“Saya nanti ntah bagaimana, dosa dengan suami” – Datin Shahida tangisi pemergian Arrwah Faziani

“ Ar wah selalu berpesan kepada saya, jika kita hendak beri sedekah atau zakat, jangan beritahu orang. Kita buat senyap-senyap, biar Allah SWT yang nilai. “ Saya akan ingat pesanan ar wah ini dan sejak awal Ramadan lagi dia mula memberi sumbangan dan mahu menyelesaikan urusan zakat kepada golongan yang memerluukan sebelum 15 Ramadan,”

Berikut luahan Natasha Maria Akhamat, 37, rakan baik pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 40.

Natasha Maria yang memiliki perniagaan pengiklanan mengenali ar wah sejak 11 tahun lalu berkata, ar wah rakannya itu tergesa-gesa mahu memberi zakat perniagaannya kepada golongan memerluukan termasuk pondok, tahfiz dan anak yatim.

Katanya, berbanding sebelum ini, dia akan menyelesaikan urusan zakat sepanjang Ramadan.

“ Saya dimaklumkan ar wah sudah membeli keperluan raya anak dan anak saudaranya sejak daripada awal lagi.

“ Mungkin ar wah tahu dia akan pergi, jadi dia membuat persiapan awal bagi menyenangkan orang disayanginya,” katanya ketika ditemui Kampung Paloh, Tumpat, hari ini.

Menurutnya, mereka bukan sahaja bersahabat baik atas urusan kerja, malah menganggap ar wah seperti adik beradik apabila sering melakukan aktiviti bersama termasuk bercuti di luar negara.

“ Saya sering mengajak ar wah supaya bercuti kerana kehidupannya terlalu sibuk memikirkan urusan perniagaan.

“ Jadi sebagai rakan, saya akan membeli tiket kapal terbang dan memintanya supaya bercuti.

“ Kami sudah pergi ke beberapa negara dan selepas Aidilfitri ini kami merancang mahu bercuti ke Maldives atau Dubai, namun ia tidak kesampaian,” katanya.

Datin Shahida turut berkongsi perasaan

Sementara itu, rakan perniagaan, Datin Nur Shahida Mohd Rashid yang juga isteri Datuk Aliff Syukri turut dilihat berkongsi perasaan sebak di Instagram beliau

” Saya sentiasa mendoakan Allahyarhamah @faziani_rohban di tempatkan di kalangan mereka yg dicintai Allah SWT… pengakhiran hidup akk baik dan dimuliakan….

” Saya nanti ntah bagaimana… amalan pun x cukup..dosa pun banyak…jahil….. dosa dgn suami. dgn ibu bapa, dosa dgn anak2 dan sahabat2…. mudahan Allah menjemput saya ketika saya menjadi hamba yg terbaik di sisinya”

Menurut Datin Shahida lagi, beliau mengenali ar wah sejak 10 tahun lalu.

“ Saya boleh kata ar wah kakak sangat baik. Apabila saya datang ke sini, dia akan mengirimkan pelbagai jenis makanan untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

“ Kami kehilangan rakan perniagaan yang terlalu baik dan tidak pernah menyakitkan hati orang lain. Walaupun berniaga kosmetik dan perlu bersaing, tetapi kami sering memberi sokongan di antara satu sama lain,” katanya.

Metro Ahad hari ini melaporkan, Faziani Rohban men1nggal dunia dalam kema langan di Pattani, Thailand, semalam.

Dalam kejadian 10.30 pagi (waktu tempatan), kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dipandu suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, merempuh lori.

Akibat rempuhan itu, mngsa tersepit di bahagian penumpang hadapan dan men1nggal dunia di lokasi kejadian, manakala suaminya cdera.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Yaa. Terima Kasih.

Sumber: hmetro via tv lejen

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*