Sejak tahun pertama perkahwinan Marzuki dah buat 0nar. Pelik duit habis kemana , hinggakan kereta 9 bln tertunggak dan ditarik balik

Foto sekadar hiasan .Assalamualaikum..aku harap admin siarkan luahan aku ni sebab aku sangat2 perluukan pandangan dan pendapat pembaca senua. Nama aku Kalsom.. umur pon kira da tua.. Aku dah berkahwin dengan suami namanya Marzuki. Sedapkan nama laki aku, tapi tak sesedap perangai dia lah..Aku tak pandai nak intro2 ni… cuma nak bgtau aku dah hampir 20 tahun berkahwin…

Suami aku pon dah hampir 4 tahun bersara.. anak2 masih sekolah rendah sbb aku dpt anak lambat.. aku dah kerja 20 tahun sbg kkitgn krjaan.. gaji pon ok la cuma ada byk komitmen.

Komitmen yang tak tahu bila nak habis. Marzuki pun da besara sebab beza umur aku dan dia lebih kurang 5 tahun. Aku tak tahu nak buat luahan yang aku tanggung selama ni dekat siapa. So aku harap ini lah medium terbaik untuk aku hilangkan stress disamping komen korang semua.

Tahun pertama perkahwinan Marzuki dh buat onar. Kami sewa beli sebuah kereta baru. Oleh kerana gaji suami lebih kecil berbanding gaki aku maka aku bantu dia. Aku bagi dia duit untuk bayaran bulanan kereta.

Tup2 hjg tahun kereta ditarik oleh pihak bank… 9 bulan tak berbayar ko… so aku macam konpius la kan… mana pergi duit yg aku bagi tiap2 bulan tu… Marzuki cakap dia tak bayar dan menyalahkan aku.

Mula mula aku fikir Marzuki ada skndal ataupun ada bela perempuan simpanan. Yela korang bayangkan rm790 aku bagi dekat dia tiap2 bulan, kemana duit tu hilang. Bukan sikit, banyak jugak lah. Kalau nk beli barang dapur stok sebulan tu memang lepas sangat.

Bila kami duduk berbincang katanya aku la punya pasal… asik nak jalan2.. laaa mana la aku tau dia ada masalah kewangan.. dia tak pernah cerita dgn aku. Kesudahannya nm aku blacklisted dan terpaksa bayar bulan2 kepada bank. aku la yang bayar sampai setel n nama dibersihkan…

Aku sedih sangat Marzuki tak bantu pun. aku masih bersama dia atas alasan suka duka susah senang bersama…kan… aku fikir takpe la bagi dia peluang. Lagipun takkan sebab ni kami nak bercrai. Ape plak kata keluarga kami nanti.. ok. aku fikir positif.. mana la tau esok2 Marzuki berubah dan tak buat lagi.

Tahun demi tahun berlalu. aku masih menanggung sebahagian besar kewangan isi rumah. Tak kisahla tu kan.. adatla.. gaji Marzuki tak mampu nak tanggung semua. Selalu juga Marzuki minta duit belanja dr aku.

Akhirnya Marzuki pon tamat tempoh perkhidmatan. Marzuki walaupon dah bersara tapi beliau masih belum terima pencen bulanan. Bila aku tanya dia jawab “entahla…saya pun tak tau..”

Ok aku pon diam… kang kalau aku tanya lebih2 aku juga yg saakit hati. Nafkah aku dlu masa Marzuki masih berkhidmat dimasukkan ke akaun aku… taklah banyak tapi syukur la ada.. tapi selepas pencen tiada lagi wang dimasukkan ke akaun aku.

Marzuki pon culas memberi nafkah dan duit belanja. Ada juga la sesekali Marzuki bagi duit. On off…tapi selalunya mmg kerap sangatla off nya…

Selepas bersara, aku ckp dgn dia tak payahla kerja… jaga dan uruskan sajalah anak2 sekolah… ok.. dia setuju. Ok la senang hati aku ada org uruskan anak2… dapatla aku bekerja dgn hati yang tenang. Give n take. aku kerja dia urus anak2..

Ok sebelum tu Marzuki semasa masih berkhidmat ada membeli sebuah kenderaan 4×4 tritom atas nama aku… aku relakanla kan… sayang Marzuki kan… lagipun takkanla Marzuki nak aniaya aku. Aku bini dia. Walaupun pernah ada sejarah kereta ditarikbalik kerana tak berbayar aku tetap nekad nak bantu dia beli kereta tu.

Baik.. semua berjalan seperti biasa… rumahtangga ada ups n downs.. kebanyakannya kerana soal nafkah ni la… aku dah mula mempersoalkan kenapa Marzuki tak bagi nafkah… memang ada ketika dia berbelanja tapi sesekali… tak la sampai beratus. Minyak kenderaan ulang alik dan makan di tempat kerja serta barang keperluan aku semua aku tanggung sendiri.

Semuanya bermula pada tahun lepas. aku mula dihujani dengan panggolan dari nombor tak dikenali. Nombor KL. Dia call pejabat tempat kerja aku banyak kali. Akhirnya tak tahan asik berbunyi je dan malu dgn staf pejabat aku pon jawab.

Panggilan dr firma guaman yg mewakili pihak bank pinjaman kenderaan 4×4 yg Marzuki beli atas nama aku. Tunggakan berjumlah ratus ribu. Lebih kurang 36 bulan dari tarikh pembayaran akhir. aku pon buatla kira2.. jumlah itu berpadanan dengan tahun Marzuki mula bersara.

Maknanya Marzuki dah mula tak bayar sejak tarikh bersara. Tapi… Marzuki tak pernah bercerita dgn aku. aku tau dr pihak guaman ni la yg call aku. Berderau juga la drah aku… aduhaiii kenapa jadi lg ni?

Aku dinasihatkan oleh peguam untuk buat bayaran secepat mungkin. Kalau aku gagal langsaikan hutang tertunggak tu aku akan dikenakan tindakan undang2. aku pon tanyala Marzuki tapi jawapan Marzuki sangatla mengecewakan… tak tau nak cakap apa katanya.

Maka pokok pisang pun berbuah 2 kali. aku kerap bertekak dengan dia tentang hal ni. Dia tidak meminta maaf atas apa yang berlaku. Mintak maaf pon sebab aku cakap dengan dia.. aku suruh dia minta maaf.. tapi tak nampak penyesalan pun d situ.

Marzuki berlagak seolah2 tiada apa yg terjadi. Dan seolah2 memang patut aku yang selesaikan semua ini.

Peguam telah rujuk k3s aku ke 1 bank ni yg boleh tolong aku buat pinjaman utk langsaikan tunggakan tu. Setelah beberapa perbincangan aku pon setuju untuk buat permohonan pinjaman.

aku terpaksala sbb kalau tak nnt nama aku akan blacklisted lagi. aku dah tak boleh bayar secara ansuran. Buat masa ni aku masih menunggu jawapan sama ada permohonan pinjaman aku itu diluluskan atau tidak.

Apa yg aku nak cakap ialah hati aku dah tak boleh terima apa yg dia buat ni. aku rasa dah tak redha. Hati aku dah tawar. aku sedih dengan apa yang berlaku.

Kenapa la Marzuki buat macam ni? Kenapa dia biarkan perkara ini berlanjutan? Dia tidak pernah ambil tahu tentang pinjaman yg aku perlu mohon ni. Tak pernah beri kata2 semangat pada aku yang nampaknya kena hadapi benda ni sorang2.

Tak minta maaf. Allah… aku rasa keseorangan dlm dunia ini. aku kena langsaikan hutang yg bukan aku buat. Bila Marzuki belek2 telefon aku… tengok aku wassap dgn siapa dh tentu dia akan jumpa wassap aku dgn peguam dan pegawai bank tu.

Tapi dia tak pernah tanya perkembangan k3s ni..bagaimana perasaan aku..sedangkan ini semua terjadi disebabkan dia. aku tak tau apa nak buat dah..aku kena hadap masalah ni sorang2.

Kalau nak ikutkan hati, memang da lama aku nk berpisah dengan dia. Aku sampai sekarang tak tahu mana punca duit dia tiap2 bulan pergi. Boleh di katakan aku yang sara semua isi rumah da sebagainya. Dia? Marzuki goyang kaki duduk depan tv je.

Tapi kuasa Allah tu maha Besar, aku jumpa sesuatu dalam kocek seluar Marzuki. Runtuh jiwa raga aku tengok benda tu. Aku memang tak sangka tergamak Mazrzuki boleh buat benda salah dsisi agama. Allahu.. Kuatkan lah aku. Aku nk tulis apa yang dalam kocek dia pon tak sampai hati.

Mungkin lepas aku dapat kekuatan baru aku ceritakan kt korang semua. Sekarang memang aku tengah tnggu Marzuki balik. Biar dia yang jelas kan semuanya pada aku dulu. Assalamualaikum..

Sumber : Dunia Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*