Sahabat Baik Arrwah Faziani Bongkar Sikap Sebenar Faziani Ketika Hayatnya Yg Ramai Tak Tahu

PEMERGIAN pengasas Dnars, Faziani Rohban Ahmad seperti perumpamaan “harimau m4ti men1galkan belang, manusia m4ti men1galkan nama ”. Pengusaha produk kecantikan itu maut dalam kem4 langan di Pattani, Thailand pada pagi Sabtu, manakala suaminya yang memandu kenderaan, Ahmad Shah Rizal mengalami kecederaan pada mata kanan.Hakikat sebenarnya Faziani bukan sahaja disenangi rakan-rakan sealiran dalam perniagaan produk kecantikan, sebaliknya arrwah terkenal sebagai seorang dermawan.Lebih banyak sikap arrwah yang disenangi terbongkar selepas pemergiannya secara mengejut itu.

Salah seorang rakan baiknya yang hanya dikenali sebagai Yatihara, ketika dihubungi berkongsi sikap sebenar Faziani ketika hayatnya.

Menurut Yatihara yang juga ahli perniagaan produk kecantikan, arrwah seorang yang sangat pemurah dan baik hati.

“Saya berkawan dengannya lebih 20 tahun bukan sahaja sebagai rakan perniagaan, tetapi sudah seperti keluarga sendiri.

“Dia selalu datang ke rumah saya bersama anak-anaknya, singgah berborak atau makan bersama.

“Banyak sebenarnya yang dia kongsikan dengan saya mengenai niatnya. Cuma ketika itu, masing-masing seperti berborak kosong.

“Dia pernah memberitahu saya, kalau boleh sebelum ‘pergi’ nak tengok adik-beradik dan keluarga senang dan berjaya.

“Dia juga ada cakap selalu rindu kat arrwah ayahnya yang meninggai dunia pada Ramadan 2010.

“Arrwah ini seorang yang pentingkan keluarga. Saya tumpang gembira kerana hubungan mereka begitu akrab.

“Lebih jelas lagi arrwah ini tidak pernah berenggang dengan suaminya, ke mana sahaja pergi, mesti berdua,” jelasnya kepada mStar.

Wanita berusia 48 tahun ini memberitahu, sebelum Ramadan baru-baru ini arrwah telah menyerahkan sejumlah wang untuk disedekahkan kepada sekolah pondok.

“Ini bukan kali pertama dia menyerahkan wang untuk diagihkan kepada sekolah pondok, anak yatim atau orang susah.

“Memang sudah perangai dia memang suka menolong dan membantu orang yang memerluukan.

Faziani m4ut di tempat kem4 langan pkul 10.30 pagi Sabtu.

“Baru-baru ini juga dia serahkan sejumlah duit untuk membeli pakaian bagi anak-anak yatim di Dungun.

“Banyak lagi sebenarnya yang dia telah tolong. Cuma arrwah ini jenis yang tak suka menunjuk. Kalau boleh dia tidak mahu namanya disebut sebagai penderma.

“Bahkan kalau saya tunjuk bukti gambar semua duit atau barang telah didermakan, dia langsung tak mahu tengok. Selalu dia cakap ‘tak polah (tak apalah),” jelasnya kedengaran sayu.

Dalam pada itu, Yatihara memberitahu dia sempat bertemu dengan salah seorang anak arrwah sebaik selesai upacara pengebumian di Kampung Kedemit Luar semalam.

“Anak ketiga, Akif yang berusia 11 tahun agak rapat dengan saya memandangkan arrwah selalu bawa ke rumah.

“Saya ada memujuknya dan berpesan supaya jaga adik-adik yang lain,” katanya yang sedih melihat anak-anaknya sahabat baiknya yang masih terkejut dengan pemergian ibu mereka.

Malahan, dia mengakui sedih, lebih-lebih lagi apabila melihat anak bongsu arw4h, Kasih yang baru berusia enam tahun.

“Saya doakan semua akan reda dengan pemergian ibu mereka,” katanya.

Sumber : MSTAR via awatsheikhh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*