Senyap2 curi tgk fon suami,sebak bila tengok dia wasap ibu dia, adik-beradik, kwn ke utk pinjam duit

Foto sekadar hiasan.Ramadan 2019 kali ini, adalah Ramadan pertama buat aku dan suami. Namun, di ambang Ramadan, aku dan suami diuji dengan pergduhan demi pergduhan yang membuatkan aku tak senang duduk. I need to spill! Oh by the way, usia perkahwinan kami baru je 5 bulan. Aah, memang baru sangat lagi. Time bercinta bagai nak rak..bila dah kahwin baru tahu langit tinggi rendah..

Drama tv3 petang2 yang membongak je lpas kahwin duduk rumah cantik2 boleh deco rumah.Hampeh je aku rasa..Ok tp itu bukan main point aku..tujuan aku tulis dpt dikongsikan bersama korang apa yg aku rsa sama tak apa yg korang rasa..

Suami aku bekerja dengan sebuah syarikat swasta dan aku pula baru je bekerja di sebuah kafe. Walaupun umur kami berbeza 6 tahun, aku sangat senang dengan personaliti suamiku yang sangat tenang, penyabar dan matang orangnya.

Keluarga dia pula memang menerima aku dengan penuh kasih sayang yang membuatkan aku rasa kadang-kala mak mertua aku ni sayang aku lebih dari mak aku sendiri. Aku sendiri bersyukur gla dapat mak mertua macam tu.

Aku selalu takut nak kawin sbb takut dapat keluarga mertua yang jhat2 (lulz). Ni semua sebab banyak sangat layan drama Melayu yang tunjukkan karekter mak mertua jahat2 dan suka membawang tak pasal-pasal aku jadi cuak sendiri.

Pendek cerita, semuanya memang nampak indah. Jap, perkahwinan aku masih lagi indah ok? Cuma beberapa perkara yang berlaku ni aku rasa aku nak luahkan, kot-kot ada yang mengalami perasaan yang sama macam apa yang aku rasa ataupun nak ambil pengajaran dari kisah aku.

Sebelum kahwin, aku dah sedia maklum yang suami aku ni memang ada masalah kewangan walaupun dia bergaji RM8k sebulan. Dulu, dia pernah tersilap langkah apply loan untuk buat bisnes emas tapi ada masalah and orang atasan bawak lari duit.

Dengan hati nk cpat kaya,disamping pelaburan emas yg mereka buat tu.Tapi terkandas di separuh jalan.Aku tak salahkan dia..sekurang2 dia berusaha..tapi bukan dgn cara ini.

Selain tu, dia pernah ambil kad kredit and dah banyak belanja macam-macam dulu dan kesannya sekarang nak kena bayar semula semua yang pernah dibelanjakan dulu. Nak kata sampai kena kejar ceti mintak hutang tu idokler, Cuma boleh kata kitorang ni cukup-cukup makan je.

Bila gaji, terpaksa bayar hutang-hutang, bil air, bil api, bil astro dan macam-macam lagi. Belum lagi tolak duit kereta. Aku faham dan aku sedia nak hidup bersama dengan suami aku.

Kebiasaannya, suami aku akan ketepikan rm300 untuk beli barangan dapur. Yang lain-lain, dia ketepikan untuk duit minyak pergi kerja etc. Nasib baik rumah dah habis bayar since aku duduk rumah mak ayah mertua aku lepas dorang pindah balik ke kampung.

Bila nak dekat hujung bulan tu sesak sangat-sangat. Terpaksa korek-korek mana yang ada. Aku selalu senyap-senyap curi tengok fon suami aku. Sebak gla bila tengok kadang-kadang dia whatsapp ibu dia, adik-beradik ke, kawan-kawan ke untuk pinjam duit.

Just to make the end meets. Terkadang, bila aku duduk sorang-sorang mengenang nasib, mesti aku terbayangkan semua angan-angan yang selalu aku impikan sebelum aku kahwin. Nak duduk rumah baru, deco rumah sendiri, deco bilik sendiri, deco ruang tamu sendiri, langsir pilih sendiri…haih macam-macam lagi lah.

Tapi bila tengok keperitan sang suami cari rezeki nak bayar itu ini, nak sediakan tempat tinggal, makan minum yang secukupnya aku terus jadi kesian. Sampaikan nafkah untuk aku sendiri sebagai isteri pun aku tak sampai hati nak mintak walaupun aku berhak.

Bila hati aku terdetik yang aku sepatutnya tuntut hak aku, aku cepat-cepat padamkan sebab aku tak nak suami aku berdosa sbb tak bagi nafkah zahir pada aku.

Sememangnya ni semua bukan mudah. Aku akui, keinginan dan kehendak aku teruji. Mana taknya, masa aku masih lagi dibawah tanggungjawab ayah aku, apa je yang aku nak inshaAllah aku akan dapat…even ayah aku bukannya orang kaya.

Masa diploma pun, ayah aku mampu tanggung pengajian aku tanpa amik PTPTN. Secara mudahnya, hidup aku sangat senang dan tak pernah rasa susah. Bila terasa susah tu, aku asyik teringatkan ayah. Aku takut sangat aku tercompare antara suami dan ayah aku.

Yang paling sebak sekali, hari tu aku balik kampung sorang tanpa suami aku sebab nak pergi mengundi. Masa otw ayah nak hantar ke terminal bas tu tiba-tiba ayah tanya “How’s marriage life?” Autom4tik, mata aku dah bergenang air mata.

Mungkin sebelum ni kalau orang lain tanya, aku akan jawab “Best!” dan senyum tanpa paksaan. Tapi dengan ayah, aku rasa aku tak dapat sembunyikan lagi. Aku cakap “Married life is fun…and tough” and being an ayah…biasalah, dia bagi nasihat pasal perkahwinan apa semua.

Aku chill lagi. Entah macam mana, tiba-tiba meleleh lak air mata aku ni…So, terlepas jugaklaa cerita yang aku pendam selama ni dari siapa-siapa.Ayah sangat memahami, dia suruh aku teruskan jadi isteri yang understanding, yang faham beban sang suami. Aku ada luahkan kat ayah, yang kadang2 suami aku rasa down bila dia tak dapat provide apa yang aku nak. Tak dapat bagi kemewahan pada aku macam yang ayah aku bagi dulu.

Ayah aku pun pesan, kalau ayah ada belikan apa-apa barang untuk aku, better jangan cerita pada dia kalau benda tu boleh buat dia down. Bila nak sampai hujung bulan tu, ada jugak beberapa kali aku tebalkan muka pinjam duit dekat ayah.

Then masa tu, ayah cakap “Duit tu ayah bagi, bukan pinjam. Tak payah bayar balik.” Allahuuu, lagi macam air terjun air mata aku masa tu. Aku tanya ayah, mak ada cakap pape ke. Ayah kata mak taktau apa-apa. Mak tak dapat tangkap bila aku jawab soalan mak “Kucing yang lain semua mana?”

“Ermm..terpaksa buang kat pasar. Kitorang sendiri tak cukup makan, lagi nak bela kucing” Ayah noticed it. Ayah pesan pada aku supaya banyak-banyak bersabar, jangan tinggal solat and jangan kecikkan hati suami aku. InshaAllah ayah.

So bila orang tanya, “How’s married life treating you?” This is marriage to me. My version of story. Aku masih lagi bertatih nak uruskan rumahtangga dan nak bantu suami aku ringankan beban dia. Bila kami duk gduh tadi, aku cuba nak reflect diri aku, nak turunkan ego aku yang sememangnya tinggi ni.

Jujur cakap, rasa nak memberontak, rasa nak marah, nak maki, semua ada. Tapi aku dalam proses nak lawan semua tu untuk jadi yang lebih baik. Hal anak pulak, dah ramai yang bertanya. Siapa yang taknak anak kan? Aku pun tak sabar nak dapat anak, tapi dalam keadaan ekonomi sekarang, kehidupan yang financially challenged ni, aku serahkan semua pada Allah.

Aku percaya, kalau dh smpai masanya Dia berikan aku zuriat, masa tu adalah masa yang terbaik. Dan aku waktu tu aku dah bersedia untuk fasa seterusnya. Aku harap para pembaca yang sedang membaca ni doakan lah yang baik-baik untuk kami. Semoga urusan korang semua pun dipermudahkan. InshaAllah aminnn!

Kredit : Dunia Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*