Rosa kena tampar kali ni, dia bl0ck semua tentang aku, 3 kali air mata jantan aku jatuh kerana dia- Jodoh Nenek Zam 2

Foto sekadar hiasan. Salam semua.. Aku nak sambung terus part cerita ini. Sesiapa yang belum baca part 1, boleh baca diruang komen dahulu, baru best sket korang nk layan cite aku ni ok..Lepas aku bercrai dengan Rosa, Rosa ada whatsapp aku, dia cakap “minta maaf dan halalkan segala makan minum aku”. Lepas dari mesej tu memang aku dah lost contact dengan dia .Aku try call untuk tanya khabar, tapi tak jawab. And then dia bl0ck aku dekat all socmed. Yaa, dia betul-betul dah buang aku.

After 3 bulan, dalam bulan 12 macam tu, Neklong merangkap bekas mak mertua aku meningal, Rosa ada datang masa ni. Dia yang uruskan jenzah, dan mandikan arwh neklong. Oh yaa, neklong aku takde anak. So sebab tu laa dia ambil Rosa sebagai anak angkat dia.

Rosa masih macam dulu, rapat dengan adik-adik aku, dengan family aku. Memang suka menyakat dengan adik-adik aku, tapi bila aku datang je. Dia pun mula laa larikan diri.

Aku ada laa cuba nak borak dengan dia, tapi dia cuba elak dari jumpa aku. Yelah, mungkin dia awkward kan atau dia memang benci tengok aku. Takpe, aku faham. Selepas malam ketiga kenduri arwh, dia balik rumah dia kat Melaka. Apa yang buat aku terkejut adalah, ada lelaki yang ambil dia. Aku tak pasti itu suami dia atau Ex tunang dia.

“Cepat betul awak jumpa pengganti yaa Rosa.” Bisik dalam hati aku. Aku sampai sekarang belum boleh lupakan Rosa, tapi Rosa dah ada pengganti aku.

1 hari tu, aku pergi Melaka sebab ada urusan kerja kat sana. Masa tengah lunch, Tiba-tiba ada perempuan tegur aku. Ok D kawan Rosa rupanya, so aku borak-borak dengan dia. And then aku tanya la khabar Rosa, dia cakap Rosa okey sihat semua.

Suddenly D dia cakap “Kau tau ke, Rosa dah kawin dengan tunang dia ?” Aku dengar ni terkejut juga laa, rupanya lelaki yang ambil dia tu adalah suami dia, merangkap bekas tunang dia.

Kawan Rosa sambung lagi, “tapi dia selalu mengadu kat aku, suami dia selalu balik lewat. Taktau buat apa, Rosa takde anak. Selalu juga Rosa mengadu kat aku diorang gduh besar.

Rosa dah failkan crai” aku pun dengar je. Kitorang pun sembang sampai dah tak perasan dah habis waktu lunch. Aku minta nombor D supaya senang aku nak tanya khabar Rosa.

Aku lepas crai, aku cuba untuk cari lain. Tapi tak boleh, sebab tak ada yang macam Rosa. If Rosa crai dengan suami dia, aku sanggup kahwin dengan dia balik. Itupun kalau dia sudi terima aku laa.

Walaupun perkahwinan aku cuma bertahan untuk 5 bulan, tapi aku memang dah sayang dia. Tipu laa kalau aku tak teringat kat dia langsung, tak apa lah. Mungkin ada laa sebab kenapa Rosa buat benda ni.

1 yang aku nampak hikmah lepas aku cerrai is, aku makin dekat denganNya. Aku banyak mengadu pasal perasaan dan isi hati aku dekat dia. Bila aku sedih and teringat Rosa, aku akan mengadu dekat sejadah, hanya itu sahaja yangboleh buat aku tenang.

Sebelum terlupa asal usul Rosa ni da masuk part 2 da pun, Parents Rosa meningal dalam accidents, masa umur dia 7 tahun. Rosa anak tunggal, and dia tinggal dengan makcik dia, sampai umur 10 tahun, makcik dia pula meningal sebab ada skit j4ntung.

So umur 10 tahun tu dia tak sekolah, sampailah neklong aku jumpa dia, masa tu tengah kerja tolong ambil order kat 1 warung kat kampung, and dia duduk dengan makcik warung tu.

Lepas neklong aku jumpa dia, barulah dia sambung sekolah. Ini aku tau cerita daripada nenek aku.Jadi, aku rasa Rosa tu tanggungjawab aku.

Walaupun kalau nak ikutkan aku boleh je terima orang lain, bukannya takde siapa nak kat aku. Tapi aku yang taknak, aku ada rupa, ada harta. Dan disebabkan itu, perempuan pandang aku kerana apa yang aku ada je.

Aku boleh masak dan kemas sendiri, aku pun dah biasa berdikari tapi Aku cuma nak Rosa, aku taktau apa yang istimewanya Rosa.

Rosa anak yang baik, tak pernah melawan cakap ibu aku, cakap neklong. Aku tak boleh nak cerita kebaikan dia, sebab dia tak pernah tunjuk baik dia.

Bila dengan aku, dia tunjuk yang perangai buruk je. Tapi aku percaya, dia perempuan yang baik. Bila dia dengan family aku, baru aku nampak. Oo dia ni sebenarnya baik..

Mungkin dia berkasar dengan aku, sebab dia nak aku lepaskan dia. Aku tak salahkan dia pun, kahwin paksa kan. Siapa yang rela kan ? Dan salah aku juga, sebab tak pandai ambil hati dia.

Semalam (Jumaat), D ada mesej aku. Dia bagitahu yang Rosa mengadu dekat D yang Rosa baru lepas kena tampar dengan Suami dia.

Aku baca ni terus naik angin aku, aku suruh D cakap kat Rosa. Yang aku masih tunggu Rosa, kalau sudi terima aku. Ambil no aku, dan aku tunggu jawapan dari dia.

Rosa balas mesej D tu, dan Rosa cakap “D, kau boleh cakap kat Zam yang aku taknak dia dah. Even aku cerrai pun aku takkan balik dekat dia!!” Aku tau, aku salah sebab bagi mesej ni. Sebab Rosa masih isteri orang, tapi aku betul-betul tak terfikir. Sebab dah marahkan suami dia punya pasal..

Lepas dari mesej tu, aku sedar. Aku kena ‘move on’, tak boleh terus berharap dengan apa yang aku inginkan. Aku kena terima hakikat, yang jawapan Istikharah aku bukanlah Rosa.

Berkali-kali aku buat Istikharah, tapi aku masih yakin dengan Rosa. Allah buat aku yakin dengan Rosa bukan sebab untuk bersatu, tapi Allah yakinkan aku yang Rosa lah yang aku patut lupakan yang patut aku berhenti kejar.

Betul cakap korang, tak perlu kejar orang yang belum pasti sayangkan kita, tapi aku degil. Dan berharap dia akan terima aku balik, malangnya Rosa berkeras buang aku terus.

Dah 3 kali airmata jantan aku jatuh hanya kerana Rosa, pertama masa aku laffaz aku terima nikahnya Nur Rosa bt ********, kedua jatuhnya airmata aku masa aku laffaz cerrai. Dan ketiga, masa aku berdoa meminta Allah memudahkan hati aku untuk lepaskan Rosa.

Sekarang aku pandang Rosa bukan dengan Pandangan sebagai Bekas Suami, tetapi pandangan sebagai seorang Abang kepada Adik perempuannya. Sekarang aku anggap Rosa sebagai Adik, sama seperti adik perempuan aku.

Sayang ada 2 jenis,

1. Kalau kita sayang, kita kena lepaskan dan doakan kebahagiaan dia.

2. Kalau kita sayang, kita kena berusaha supaya dia jadi milik kita. Dan jangan lepaskan dia, terus-menerus tmbak dia dengan doa.

Dulu, aku jenis no 2. Tapi sekarang, aku terpaksa untuk menjadi jenis no 1 pula. Bercrai tak semestinya harus membenci. Hidup 1 pilihan, pilihan itulah yang akan menentukan pilihan seterusnya.

Dengan Laffaz “Aku Terima Nikahnya” aku bersatu dengan Rosa, dan dengan laffaz jugalah berpisah dengannya. Laffaz yang setiap lelaki berhati-hati dalam tutur bicara. Laffaz “Aku craikan Nur Rosa”

Aku doakan semoga Rosa baik-baik saja dan semoga dia dapat menyelamatkan rumahtangga nya. Sunggu, menyelamatkan sebua rumahtangga itu ibarat sebuah kapal kecil yang dipkul ombak, ditengah lautan yang bergelora.

Doakan aku supaya dipertemukan jodoh yang baik, if Rosa jodoh aku. Aku dengan terbuka hati. If bukan, semoga Allah mempertemukan dengan gadis yang jauh lebih baik dari yang sebelum ini.

Kalau korang rasa resah, janganlah pergi karaoke or shopping or mana-mana yang melalaikan. Tapi sebaliknya pergilah luahkan dekat Allah. Korang akan tenang setenang tenangnya.

Sumber : dunia kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*