“Saya sayang sangat Fizo dan dia baik sebagai suami dan bapa kpd anak saya” – Mawar Karim

“SAYA sayang sangat Fizo dan dia baik sebagai suami dan bapa kepada anak saya. ”Demikian pengakuan usahawan tudung terkenal, Mawar Abd Karim sambil menitiskan air mata ketika prosiding laffaz crai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, hari ini. Menurut Mawar, dia sanggup mengorbankan kasih sayangnya demi kebahagiaan Fizo sekeluarga. Dalam prosiding itu, pelakon Fizo Omar, 34, kemudian melaffazkan crai talak satu terhadap Mawar, 30, di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan.

Terdahulu, sebelum laffaz crai, Fizo memohon maaf kepada ibu bapa Mawar yang hadir menyertai prosiding berkenaan.

Mawar ketika ditemui media selepas itu berkata, dia sedih dengan percraian yang berlaku namun, menganggap itu pengorbanan terbesar dilakukan untuk kehidupannya dan Fizo sekeluarga.

“Apa yang berlaku bukanlah disebabkan ego ataupun harta. Mungkin ada hikmah untuk masa depan saya dan kami akan menjadi kawan baik demi membesarkan anak kami, Wan Maryam,” katanya.

Ditanya sama ada masih menyayangi Fizo, Mawar berkata, setiap wanita atau isteri pasti akan cuba sedaya-upaya menyelamatkan perkahwinan.

“Selama enam tahun tempoh perkahwinan ini, saya dan Fizo telah mencuba, namun saya reda serta pasrah. Mungkin sampai di sini sahaja untuk saya dan Fizo,” katanya yang memberitahu tidak akan memutuskan hubungan Fizo dan Maryam kerana anaknya masih kecil dan memerluukan kasih sayang seorang bapa.

Mawar turut menegaskan spekulasi mengaitkan percraian itu dengan harta, ego dan pihak ketiga adalah tidak benar.

“Tiga benda ini bukanlah sebab percraian kami. Fizo sangat baik dan dia adalah anak, abang dan adik yang bertanggungjawab kepada keluarganya,” katanya.

Sementara itu, Fizo memberitahu dia reda dengan percraian itu.

“Cukup untuk saya katakan jodoh saya dan Mawar berakhir di sini. Pada saya, ini bukan pengakhiran tetapi satu permulaan kami menjadi ibu bapa bersama dalam menjalankan tanggungjawab untuk membesarkan Maryam.

“Saya masih sayang dan kasihkannya dan saya mengucapkan terima kasih kepada Mawar kerana menjadi isteri dan ibu kepada anak saya, malah banyak terhutang budi padanya.. dia sangat baik,” katanya.

Sebelum itu, desas desus keretakan rumah tangga pelakon Fizo Omar dan isterinya Mawar, akhirnya terjawab apabila pasaangan itu sah bercrai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, hari ini.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34, selaku defendan terhadap Mawar Abdul Karim, 30, sebagai plaintif melaffazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan.

Permohonan crai itu dibuat Mawar mengikut Sksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu.

Suasana mahkamah bertukar sedih apabila Fizo dan Mawar saling bermaafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri.

Che Abdullah kemudian mensabitkan berlaku percraian talak satu dan memerintahkan plaintif menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan percraian mereka di pejabat agama Jabatan Agama Islam Selangor dan sijil nikah dibatalkan.

Terdahulu, ketika prosiding, Che Abdulllah bertanya adakah Fizo bersetuju untuk mencraikan isterinya dan pelakon itu menjawab dia bersetuju kerana sudah tiada keserasian serta persefahaman antara mereka sejak beberapa tahun lalu.

Difahamkan, percraian itu berpunca daripada masalah keluarga dan bukannya orang ketiga.

Pasaangan itu yang bernikah pada November 2013 dikurniakan cahaya mata bernama Wan Maryam berusia dua tahun.

Media sebelum ini melaporkan Fizo dalam satu kenyataan memberitahu dia belum bersedia untuk memperincikan kemelut rumah tangga apabila isterinya dilapor sudah mendapatkan khidmat peguam bagi menyelesaikan perkara itu.

Antara komen ntizen,

Khairil Anuar, Mgp mesti berpisah.. andai hati masih menyayangi. Mgp hati menjadi rapuh dg ujian..sdg manusia tiada yg sempurna . Mgp tiada kemaafan..sdgkan manusia sendiri mengharapkan kemaafanNya.

Norliana Fuad, Sayang tak semestinya memiliki. Adakala perluukan pengorbanan. Semoga mawar tabah. Bersangka baik percaturan dari Allah

Puan Joe, Faham sgt perasaan mawar…mmg syurga anak lelaki dibawah kaki seorang ibu..tp isteri n anak2 adalah amanah Allah buat.. Buatlah sehabis baik supaya tidak meluukakan ht kedua2nya..

Yuslina, Sy selalu pesan kat diri sendiri…kalau bab berkrban demi mertua,,sy redha….sy fhm mertua ada hak aatas suami..sy pun ada…suami kena adil…
Sy berpegang pd kata kata arrwah mak,,,sy ada mertua,sy ni menantu,satu hari nti sy akan jadi mertua pd menantu menantu sy…cuba letak diri kita sbg mertua di tmpt menantu,dan letakkan diri kita sbg menantu di tmpt mertua….akan tahu satu pertalian dan indahnye perkahwinan..sy doakan mertua sy sihat dan diberkati Allah….

Sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*