas pentas lagu di matamu sama designnya dengan pelamin pernikahan dan persandingan Elfira. Adakah Sufian masih tak boleh move on?

Persembahan terbaik Ajl 33

persembahan terbaik sufian suhaimi lagu di matamu. Min dah agak memang persembahan Sufian Suhaimi sangat menyentuh perasaan dan membuat semua terpegun.

Vokal terbaik dan tempat ketiga anugerah juara lagu, Misha Omar lagu sampai bila. Terbaik Misha Omar kembali dengan persembahan yang sangat memukau serta vokal dan suaranya yang tidak berubah hebat dari dulu sampai sekarang.

Naib juara, Ara Johari lagu Bunga. Nampaknya Ara Johari memang balas den dam untuk AJL tahun lepas, apabila dia tidak boleh menyampaikan sepenuhnya kerana saa kit tekak untuk AJL 2018, tetapi untuk AJL 2019 kali ini dia bagi terbaik. Tahniah Ara.

Juara anugerah juara lagu 2019 Lagu Haram Hael dan Dayang.
Wah, terbaik Hael dan Dayang. Alhamdulillah kali kedua Heal menjadi juara AJL. Tahniah untuk semua pemenang.

Sebelum itu berita perkahwinan elfira dengan faris telah tular di media sosial. Kita imbas kembali berita perkahwinan Elfira dan Faris untuk tatapan semua.

Pelakon Elfira Loy telah selamat diijabkabulkan dengan tunangnya, Khairol Faris Anuar yang merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk, pada hari ini (1 Januari 2019) dalam sebuah majlis tertutup.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Elfira dengan memuat naik sekeping foto beserta kapsyen melahirkan rasa syukur menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, beberapa minit lalu.

“Alhamdulillah,” tulisnya secara ringkas.

Di majlis tersebut, Elfira anggun mengenakan busana pengantin serba putih manakala Faris pula mengenakan baju melayu lengkap dalam rona yang sama.

Rata-rata rakan artis dan pengikut menghujani ruangan komen entri tersebut dengan ucapan tahniah serta mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.

Difahamkan majlis pernikahan pasa ngan tersebut berlangsung di Cyberview Resort, Cyberjaya.

Terdahulu, Elfira dan Faris telah mengikat tali pertunangan pada 2 September 2018 selepas menjalinkan hubungan cinta selama beberapa bulan.

Kami doakan semoga Suffian Suhaimi ditemukan jodoh dan bahagia di samping isteri kelak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*