Suami habiskan beribu utk kereta, tapi untuk isteri nak cheese cake pun berkira dan nasi goreng rm7 pun diungkitnya

Saya nak kongsi kisah manis hidup saya dengan korang. cukup manis kalau dikenang. Saya seorang suri rumah sepenuh masa, jana duit dengan jual online je. dalam banyak2 saya nak cerita satu ni je kat korang. Satu hari saya teringin sangat nak makan cheese cake leleh yang orang duk post kat facebook dalam group tmpat saya ni memang nampak sedap sangat kek tu.

Saya mmg penggemar cheese cake dari dulu tapi yang ni memang nampak sedap gile dimata saya. Saya gagahkan diri mintak duit dengan suami. Harga kek tu rm25 sekali caj cod dia kata bapak mahal kek apa awak nak beli tu? Tak payah lah membazir je beli kek mahal2. Saya pun senyap je pendam terliur tu dalam hati.

Satu hari kami gi tesco. Kami lalu tempat kek tu dia cakap hah itu hari awak nak makan kek kan. Ambik yang tu, abg belanja. Kek tu harga rm3.50 je. Saya beli jugak sekali tak sedap min, keras, lemau. Saya tak cakap kat suami tak sedap saya makan je. Dia try sesudu je pastu dia kata ish makanan macam ni abg tak hadap.

Makanan awak je ni. Tapi saya tetap tak puas hati sebab saya nak jugak kek tu. saya niaga, kumpul duit sendiri walaupun lambat cukup. dah cukup saya order, dah smpai orang tu delivery saya rasa macam nak terbang min. punyalah sedap. Saya sayang nak makan banyak saya simpan dalam peti ais.

Sekali esoknya saya nk makan lagi dh habis min. Saya tanya suami saya dia cakap abg try. Sedap jugak kek tu. Saya dah lah payah nak dapat benda tu min. Lepastu saya kumpul duit lagi nak order lagi. Saya nak order 2 supaya saya puas makan. Dia tak bagi dikatanya membazir. Saya beli satu dia habiskan lagi.

Suami saya ni memang payah nak keluar duit kalau untuk saya. Kalau kereta dia, sekali dia beli sportrim, sekali gaji dia balut leatherseat, sekali gaji itu, ini untuk kereta dia. Gaji dia bukan sikit. 4k lebih jugak sebulan. Tapi dalam 4k tu berapa sen je bahagian saya sebulan dia laburkan. Ye saya tau dia beli saya tak semahal dia beli kereta dia, sebab tu dia perlakukan saya padan dengan harga je.

Tapi bukan kereta dia yang jaga dia masa demam, masak untuk dia, kemas urmah dia, basuh baju dia. saya ni jenis wife tak banyak bunyi min. Saya takut jatuh derhaka kalau saya tengking dia. haritu saya saakit perut gila, kencing keluar cairan merah macam tu. Boleh dia bawak saya klinik 1malaysia je min sebab hspital besar jauh dengan tempat kami.

klinik tu bagi surat suh bawak saya gi hspital besar sebab diorg takde ubat. TAK bawaknya saya kesana sebab jauh. padahal klinik swasta banyak je. Sampai lah saya sembuh sendiri. Seminggu jugak saya tahan saakit tu. Kalau dia belanja saya makan kat kedai pun harga sekali air tak lebih rm6 haritu saya masih ingat kami makan kat kedai thailand sebab banyak kedai tutup masa tu

Saya dah excited sebab nampak makanan sedap2. Saya order nasi goreng seafood kt situ dengan air suam. Sekali masa bayar rm18 habis.Terkejut jugak suami saya masa tu. Dia tanya cashier harga nasi satu2. Harga nasi saya rm7 sepinggan smpai kesudah dia ungkit cakap nasi saya lah yang mahal. Menitik air mata saya dalam kereta min lepas tu saya nekad taknak makan luar dah.

Tetiba time begini saya ingat abah umi saya. Tak pernah berkira saya nak makan apa dulu. Saya cakap je terliur itu ini terus tanya berapa, lepastu pasti hulur duit suh saya beli dan boleh makan.

Setakat setahun lebih kahwin ni saya bukan main selekeh. Maaf min saya punya coretan panjang lebar. Saya taktau nak mengadu sesiapa dah, dekat orang lain di kata membuka aib suami pulak,dekat sini jelah boleh sebab korang tak kenal kami. Terima kasih banyak2 admin kalau siarkan cerita saya ni.

Pesanan ini buat semua lelaki supaya hargai isteri yang sanggup bersusah payah bersama.

Perkahwinan merupakan penyatuan dua hati. Bila sudah memilih untuk berkahwin, sudah tentulah kita menerima pasngan itu seadanya. Namun, lumrah manusia setelah memiliki tidak pandai untuk menghargai. Seringkali kita melihat k3s seperti suami mula berubah hati. Setelah pelbagai susah senang dilalui bersama, mudahnya mencari pengganti.

Pengorbanan isteri yang setia di sisi seolah tiada nilai lagi. Benarlah pepatah, isteri diuji bila suami tidak mempunyai apa-apa, suami diuji bila dia memiliki segalanya.Coretan oleh Amir Syahir melalui laman fb ini diharap dapat membuka mata para suami di luar sana, agar lebih menghargai isteri yang sanggup bersusah senang bersama anda.

Sedar atau tidak walau isteri itu punya banyak kekurangan, namun merekalah tulang belakang yang sentiasa menolak suami ke depan.Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat untuk semua.“Abang. Sayang tak minta kemewahan. Tapi cukuplah Abang sentiasa bahagiakan Sayang, setia dan jujur. Sayang cuma nak Abang jaga keluarga kita dan mencari rezeki yang halal.”

Di awal perkahwinan, kewangan suami masih tidak stabil. Jadi, isteri yang baik akan memahami keadaan kewangan keluarga dan tidak minta benda bukan-bukan yang membebankan suami.Ada golongan isteri yang tak pernah minta wang untuk beli pakaian melainkan suami yang belikan. Beg tangan, kasut sampai koyak pun dia tak mengadu lagi minta ganti.

Selagi boleh guna, dia akan guna. Kalau dia nak beli baru pun, dia gunakan duit sendiri je tanpa mengharapkan suami. Kerana dia tahu kemampuan suaminya sampai mana.Tidur pun beralaskan toto. Makan bersila, sofa takde. Tak pernah minta suami belikan televisyen meskipun dia kesunyian saat suami dan anak-anak keluar bekerja dan ke sekolah.

Rumah sempit, hidup serba kekurangan tetapi bahagia. Indah. Hati pun lapang dan tenang. Asalkan suami dan anak-anak sentiasa berada di sisinya. Isteri yang baik menerima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta.

Mereka disisi saat tiada siapa mengenali kita.Jika isteri jenis yang faham keadaan suami ni, kau jaga la dia elok-elok. Sayang dan setia lah dengan dia. Jangan pernah terfikir nak cari yang lain. Cintailah dia sepenuh hati kau. Susah nak jumpa yang jenis macam ni. Sanggup bersusah senang bersama-sama ni.

Dan jika suatu hari nanti Allah berikan kita rezeki yang lebih, jangan sesekali lupakan isteri yang sentiasa bersama kita saat kita tidak punya apa-apa dulu. Bersyukurlah kerana isteri dan anak-anak, rezeki kita semakin bertambah.

Tahniah buat para isteri yang sentiasa memahami keadaan suami. Yang sentiasa bersama-sama dengan suami saat susah dan senang. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua.

Apa komen ntizen :

Syahida : Keje sndri… Beli je ap yg kau nk… Nk hrp suami kau yg kedekut tu payah la…

Emma : Terlampau la lelaki berkira sma isteri sendiri!!! Sma kereta mu beriban plak blh ko labur… jenis suami x kenang budi!

Merak kayangan : Teruknya suami. Kalau sy ade duit time tu jugak byr rm7 tu. Sanpai mti lah xkaya dpt laki camtu

Rohimah imah : Normal tuhhh……klau nak keluarkan untk ank n bini memg susah sikit… Hahahahaha…. X apa… ALLAH s.w.t sentiasa melihat…..

Amirah Gazi : Kalau isteri suri rumah.ini lah yg slalu dgr.bertabah la.kena cr income sendiri,tiba bila ada income sndiri..silap2 nasi suami pun kita kena byr pula nt.tu pun masalah juga nt.cuba la pasang ceramah agama tentang tanggug jawab suami..sy kalau nampak leka sgt..sy akn tag suami bila ada artikel pasal tanggungjawab suami dalam rumahtangga atau pasang ceramah..kadang2 sy ceramah juga.tak selalu..hanya bila terleka…jgn dibiarkan berlarutan.terutama masa thn pertama..supaya xjd habit yg kita xnak.huhu

Kredit : apampink

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*