“Saya beryukur apabila isteri mengatakan ingin bertudung”- Nabil Ahmad terima hadiah terindah di bln syawal

Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad bersyukur apabila isterinya, Zira Ayub telah mengambil keputusan untuk bertudung sejak beberapa hari lalu. Menurut Nabil, sebagai seorang suami dia sentiasa menyokong apa jua keputusan yang ingin dilakukan oleh isterinya dan memohon agar orang ramai dapat mendoakan agar Zira sentiasa istiqamah untuk bertudung. “Alhamdulillah, Zira sudah mula bertudung sekarang ini sejak beberapa hari lalu.

“Saya berharap agar kita sama-sama mendoakan agar dia istiqomah dan dibukakan hati untuk terus bertudung.

Sokong sepenuhnya

“Saya bersyukur apabila dia mengatakan ingin bertudung dan saya sentiasa akan memberi sokong penuh kepadanya terhadap keputusan yang ingin dilakukan.

Doa termakbul

“Sebagai seorang suami saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat isteri dan anak-anak dan alhamdulillah doa saya itu dimakbulkan,” katanya kepada Gempak.

Nabil berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka hari raya KM Empire, di Cyberjaya, pada Rabu.

Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan itu, pas4ngan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Naira Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.

Antara komen ntizen

Roslina, Mmg cantik… Alhamdulilah… Semoga menutup aurat tu dgn betul yg di tuntut dlm Islam.. Bkn bertudung sekadar utk berfesyen n mengikut trend

Ani Jamil, Ini perintah Allah bukan paksa ke tidak sama mcm solat moga lebih ramai kwn2 artis ikut jejak awak

Sally Rashid, Dulu pakai..pas tu bukak..pas tu nak pakai balik.Apa pun saya doakan yg baik2 je..

Zai, Alhamdulilah…tutup aurat tukan wajib…tuntutan agama lg…xde istilah belom bersedia dn belom dpt hidayah dr allah

Ezzatie, Ingin bertudung ke..sudah bertudung?? Klu sudah Alhamdulillah..moge beristiqomah..

Sumber : Astrogmpak via celotehsaje

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*