Sekian lama menyepi akhirnya Fathia Latiff bersuara, “ Saya sedar ia saIah disisi agama ”

Pelakon k0ntr0versi Fathia Latiff mengakui imejnya yang sudah tidak berhij4b sejak April lalu terus-menerus menerima kec4man orang ramai. Namun Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, menjelaskan dia akan tetap mengekalkan imej tersebut demi mengejar cita-citanya dalam bidang nyanyian. “Saya faham apa yang saya lakukan adalah saIah disisi ag4ma, saya akui diri ini j4hiI. Namun siapa tahu saya bakal menemui calon suami yang dapat membimbing diri ini ke arah yang lebih baik suatu hari kelak.

“Tidak dinafikan saya masih mendapat komen neg4tif daripada masyarakat, namun saya anggap mereka berkata demikian kerana sayangkan saya. Apa yang boleh saya katakan ialah ini karakter sebenar saya demi mengejar cita-cita sebagai penyanyi antarab4ngsa,” kata Fathia kepada mStar.

Fathia Tampil Rambut Pendek Selepas Tidak Berhij4b, “Saya Tidak Mahu Berselindung Lagi, Sedar Berhij4b Kerana Rasa Kecewa”

Selepas pelakon Emma Maembong membuat keputusan menukar penampilan dengan tidak lagi berhij4b, kini aktres sensasi Fatiha Latiff turut melakukan perkara yang sama.

Pelakon drama Ariana Rose yang sebelum ini memuat naik foto tanpa memakai tudung muncul buat pertama kali dengan penampilan terbaharu itu di sebuah majlis pertunjukkan fesyen pada malam Rabu.

Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff, 32, yang kini berambut pendek berkata, tindakannya membuka hij4b dilakukan beberapa hari lalu tanpa dipeng4ruhi mana-mana pihak.

“Saya benar-benar rasa lapang dan tenang dengan imej baru ini, apaatah lagi keputusan ini datang dari diri saya sendiri. Saya mahu cari diri saya kembali dan meneruskan hidup seperti sedia kala,” ujarnya.

“Apa yang penting sekarang saya boleh jadi diri sendiri dan tidak menipv diri sendiri. Saya baru perasan apa yang saya lakukan sebelum ini (berhij4b) sebenarnya saya sedang kecewa dan mrung,” ujarnya kapada mStar.

Dalam pada itu Fathia berkata, dia berasa dirinya tidak ikhIas dan terpaksa sepanjang tiga tahun memakai hij4b. Tambahnya, dia juga sudah bersedia untuk berdepan kec4man dan kritikan netizen terhadap imej baharu itu.

Fathia membuat keputusan untuk berhij4b penuh pada 1 April 2016. Sementara itu, ketika ditemui di majlis pertunjukkan fesyen koleksi raya jenama Manimalace , Fathia menjelaskan pvnca dia memadam semua gambar lamanya kerana dia ingin memulakan kehidupan baharu.

“Saya tidak mahu lagi berselindung malah bagi saya apabila kita sudah mengenali diri kita yang sebenar, kita tidak tkut pada sesiapa. Saya mengambil masa dua tahun untuk mengenali diri saya dan alhamdulillah semua dah terjawab. Saya tetap dengan pendirian saya.

“Bukan niat saya untuk mencetuskan k0ntr0versi apabila memadam kesemua gambar saya yang berhij4b sebelum ini” ujarnya. Fathia mengakui dia menyukai gaya rambut terbaharunya dan berharap ia turut diterima suatu hari nanti.

Sementara itu, menurut laporan harian metro, k0ntr0versi yang membelenggu dirinya bagaikan tiada berpenghujung sehingga mempengaruhi reputusinya sebagai pelakon digemari ramai. Ia turut menjadi punca kerjaya seninya kini malap.

Aksi Fathia Latiff di kaca TV tidak lagi kelihatan dan dia seakan-akan istana pasir yang hilang tatkala dipkul ombak.

Ditemui dalam sesi fotografi khas, pelakon jelita ini mengakui sudah lama tidak menerima tawaran berlakon lebih-lebih lagi apabila timbul cerita kurang enak membabitkan sikapnya di beberapa set penggambaran.

Walaupun berhadapan pelbagai isu, pemilik nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff ini tidak pernah berputus asa apaatah lagi meletakkan noktah dalam kerjaya seni.

Pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Ariana Rose itu terlalu mencintai dunia seni diceburinya sejak 2009 dan kini selepas 10 tahun tidak mungkin dia mahu melupakan atau mngalkan bidang sudah sebati dengan jiwa.

“Saya tidak boleh paksa mana-mana pihak menawarkan saya berlakon. Saya tidak ada hak. Mungkin juga mereka berasakan tiada watak yang sesuai untuk saya,” katanya.

Namun begitu, Fathia akui kontroversi yang dikaitkan dengan dirinya turut menjadi faktor penyumbang mengapa pihak penerbit mahupun stesen TV tidak lagi memilihnya untuk membintangi karya yang mereka hasilkan.

“Namun, sampai bila mereka mahu menghukum? Lagipun, apa yang berlaku di set penggambaran sebelum ini, saya semata-mata tidak boleh dipersalahkan. Pihak mereka juga ada buat silap. Saya cuba berikan yang terbaik dalam kerjaya saya.

“Mungkin dalam berusaha untuk memberikan lakonan terbaik itu saya lupa dan bertindak di luar batas tetapi mereka boleh menegur ketika itu,” katanya.

Mengambil contoh, watak yang ditawarkan dalam drama seram terbaharu yang dihasilkan sebelum ini, Fathia diberikan watak jahat.

“Saya cuba sebaik mungkin menghayati watak jahat dan ia terbawa-bawa apabila saya berada di set penggambaran. Drama itu membabitkan beberapa pelakon kanak-kanak yang tidak mempunyai pengalaman. Bagi menyenangkan kerja, pihak produksi mengambil pelakon dalam kalangan saudara-mara atau orang yang mereka kenal.

“Sepatutnya cerita berat seperti itu mereka gandingkan saya dengan pelakon berpengalaman. Jadi, kalau saya terbawa-bawa watak, mereka akan faham.

“Apaatah lagi sekiranya membabitkan kanak-kanak. Bagaimanapun, apabila yang dipilih itu pelakon tidak ada pengalaman, mereka pasti terkejut apabila melihat sikap saya mula berubah di set penggambaran.

“Berikutan peristiwa itu, saya dipersalahkan seratus peratus. Kononnya saya cuba menimbulkan masalah di set. Saya juga didakwa tidak datang ke set. Kalau saya sudah dihalau takkan saya mahu datang bekerja lagi?

“Penerbit pula kata Fathia hanya dengar aduan daripada sebelah pihak. Apabila sampai kepada stesen TV, cerita yang disampaikan itu sudah tentulah nampak saya bersalah dan kakitangan produksi yang tidak profesional tidak pula dipersalahkan,” katanya.

Kelantangannya meluahkan perasaan di media sosial juga turut dikatakan menjadi faktor penyumbang kenapa banyak pihak tidak berminat bekerja dengannya.

Menjelaskan perkara itu, Fathia berkata, apa yang dimuat naik di laman sosialnya seperti Instagram tidak seharusnya dijadikan sebab dan punca kerana ia adalah hak peribadi.

“Apa yang saya muat naik dalam laman sosial adalah hak peribadi saya. Ia tidak seharusnya dibawa keluar dan menjadi punca kepada sebarang masalah atau kontroversi.

“Semua orang punya hak untuk tidak mengikuti saya di laman sosial kalau mereka berasakan ia tak sesuai dengan kehendak dan falsafah hidup mereka. Namun, janganlah sampai ia dijadikan senjata untuk mengenakan saya kembali.

“Bayangkan dalam semua orang bercakap mengenai saya sama ada membabitkan kerjaya seni mahupun peribadi hingga saya tidak punya ruang untuk bersuara kecuali di laman sosial saya. Di laman sosial saja saya ada ruang untuk mempertahankan diri daripada segala dakwaan yang dibuat dan dikaitkan dengan diri saya.

“Kalau itu pun mereka mahu jadikan punca, habis bagaimana saya mahu menjelaskan isu yang dikaitkan dengan diri saya. Pengikut saya berhak untuk tahu daripada tuan badan berbanding membaca atau mendengar penjelasan pihak lain,” katanya.

Fathia turut menegaskan menuding jari dan mengungkit perkara lama tidak akan memberi apa-apa makna kepada dirinya.

“Saya mahu kembali dan terus memperjuangkan bakat seni yang ada dalam diri saya. Kalau ada kesalahan saya di masa lalu, saya mohon maaf. Saya harap peluang untuk saya masih ada tapi kalau usaha saya ini terus dikaitkan dengan cerita lama dan kontroversi susah untuk saya terus bergerak ke depan.

“Anggap saja kembalinya saya sebagai kelahiran semula Fathia Latiff dalam industri seni tempatan. Dua tahun saya mendiamkan diri. Saya cuba memperbaiki segala kelemahan diri.

“Anggap sahaja dulu saya kurang matang dan selepas berdepan dengan pelbagai perkara serta isu, saya jadi kian matang. Jadi diharapkan semua orang termasuk penggiat seni terimalah saya semula dengan tangan terbuka,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai perancangannya selepas ini, Fathia menjelaskan dia mahu menyanyi secara serius.

“Sebelum ini ramai peminat tahu yang saya menyanyi. Malah saya pernah menghasilkan lagu duet bersama Shukri Yahaya berjudul Tak Pernah yang menjadi runut bunyi untuk drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa.

“Selain berlakon, saya memang minat menyanyi. Sejak remaja saya suka menyanyi tetapi sudah ditakdirkan tawaran berlakon datang dulu. Bagaimanapun, saya tidak pernah berhenti menyanyi. Sepanjang menyepi, saya banyak belajar mendalami muzik dan vokal.

“Saya turut menyanyikan semula beberapa lagu popular. Alhamdullilah, ia mendapat sambuutan baik daripada peminat. Malah, ada yang menasihati saya agar menyanyi secara serius. Kini saya bersedia untuk mengejar kembali impian untuk bergelar penyanyi,” katanya.

Ditanya tidakkah dia berasa sudah terlambat untuk bergelar penyanyi dan perlu bersaing dengan ramai penyanyi muda, tegas Fathia ia tidak seharusnya dijadikan alasan.

“Kalau kita lihat ramai penyanyi yang bermula dalam usia lewat seperti Ciara dan Jennifer Lopez. Mereka berjaya. Muzik sebenarnya tidak punya had umur, kalau boleh menyanyi dengan baik dan lagu dihasilkan itu bagus peminat pasti mahu mendengarnya,” katanya.

Fathia turut berkongsi sudah ada single yang dihasilkan sendiri dan ia menanti untuk dirakamkan. Pastinya Fathia mengharapkan usaha terbarunya itu akan membuahkan hasil.

Sumber: mstar/harian metro via ariana rose

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*