Selepas 15 Tahun, Akhirnya Zul Ariffin Disatukan Dgn Rakan Lama

Siapa sangka pelakon terkenal Zul Ariffin, 33 rupanya pernah memulakan kariernya bersama Ashraf Sinclair apabila bergandingan dalam iklan komersial sekitar 2004. Namun 15 tahun telah pun berlalu dan mereka kini digandingkan sekali lagi menerusi filem aksi terbaru J Retribusi. Menurut Zul, dia mula mengenali Ashraf sejak berusia 17 tahun, malah suami kepada Bunga Cinta Lestari itu antara individu terawal yang dia kenal ketika mula berjinak dalam industri.

“Alhamdulillah, selepas 15 tahun kenal, akhirnya dapat berlakon bersama dengannya. Ibaratnya dapat berlakon sama dengan kawan lama.

“Agak kelakar juga bila sebelum ini memang kami tak pernah pun berpeluang untuk berlakon sama. Bila dah 15 tahun baru berkesempatan bergandingan,” katanya.

Ditanya tentang perubahan wataknya dalam filem terbaru ini, Zul menjelaskan karakter Jay agak berlainan kerana dia tidak lagi bertugas untuk Unit Tindakan Khas (UTK).

“Jay sebalikya telah diambil menjadi pengawal peibadi seorang anak orang kaya. Apa yang boleh saya terangkan, watak Jay kali ini lebih bebas dan tidak terhad seperti filem terdahulu,” katanya.

Untuk pengetahuan anda, J Retribusi adalah sekuel kepada filem J Revolusi dan dijangka ditayangkan pertengahan tahun depan.

Zul akan bergandingan dengan pelakon Amelia Henderson, Datuk Rosyam Nor, Ashraf Sinclair dan ramai lagi.

Zul Ariffin idam nikah di Makkah

Hero filem Misteri Dilaila, Zul Ariffin menyimpan angan-angan melangsungkan majlis akad nikah di Tanah Suci Makkah atau Madinah.

Bagaimanapun, Zul, 33, memberitahu, ia sekadar impian kerana gadis yang bertakhta di hati, belum ditemui.

“Saya berangan-angan mahu bernikah di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Saya pernah bertanya kepada beberapa teman mengenai prosedur pernikahan di Makkah atau Madinah.

“Bagaimanapun, sekadar bertanya untuk membuat persiapan. Jangan bimbang, saya tidak akan kahwin sorok-sorok apabila sudah tiba jodoh.

“Saya mahu bernikah di Tanah Suci, tetapi majlis resepsi tetap diadakan di Malaysia selepas pulang.

“Besar harapan saya dapat membawa bakal isteri dan keluarga menunaikan umrah bersama-sama,” katanya kepada BH Online.

Zul berkata, dia tidak mahu lagi merancang soal jodoh.

“Dulu, saya ingat dapat berkahwin dengan seseorang. Buat rancangan macam-macam tetapi tidak menjadi.

“Kali ini, saya mahu pilih gadis biasa. Saya tidak kisah sama ada bekerjaya atau tidak, asalkan dapat menjaga saya sebaiknya.

“Saya juga mengharapkan bakal isteri menjaga kerjaya saya, bukan menjahanamkan,” katanya.

Tambah Zul, dia mahu tumpuannya terhadap kerjaya lebih baik selepas berkahwin.

“Sebab itulah saya mahu mencari gadis biasa. Saya mahu pergi dan pulang kerja dengan tenang, tidak serabut dengan masalah peribadi,” katanya.

Antara komen ntizen

Syahirah Safwan, Pulok,, x royak awal2,,, sy nikoh doh la. Igt nk artis2 je.. xpela,,, xdop jodoh ,lagipun sy alhamdulillah bahagia je. Moga awak pom bahagia la dgn bakal Zaujah awak.

Hamka Yunus, Komen ini xde kne mengena dgn zul.. kebanyakan Lelaki Akhir zaman (x semua).. mer0sakkan wanita, tapi mahu pasaangannya yg x r0sak dan mahu yg baik2 .lelaki dpt sedap.. wanita je beng0ng.. so please jaga maruah anda.. mahalnya maruah anda.. jgn mudah dibelai dgn cinta..

Noraini, Hari ni hari jadi sy jgk.. Xminta like pon. Tp nak mintak doa kalian semoga pintu rezki terbuka seluasnya utk sy dan kamu2 semua.. Serta Dikurniakan kesihatan yg baik hingga hujung ny4wa..

Cik puan myrah, Sahabat sy Tuan Nur Aimuni calon yg sesuai sbb dia syg abam jul..sy jamin dia yg paling terbaik plg sesuai…hehehee Asiah Jusoh

Ratna, sory…wanita melayu lebih suka jenis2 dark…tall tu… mcm abg remy ishak. Haha

Sumber: Gempak via mediaohsem

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*