Siti Sarah pelik suami shuib dituduh dayus kerana minta izin beli motor

IMPIAN pelawak Shuib untuk memiliki motosikal idaman tercapai setelah menerima keizinan isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah Raisuddin. Bagaimanapun, perkongsian itu mengundang kecaman netizen sehingga ada yang menggelarnya sebagai suami dayus.Gara-gara tuduhan itu, Siti Sarah menerusi Instagramnya menegaskan tindakan suami yang berterus-terang dalam sesuatu perkara bukanlah sifat seorang lelaki dayus.

“Tak sangka pula cerita minta izin isteri untuk beli motor jadi isu besar. Yang peliknya, ramai lelaki menganggap berterus-terang dengan isteri atau menghorm4ti isteri adalah sesuatu yang dayus.

“Yang saya tak faham, lelaki-lelaki ini menganggap menipu isteri itu lebih berani dari berterus terang yang dianggap dayus,” katanya.

Perkongsian Siti Sarah di Instagram pada Sabtu.

Bersama kapsyen tersebut, Sarah turut berkongsi keratan artikel sebuah portal yang menulis mengenai kritikan netizen terhadap suaminya.

Pada Jumaat, Shuib memuat naik foto dia bersama sebuah motosikal jenama Ysuku yang baru dibeli.

“Salam Jumaat, akhirnya dapat juga… Alhamdulillah, penat pujuk Siti Sarah Raisuddin,” tulisnya.

Shuib pujuk isteri sebelum beli motosikal idaman.

Disebabkan kapsyen tersebut, ada netizen mnggalkan komen meminta Shuib bersikap tegas dan tidak mudah tunduk kepada arahan isteri.

Dalam pada itu, Siti Sarah turut menyifatkan Shuib sebagai seorang suami yang bertanggungjawab dan meletakkan isteri sebagai keutamaan.

“Alhamdulillah saya bersyukur pada Allah kerana pinjamkan saya seorang suami yang baik dan bertanggungjawab, walhal dia boleh beli lebih dari moto tanpa bertanya pun pada saya.

“Yaa Allah, ampunilah dosa-dosa mereka sekiranya kata-kata mereka menyakiti suami ku… Amin,” ujarnya.

Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq M4tin

Apa komen netizen

As Fauzi : Bkn minta izin la… Lebih kepada perbincangan….
” syg, abg nak beli motor la…boleh ke ” la beli la…kan duit abg….
Adoiii dah namanya berkahwin, semua kena kongsi, kongsi duit, kongsi idea…segala2 lah… Tu pn nak kena ajor ke….

Astutuey Abdullah : Dengki la tu xdapat Ysuku. Dia hormat lah bini dia nak beli pape, sama lah wlupn ada duit sediri sarah dia mst akn tanya suami dia nak beli pape. Bgs laaa apa yg dayuss

Abby Ahmad : Ala x pyah layan la netizen2 bangang mcm tu… ad je x kne…. dia nk beli mst la bgtau wife dia… x kn nk bgtau wife jiran sblh pulak… bongok ke ap….

Syaz Kroll : Ko x kawen mana ko tahu…yg ko tahu kencam…takut bini lah … kalau aku lelaki aku begitu begini lah…. ko punya sembang ph boleh pegang 2 pggal beb…

Namaako Nonamaa : Dayus apa benda hah.. benggong la netizen ni.. isteri syg suami kalau ada option boleh naik kereta.. dia xbagi naik motor… Yaa naik kereta pon kalau nak jadi dia jadi, tapi kerisauan bila naik motor ni 2 kali ganda.. sebab kem4 langan yg kecil pon boleh jd teruk untuk yang bawa motor. So.. bila dah ada option kereta.. tak salah kan?

Harlina Amin : Yg komen dayus tu x kawin lg kot..padahal dlm rumahtangga pape kne sit down laki bini,bncang.. bnda ni wajib beli x? Ape baik beli ,ape buruk beli..berbincang.. dia buat gtu dia hormat la bini dia.bgus la laki gini..

Fazilawati yusuf : Biar la di kata kan dayus ke takut bini ka…ini kerana s4kit demam susah senang semua dgn bini yg dok mengata tu sebenarnya cemburu atau s4kit mental…atau kurang kasih sayang…

sumber: mstar via erakini via menujukebenaran

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*