Sumpah aku tak tahu tunang dia h1sap benda tu dan jadi pengedar pula – Kawan Serumah Bahagian 2

Foto sekadar hiasan. Hai salam semua..alhamdullilah done terawih untuk hari ni..selamat menyambut nuzul al-quran..dan esok da start duty mcm biasa..untuk pengetahuan korang aku masih lagi bekerja di syarikat yang sama..Ok jom berbalik pada cerita yg tergantung tadi, sorry sgt aku kena tolong mak aku masak petang nk berbuka tadi..jom sambung balik.. OPss sebelum terlupa siapa yg tak ikuti episod 1 boleh baca diruang komen.. aku da letakkan awal2 supaya korang tak pening..

Balik tu aku tanya la si M ni kenapa semalam? Dia cakap dia gduh dengan laki tu sebab laki tu h1sap sybu! OMG! 1 hal lagi! Aku dah terbayangkan polis nrkotik nak datang angkut aku lagi .

Oh no! Aku taktau nank buat apa. Aku blank. Sumpah aku taktau tunang dia tu h1sap sybu. Patut la pengotor. Ddah kan sampah masyarakat. Orang yang berddah pun sampah la! Takde akal.

Dan aku baru tanya si M sbb hari tu kami makan tengh hari sama2..Belum sempat apa2 setiba nya di rumah polis da balut rumah aku dengan warning tape lagi!! Allahu…apa da jadi ni!!

Sebenarnya, slpas aku keluar bekerja pagi tu, polis da datang serbu rumah sewa aku. Mereka da lama buat intipan dekat rumah aku ni. Cuma aku je yg tak perasan .Saat lepas M dan tunang dia pindah rumah kami secara tergesa2 time tu pun polis da ikut mereka, cuma kami je tak perasan.

Patut lah, aku perasaan macam seorang pakcik ni hari2 sapu depan koridor rumah aku. Padahal sepanjang aku tigggal disini takde pulak pekerja pembersihan yg datang sapu depan koridor.

Intipan ni sbb bedasarkan rekod lampau si tunang M cinta hati jantung pisang dia tu rupanya da ada rekod dalam balai mengenai penyalah gunaan dan pengedaran ddah selama ni.

Si M tu je yg tak tahu. Da la lagi 3 bulan bakal melangsungkan perkahwinan. Untuk pegetahuan pintu rumah aku habis ditendang pihak polis sbb mereka da dapat waran geledah rumah aku. Mmg terkejut beruk la sampai2 je polis punya la ramai kt situ. Tiba tiba jiran aku makcik som…

Makcik Som; En, inilah penyewa rumah ini.. dia baru balik kerja..pasal lelaki didalam rumah mungkin en boleh tnya kan dia kenapa simpan orang cmtu dalam rumah.

* Nak meraung aku statement keluar ” kenapa simpan lelaki cmtu dalam rumah ” aku apa lagi tarik tangan si M cakap..

Aku : Errr…En budak laki tunang si M ni.. Mereka bakal dinikahkan kurang sebulan lagi je ni.. Yaa mmg saya penyewa rumah ni..tapi….saya tak terbabit guna2 ddah ni..

* Wajah M berubah. Muka dia berubah jadi merah. Tahan kemarahan mungkin.. lalu dia terus pergi dpn muka tunang dia..PAANNNGGGGGG!!!! .. Makan penampar si M ni jugak la tunang dia..

M: Ko tipu aku hidup2, ko main barang tu..patut ko tak tidur malam, ko asyik main game pubg je..laki tak guna.. selama ni aku yang tanggung ko makan minum..Memaluukan aku .. Lagi sebulan lg kot nak kahwin.

Tiba tiba situnang M ludah muka M sambil ketawa..HAHAHAHAHAHAHAHA..

Tunang M : Ko ingat aku lapar sgt dekat kau !! Pergi Berambus la !!!

M menangis di bahu aku. Nasi dah jadi bubur.. Tak pasal2 aku pun diheret ke balai polis utuk memberi kenyataan. Aku tngok tunang dia da siap bergari sambil muka masih tersenyum macam bangga sangat bila ditangkap polis..Benci sgt aku tgk muka dia..

Lepas bagi kenyataan di balai polis, aku dan M ni pon balik lah ke rumah, tanpa buang masa lagi maka dengan itu, aku menggunakan kuasa veto aku untuk dia pindah keluar dari rumah aku. Tapi mesti dia anggap aku zalim sebab buat macam ni pada dia yang nak kahwin tak lama lagi tapi tunang kena tangkap.

Bukan zalim, tapi kalau dah takde adab , budi bicara, sejenis tak boleh tegur, buat macam rumah sendiri sepahnye, kotornye sila la duduk dengan monyet di hutan. Dan lagi satu, si lelaki tersebut berddah. Zero tolerance untuk orang berddah even dia da kena tangkap. Aku tak nak pape hubungan lagi antara mereka.

Mereka masuk pun sebab aku niat nak tolong , ini tidak , ego nye tinggi melangit! Hutang deposit pun mereka tak habis bayar lagi kat aku. Tapi di pihak mereka sana , mereka twist the fact, putar belit cerita. Dah la masuk bersedudukan, tu pun nak play victim. Tak sedar punya orang.

Belum habis lagi di sini, lepas aku halau si M ni keluar hari tu jugak, sekarang ni bertebaran la cerita di pihak sana aku tak berhati perut. Sudah pun sampai ke pengetahuan tuan rumah. Segala perbualan dengan tuan rumah, whatssap semua di tangan aku. Aku boleh keluarkan bukti ni bila-bila masa aku nak.

Si M ni memang tak kenang budi .Untuk orang yang berakal, kebersihan dan kekemasan rumah ni adalah tanggungjawab diri masing-masing. Rumahku , syurgaku. Pernah dengar kebersihan tu sebahagian daripada iman?

Doa orang terniaya ni makbul. Tapi dia berkelakuan seperti dia lah mngsa. Pengajaran lepas ni selidik la bakal penyewa. Kepada owner rumah atau agent nak datang buat spotcheck kebersihan secara berkala pun dialu-aluukan. Ye la rumah kita beli, kita nak la bersih .

Unutk pegetahuan korang lepas tunang si M ditangkap hari tu, tak salah aku dia dibebaskan dengan ikat jamin si M ni sediri. Aku jadi lagi lagi lagi lah seram sebab aku da halau si M ni. Takut mereka datang nk balas dndam . Tapi nasib si M ni hanya buat kecoh di dalam group dan bawa mulut yg aku ni zlim dekat mereka.

Pada aku la, tunang kalau belum kahwin ko nk back up teruk2 buat apa, dia pon belum sah sebagai laki ko pon. Ko tu beriya nk kan da lgi even da tahu dia tu pengh1sap ddah. Yang ko tampar dia tu dpn polis sbb apa? Lakonan ? Aku memang tak ambil port lagi da pasal mereka. Lantak lah

Tapi aku ada tgk dkt FB si M ni update status perkahwinan mereka dilangsungkan juga pada tarikh yg ditetapkn. Cuma aku je lah yg tak pergi jemputan . Aku jadi trauma nk tengok muka dia smpai sekarang. Oppss sebelum terlupa si M ni dah tak bekerja dengan compny aku sekarang. Sebulan lepas dia kahwin , dia da resign dlu.

So, aku masih dalam keadaan selamat la. Sebagai pengajaran.. biarlah kawan lama mana pon, kalau dia orang tumpang sewa bilik rumah korang, kalau korang boleh elak elak kan lah supaya tak bermasam muka kemudian hari. Lebih korang duduk sorang2, masalah tempat kerja korang tinggalkan, rumah tempat nak istirehat je.home sweet home. Sekian dan selamat menyambut aidilfitri in advance.

Sumber : ceritaohsem

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*