Selepas Datuk Vida suruh pulang balik barang dan cakap “Saya nak sepak awak pun boleh”, Ini jawapan padu Amaris

Pelakon Putra Amaris berasa terhin4 dan maIu dengan kata-kata yang diungkapkan oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman ketika pertemuan singkat mereka di acara jualan Star Vendors di Sabah pada Ahad lalu. Amaris atau nama sebenar Muhammad Amran Ismail, 33, berkata dalam perjumpaan itu Hasmiza atau dikenali sebagai Datuk Seri Vida meluahkan rasa kurang senang dengan pelbagai isu yang timbul membabitkan mereka. Malah Amaris turut diminta memulangkan semula barangan yang pernah diberikan oleh jutawan tersebut.

“Kalau ikutkan saya tak mahu panjangkan isu ini, cuma saya terkilan dan rasa terhin4 dengan kata-kata Datuk Vida. Sedangkan saya tak pernah ada apa-apa isu dengan dia dan kami masih bertegur macam biasa.

“Dia mempersoalkan mengenai beberapa kenyataan yang pernah saya keluarkan kepada media sebelum ini dan meminta saya memulangkan semula barang-barang yang pernah diberi olehnya sebelum ini.

“Saya tertanya barang apa yang dia pernah bagi tu? Kalau sekadar beberapa helai baju, saya boleh cari semula dan pulangkan secara terbuka. Dia siap kata ‘saya nak sep4k awak pun boleh!’ Saya maIu apabila dia kata begitu di depan pembantu kami dan bodyguard dia,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Amaris memberitahu pertemuan mereka itu berlaku dalam waktu singkat kerana dia mengejar waktu untuk ke lapangan terbang. Malah, dia terbuka untuk bertemu Vida secara peribadi di Kuala Lumpur bagi menyelesaikan isu ini dengan segera.

“Memandangkan ketika itu teksi sudah menunggu di lobi dan saya bergegas nak ke airport, jadi memang tak boleh nak cakap banyak. Saya minta dia aturkan pertemuan di Kuala Lumpur jika ada sebarang rasa tidak pua$ hati.

“Senaraikan juga apa barang yang pernah diberi itu, saya nak cari semula dan sedia untuk pulangkan. Orang bagi hadiah kita ambil sebagai tanda hormat… rasanya tak pernah dapat barang mahal pun!,” ujarnya.

Meskipun tidak lagi mempunyai sebarang urusan membabitkan kerja sejak Disember tahun lalu, Amaris berkata masih ada yang mengaitkan dia dengan usahawan tersebut. Justeru itu, dia meminta orang ramai berhenti menghubunginya dan terus menggelarnya sebagai pembantu peribadi (PA) Vida.

“Cukuplah kaitkan saya dengan dia, saya tak pernah jadi PA dia. Dulu pun saya hanya bantu dia daripada sudut pemasaran sahaja. Sampai sekarang ini orang ingat saya masih bekerja dengannya dan ada yang hubungi saya semata-mata nak tanya tentang isu berkaitan dia.

“Saya sekarang sibuk uruskan keluarga, bisnes kuih tat Amaris Mytart dan wangian Francesc Fragrance. Tak ada masa nak fikir hal-hal remeh yang lain,” katanya.

Sebelum itu, Usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman mendedahkan pelakon Putra Amaris sudah tidak lagi bekerja dengan syarikatnya sejak Disember lalu.

Susulan itu, usahawan yang dikenali sebagai Datuk Seri Vida itu menyangkal dakwaan bahawa pelakon tersebut sudah kembali bekerja dengannya.

“Dia bukan lagi staf saya. Terkejut saya bila dia kata sudah bekerja semula dengan saya. Hakikatnya itu tak betul.

“Dia dah lama berhenti… bulan Disember lepas. Rasanya dia pun dah pernah cakap dia dah berhenti sebelum ini,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sejak itu, Vida berkata dia tidak lagi berurusan dengan pelakon tersebut.”Kami tak pernah berurusan lagi tapi saya pernah terserempak dengan dia masa program raya tempoh hari.

“Tapi kami tak bertegur pun. Nak cakap kami dah berbaik semula memang jauh sekali.”Dulu anggapan dia negatif tapi sekarang mujurlah dah sedar. Sebenarnya banyak dah saya bantu dia,” katanya.

Ujar Vida tiada keperluan untuk dia mengajar cara berniaga kepada pelakon tersebut sebagaimana didakwanya.

“Saya nak ajar-ajar dia apa lagi. Dia dah belajar pun masa bekerja dengan saya dulu.

“Orang yang kerja dengan saya ni kena multitasking… kena tengok tahfiz dan pada masa sama pandai buat marketing.

“Jadi apa yang dia cakap dekat saya sekarang ni saya pun dah tak peduli,” katanya.

Terdahulu, Putra Amaris menjelaskan hubungannya dengan usahawan kosmetik itu sudah kembali jernih.

Pada masa sama pelakon berusia 33 tahun itu berkata dia kini membantu dalam menguruskan hal pemasaran dan perniagaan Vida.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Yaa. Terima Kasih.

Sumber: mstar via Ariana Rose

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*