“Saya anak tunggal dan tidak mengaku penyanyi itu adalah abang saya”

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa penyanyi popular, Faizal Tahir mempunyai adik yang kini merupakan salah seorang penyampai radio, Anas Tahir. Menurut satu sumber, Anas mengakui tidak mahu dibayangi dengan populariti abangnya namun begitu disebabkan mereka mempunyai iras wajah yang sama membuatkan dia tidak dapat lari daripada populariti abangnya itu. “Bagaimana hendak tumpang populariti abang saya, sedangkan saya sendiri tidak pernah mengaku yang kami mempunyai pertalian dar4h.

“Namun, saya tidak boleh lari kerana orang pasti akan bertanya kerana rupa saya ada iras abang saya juga.

“Apa-apa pun terus-terang saya katakan, saya tidak suka dikaitkan atau dikenali sebagai adik kepada Faizal Tahir.

Kata Anas lagi, dia tidak berg4duh dengan abangnya cuma dia berasa sedikit kurang selesa apabila ada pihak yang tahu bahawa dia adalah adik kepada Faizal.

“Pernah dulu, bila orang tanya adakah saya adik Faizal saya terus beritahu saya anak tunggal dan tidak mengaku penyanyi itu abang saya,” katanya lagi.

Terdahulu adik kepada Faizal ini merupakan seorang jurutera namun begitu sejak dua bulan yang lalu dia telah menukar kerjaya kepada penyampai radio.

“Saya suka bercakap dan seorang yang peramah, malah sebelum ini saya memang ada juga menyanyi tetapi tidak sehebat Faizal.

“Apabila dipanggil untuk uji bakat radio baharu ini, saya tidak teragak-agak untuk pergi.

“Namun terus-terang saya katakan, saya tidak meletakan apa-apa harapan pun.

“Tapi apabila saya terpilih, saya bagai tak percaya malah sempat mengalirkan air mata kerana terharu,” katanya kepada Astro Gempak.

Kini Anas bergandingan dengan juara Akademi Fantasia musim ketiga, Mawi dalam slot Salam Bros di Zayan.fm.

Antara komen ntizen,

Nurhidayah Azman, Standard laa tu. Depan org buat2 tak kenai ja. Tp kat rumah boleh sembang semeja berjam share prblem. Kak2 aku dulu pun tak ngaku aku ni adik lepa masa sekolah dulu

Hafidz, Korg sbnarnya xfaham ni..dia bukan xmngaku ckp terang2..cuma kalau ada org bertanya soalan,dia lebih selesa bertanya dan bercerita psl diri dia sendiri..bukan dgn niat pun xmgaku adik bradik..ada org suka tumpang populariti org lain .dan ada yg rimas kalau dikaitkan dgn seseorg,even abang sendiri..kalau dia mngaku,dh tentu semua cerita psl abg dia je yg korg tanya..silap2 minx tiket free..minx cd free..pandai plak ustaz ustazah dlm ni jatuh hukum..be in his shoe,then u’ll understand guys..

Maliah Taher, Inilah org kata air dicincang tak akan putus. Aku bangga ada abang atau adik. Lainlah perangai kau. Tuhan marah orang yg berperangai s0mbong bdoh. Jgn marah maaf ya.

Amir, Dh tau dh dia ni adik faizal..pernah masok NLKO kalau xsilap ade sebut2 psl ni

Faizua, Sama lah aku ngan abang aku kalau kat sekolah memang kami akan rahsiakan yg kami ni adik beradik

Hamzah, aper pun masalah kau dgn fauzal tahir dia tetap abg kau. suka x suka kau tetap adik dia. tlg jgn sekali putuskan tali yg org tua kau ikat dari dulu.

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*