Suami aku keje di laut. 2 minggu je di darat. Tahun prtama kawin, aku bunting. Masa aku berpantang, aku buka fon suami aku

Foto sekadar hiasan.Masa kali pertama dia saakiti hati aku masa aku tgh pantang anak sulong. Dia keluar kejap nak beli barang. Tapi, kereta kena langgar. Melayang sekelip mata duit ratus2 nak baiki kereta. Rupanya ada satu rahsia besar yang dia sembunyikan dan akhirnya dia kantoi dengan aku. Rahsia ni bukan aku sengaja korek upah spy ke apa.

Tapi, Allah nak tunjuk supaya isteri tahu, supaya aku boleh betulkan balik kebahagiaan rumahtangga aku. Nak sweet2 dating 7 hari seminggu mmg takleh sebab suami aku kat laut.

2 mggu je kat darat. Tahun pertama kahwin, aku pregnant & bersalin anak comel. Tengah2 aku berpantang, aku buka phone suami aku, bukan niat nak bongkar apa2, aku cuma nak guna fb dia kejap sebab nak search produk untuk krus lepas pantang. Haa! Terkejut aku, dalam history search fb dia, ada tertulis ‘awek gerrsang’.

Naik darrah, panas hati terus aku! Aku senyap sepanjang hari, suami aku perasan. Dia tanya kenapa, dan aku terus meletuup..Aku tunjuk bukti dia search kat fb. Pendek cerita, dia bagitau aku yang dia search tu sebab nak tahu betul ke tak cerita kawan sekolah dia. Dia tunjuk profile fb perempuan tu dan bagitau aku yang itu kawan lama sekolah, kawan2 dia cakap budak tu dah berubah dari bertudung jadi freehair.

Ok. Walaupun aku sedih & masa tu aku rasa bod0h sangat + aku rasa hina + aku rasa suami tak hargai aku pregnnant dan s4kit nak bersalin + aku tengah pantang. Aku tetap maafkan suami aku dan aku percaya dengan alasan dia tu. Life kami macam biasa lepas tu. Ada lah asam garam gaduh sikit2.

Setahun lepas tu, aku pregnnant anak kedua & bersalin. Kali ni Allah nak tunjuk lagi. Aku baru habis pantang & aku pergi kursus kat satu tempat jauh dari rumah. Bawa sekali suami dan anak2. Malam otw balik rumah, kami sweet2 talking, bergurau, sembang2 dalam kereta, taknak bagi dia mengantuk.

Pastu aku mintak izin dia nak guna phone jap sebab phone aku habis bateri. Suami aku baru tukar iphone. Dia belum pandai guna iphone, & dia tak tahu isteri dia ni otak gliga kaki IT. Bab tepon gajet senang je. Aku takde niat nak selidik apa2 pun masa tu.

Aku tak buka fb dia, aku tak buka wassap dia. Aku guna google je. Lps setel semua tu, aku tergerak hati nak buka photo gallery. Dan aku tgk kat album ‘delete’ ada banyak gambar yang dia delete. Aku rasa suami aku tak tahu.. sebab dia taktau walaupun dia delete gambar2 dari wasap, gambar tu tak akan terus padam, akan masuk dalam album delete. Aku buka. MasyaAllah! Penuh dengan gambar2 boo.gel, lu.cah.

Gli aku tengok. Dia kata dapat dari grup wasap. Dia termasuk sebab tekan link orang bagi. Nama grup tu tak mcm lu.cah pun. Tapi, semua dalam tu post gambar dan vide0 lu.cah. Dan suami aku cakap : ‘abang baru je beli phone baru dan abang belum pernah guna iphone, so abang taktau nak setting macam mana, wassap auto download semua gambar dan vide0’. Aku minta dia tunjuk bukti mana grup wasap tu, dia kata dah left dan delete.

Ok, pendek cerita, 3 hari aku memberontak. Aku diam, aku seeksa jiwa dia. Ambik ko abang, ko ingat senang2 aku nak maafkan. Hari keempat, aku cuba lembutkan hati aku. Aku cuba terima alasan dia.

Ok, aku senyum dan aku cuba baik2 dengan dia. Tapi! Tak sampai 24jam, akhirnya terbongkar lah perkara yang selama ni dia simpan dari aku, yang dia taknak aku tahu. Kat FB, dia search macam2. Tak perlu aku bagitau search apa, tp menyakitkan hati aku. Aku terus rasa diperbodo0hkan selama ni! Akhirnya dia mengaku, dia selalu tewas dengan syaiitan bila dia kat laut sorang2. Bilik tidur dia, kadang2 je ada staff lain yang masuk tidur sekali (katil lain2 okeyh)

Bila dia sorang2, dia sunyi…dan biasalah kan, lelaki ni naafsu dia bab tuuuu je, memang susah nak kontrol naafsu yang satu tu. So, dia akan search kat fb gambar2 atau vide0 tak sen0noh. Dia kata lepas tu dia menyesal, dia taubat. Tapi kadang2 datang bisikan dan dia tak kuat. Inilah rahsia yang dia simpan selama ni, dia tak bagitau aku. Segala kisah lain dia cerita, segala pasword dia bagi kat aku termasuk pasword fb, no.pin kad atm, kad kredit, online banking. Semua aku tahu. Tapi aku tak pernah salah gunakan. Tak pernah aku log in fb suami aku walaupun aku tahu password dia.

Dia cakap, dia malu nak bagitau aku. Dia cakap bukan selalu dia buat. Kadang2 je, bila aku takde kat sisi dia, bila dia sunyi kat laut tu. Dia cakap dia sayang aku. Bukannya dia tak puas dengan aku atau dia saja2 nak cari benda tu. Tapi, kadang2 iman dia lemah. Lebih2 lagi dia sorang2 kat laut. Takde isteri kat sebelah.

Lelaki ni, berapa hari je boleh tahan naafsu dia tu kan. So, time dia tak tahan, syaiitan duk hasut2 dia. Dia akan buka website atau kadang2 kat fb je dah boleh dapat tengok gambar2 vide0 seeksi luucah. Aku rasa hina sebab suami tengok benda2 macam tu tapi tempat lepasnya kat aku. Terhina. Rasa bod0h sangat.

Suatu hari, dia ekssiden. Motor totally lost. Nak claim tak boleh sebab orang yang laanggar dia takde roadtax. So, useless lah. Motor rosak, duit pun melayang. Insuuran pun dpt sikit je, tak berbaloi. Lagi teruk dia cedeera kat lengan,kaki. Sebelah kaki mmg tak boleh berjalan. Dekat sebulan dia cuti tak bekerja. Masa tu rasa sempit sangat kewangan kami. Duit dia kering. Dalam bank pun habis semua saving. Tinggal duit aku je sikit nak buat belanja dapur,pampers anak.

Memang sangat2 berbeza keadaan bilamana kami tengah baik2 tengah happy2, takde gaduh2. Masa tu banyak je duit masuk. Gaji dia dapat elaun ratus2. Aku pun,laju je bisnes online. Suami aku sediri cakap..’ni balasan Allah untuk abang sebab s4kitkan hati isteri’. ‘Abang sendiri rasa tak tenang, abang rasa duit asyik tak cukup walaupun gaji masuk tiap2 bulan’. ‘Abang selalu kena musibah,s4kit2’. Itulah kisah yang jadi dalam keluarga kecil kami.

So… Aku nak share apa yang aku dapat dari seorang pakar motivasi, pengamal NLP, pakar kaunseling keluarga. Ni aku dapat bukan dari kursus dia. Kebetulan aku duduk tepi dia dalam surau. Aku tak pernah kenal dan tak pernah tahu pun dia siapa, lepas senyum2, kami sembang2 sikit, okey aku baru tahu dia siapa. Dan banyak yang aku tanya kat dia. FREE je dia bagi. Tak perlu masuk kursus kelas dengan dia. So, ilmu ni aku pun nak sampaikan pada korang.

Korang ada suami atau anak yang perangai tak elok, boleh cuba ikhtiar dengan cara ini. Pluk erat2 sampai dia rasa tulang belakang dia macam tersepit. Dan buat mcm orang perempuan slalu buat masa salam- ciium pipi kiri kanan kiri. Masa pipi kiri sebut dalam hati ‘Ya Allah berikanlah hidayah kepada kami’ pastu pipi kanan sebut dalam hati ‘Ya Allah berikan tau kepada kami’ pastu pipi kiri balik, sebut ‘Ya Allah berikan kebahagiaan kpd kami’.

Masa Dia Tidur Boleh buat juga , tapi jangan sentuh2 pula, kang terjaga kena sepak pulak ko nanti. Dan berdoa dalam hati kita, mintak yang baik2. Contohnya, abang..abang suami yang baik. Abang suami yang pemurah. Abang suami yang memahami isteri. Abang suami yang rajin. Abang suami yang akan bagi duit nafkah paling kurang RM900 tiap2 bulan (yang ni contoh shj)

InsyaAllah, lama kelamaan akan ada perubahan. Lepas aku taip panjang2 ni… Satu je aku nak pesan.. selagi boleh selamatkan perkahwinan korang, buatlah apa2 cara (yang halal je okeyh.) Aku dan suami dah berbaik. Suami betul2 minta aku bantu dia, bantu buang perangai buruk yang satu tu.

Suami aku ni baik, rajin, pemurah. Cuma, satu tu je yang dia tak boleh kawal. Sebab tu lah dia senyap tak bagitau aku, dia malu dengan aku. Dia takut aku takleh terima dia. Wey, ofkos lah, sape nak suami duk tengok benda macamtu, rasa macam dihina, umpama aku ni buruk sangat, hodoh sangat sebab betina p0rno tu kan cun melepak putih gebu seeksis! Ok, sekarang aku dah slow2 lupakan hal ni. Aku belajar untuk kembali hormat pada suami. Dan aku perlu terima dia seadanya dan aku mesti selamatkan rumahtangga aku. Aku selalu ingatkan suami, jaga mata, jaga hati.

Dia pun sekarang rajin puasa sunat. Masa dia kat laut, aku selalu telefon dia, kadang2 vide0 call dengan anak2 skali. Supaya terisi masa kosong suami, so takde alasan lagi dia sunyi. Kami dalam planning nak gi umrah sama2 tahun depan. Tengah kumpul duit. Aku minta doa yang baik2 dari pembaca semua, semoga dipermudahkan urusan kami. Semoga umrah yang kami nak pergi ni membuatkan hidup kami lebih tenang, keluarga kami dirahmaati Allah, pintu rezeki terbuka luas.

Kisah Ini Buat Abang2 Ambil Iktibar.. Salah Satu Cerita Dari Berjuta Juta Psangan Luar Sana.. kadang benda yang awak rasa kecil boleh menjadi racun kepada isteri..

Jika nak rezeki Melimpah Ruah.. Jagalah Hati Isteri. Jika Nak Hati Tenang ,Jangan Sesekali Luukai Hati Dia…

Kredit : kisahrakyat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*