Suami Kak Rose buang jruk madu yg aku bwa dlm tong smph,smbil ckp ko jgn berani nak dtng rumah aku lagi

Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum semua. Panggil aku adik. Aku anak 3 daripada 3 beradik dan aku merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga aku. Aku tidak mahu bercakap tentang keluarga aku tetapi tentang kakak angkat aku.Aku kenalkan dia sebagai kak rose. Aku mengenali kak rose semasa simposium tentang P.Ramlee di UPM pada tahun 2007. Pada mulanya, aku dan dia hanya bertegur sapa sahaja sehinggalah kami kerap keluar bersama dan menjadi sangat rapat.

Aku mengangap kak rose sebagai kakak aku sendiri memandangkan aku tidak mempunyai kakak dan kak rose juga begitu. Kami seperti adik beradik sehinggalah kak rose berkahwin dengan abg A , fellow di kolej kediaman aku. Selepas berkahwin, kak rose dah tak seperti dahulu.

Dia sentiasa menangis. Tiap kali dia kesedihan pasti dia menghubungiku. Namun, tidak pernah sekali pun kak rose menceritakan apa yang berlaku. Tapi aku hanya mengangap dia stress dengan program masternya. Aku dan kak rose sudah jarang keluar bersama tetapi kami masih lagi berhubung melalui text dan call.

Di university, aku hanya keluar apabila kak rose yang ambil atau mami yang ambil sahaja. Aku bukanlah jenis keluar tanpa sebab untuk ke mall seperti kawan-kawan lain. Kawan-kawan pun tidak berkawan denganku kerana aku kerap keluar dengan kak rose.

Jadi masa untuk bersama kawan-kawan kolej atau fakulti sangat terhad. Suami kak rose, Abg A memang tidak menyukai aku kerana aku jenis tidak ramah atau tidak mesra alam. Dia kerap mengatakan bahawa aku sombong kepada kak rose. Tapi kerap kali kak rose menafikannya.

Pada waktu ini, kak rose bekerja di Wisma dayabumi kl. Aku sangat-sangat menyanyangi kak rose dan sangat menjaganya. Ini juga menyebabkan Abg A tidak selesa denganku.

Tiap kali nk jumpa Kak Rose, suaminya abg A mesti menghalang perjumpaan kami. Sampai satu tahap aku bediri betul2 depan rumah Kak Rose. Aku tunggu Kak Rose keluar. Tiba2 abg A balik time Kak Rose tgh bersalam dgn aku.

Dia hanya menjeling dgn jelingan yg tajam, nampak sgt muka tidak puas hati sanggup aku datang rumah Kak Rose semata mata nk jumpa Kak Rose. Aku bawa buah tangan jeruk madu dkt Kak Rose. Abg A rampas dekat tangan Kak Rose, dia terus buang dalam tong sampah.

Di tunjukkan jari betul2 dekat aku. Sambil cakap…

Abg A: Berani ko datng sini eh. Ko nk racun apa dekat bini aku. Ko sihir apa dekat bini aku sampai malam tidur pun dia mengigau sebut nama ko. Aku tak suka ko datang sini lagi, ini last warning aku. Rose kau masuk dalam!

Aku balik rumah petang tu dgn tangisan air mata. Tergamak Abg A halau aku depan rumah dia sbb nk jumpa dgn Kak Rose. Aku tak melawan sepatah pun cakap abg A, aku balik camtu je cuma sempat cakap dkt Kak Rose ” Maafkan adik ”

Aku ingat itu hari terakhir aku jumpa kak Rose, tapi tidak….

Pada suatu hari, kak rose ingin berpindah rumah dan mengajakku menemaninya. Aku pergi. Aku dan kak rose mencari rumah dan menguruskan hal pindah berdua sahaja. Pada masa ini aku menjadi sangat pelik kenapa Abg A tidak membantu. Namun aku diamkan sahaja.

Selepas berpindah, aku memberitahu kak rose bahawa aku tidak berada di KL selama beberapa bulan kerana praktikal. Kak rose sangat sedih dan kerap melawatku. Semasa praktikal, aku mulai pelik kerana kak rose jarang menghubungiku.

Sekembalinya aku ke KL, kak rose memberitahu bahawa Abg A tidak membenarkan dia mengandung dan hanya pulang pada sabtu dan ahad sahaja. Aku meng4muk teruk. Abg A turut melarang kak rose menghubungi aku lagi.

Hingga tahap kemuncak aku tak tahan lagi, aku terpaksa text abg A, num abg A aku ambil secara curi2 dari hanphone Kak Rose. Dalam perbualan Whatsapp kmi:

Aku: Salam Abg A, sy adik Kak Rose, terlebih dahulu sy nk minta maaf sepatutnya sy tak perlu campur hal rumah tangga Abg A dan Kak Rose, sy sgt Kak Rose lebih dr seorang kakak, tp kenapa abg A buat Kak Rose sy seperti orang tidak ada perasaan?

Kenapa halang Kak Rose utk mengandung? Abg A bnyk luukakan hati dia, tiap kali dia nangis dia akan call saya wlaupun tidak luah kan perasaan.Sepatutnya abg A kena jaga dia, bimbing dia, jaga hati dia, bukan buat seperti kebudak- budakan

Abg A: Wslam, ko tak payah campur hal rumah tangga aku, pasal Rose biar aku yg setelkan, ko takde kena mengena dalam hidup aku. Ko boleh berambus!

Aku: Ok, sy akan berambus dr hidup abg A dan Kak rose, tapi dgn 1 syarat.

Abg A: Aku tak perluukan syarat. Aku tak perluukan ko!

Selepas perbualan whatsaap tu, mmg tergantung mcm tu la. Tiada kata putus. Hati aku jadi tak tenteram bila abg A betul2 marah kan aku.

Aku takut sgt, takut perbuatan yg aku buat ni dapat dihidu kak rose kerana hubungi suami dia tanpa pengetahuan dia. Aku akur dgn kesilapan aku.

Lepas tu aku cuba text Kak Rose, hanya 1 tick saja muncul walaupun da 2 hari aku hantar. Sah handphone Kak Rose sengaja di off kan sebab aku cuba call 20 kali selama 2 hari, masih masuk voice mail. Allah… selamatkan kak Rose terdetik hati aku.

Aku akur dan tidak menghubungi kak rose lagi dan kak rose juga mengelak dari menghubungiku. Namun, aku tetap menghantar pesanan tanpa balasan dari kak rose. Tahun 2013, aku diragut. Segala HP dan no telah hilang. Dan aku kehilangan satu-satunya kakak kesayangan ku.

Aku menghubungi abg S (kawan kak rose) yg aku kenali. Tapi Abg S juga tidak mengetahui tentang kak rose. Selepas 5 tahun, tanpa sebarang berita. Aku begitu merindui kak rose. Hanya potret dia bersama keluargaku sewaktu konvovesyenku menjadi kenangan.

Tahun 2019, aku menemui direktori peribadi kak rose di sebuah agensi kerajaan. Aku sangat-sangat merinduinya. Aku boleh sahaja menghubunginya namun aku menolak untuk berbuat begitu.

Apa ertinya sayang kalau dia sendiri tidak mahu diganggu lagi. Sayang padaku kini, hanyalah mahu melihat dia bahagia. Pesanan buat kak rose, kakak.. adik mungkin bukanlah adik yang baik namun sayang adik pada akak, ikhlas dari hati adik.

Seperti janji adik pada akak dulu, adik tak akan mudah menangis lagi. Adik akak kuat. Adik harap akak bahagia dengan abg A wlpn adik tahu pahitnya kisah akak dengan Abg A.

Kak, dah 5 tahun berlalu kak.. terlalu lama kita mengenali . Adik tetap sayangkan akak. Adik tahu akak dah berjaya menamatkan PHD akak. Tahniah kak. Adik mohon maaf sekiranya adik pernah meluukakan hati akak.

Tahun ini, izinkan adik memadam nama akak dari ingatan adik. Adik tidak sekuat dahulu. Mungkin sudah tiba masanya adik berhenti mencari akak.

Hanya letakan akak sebagai kenangan paling indah dalam hidup adik. Terima kasih kerana pernah mencurahkan kasih sayang dan perhatian pada adik. Kak rose, terima kasih.

Sumber : Dunia Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*