RM30,000 sehala, Orang Kelantan paling ramai sewa helikopter utk elak ‘jem’ balik raya

GUA MUSANG – Lebih 20 buah helikopter disediakan bagi perkhidmatan, ‘Balik Raya Elak Jem’ di musim perayaan Aidilfitri ini. Menurut pemilik syarikat pengurusan, Hazmi Dimasyq Group, Hazmi Hanipa, 31, perkhidmatan di musim perayaan ini adalah kali pertama diperkenalkan. Katanya, sejak tiga tahun lalu, syarikatnya menyediakan perkhidmatan heli dan jet peribadi yang kebiasaannya menjadi pilihan ahli perniagaan.

“Ini merupakan tahun pertama untuk perkhidmatan sempena hari raya. Setakat ini, kita mendapat 11 permintaan yang mana paling tinggi adalah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Hazmi menyediakan perkhidmatan helikopter bagi mereka yang mahu pulang beraya tanpa kesesakan lalu lintas.

“Penerbangan pertama bermula pada 3 Jun ini dan harga penerbangan ke Kelantan mencecah RM30,000 untuk sehala.

“Kita menyediakan lebih 20 buah helikopter untuk musim raya ini manakala penerbangan hari biasa melibatkan enam buah sahaja,” katanya.

Menurut anak kelahiran Kampung Renok Baru, Gua Musang ini, dia tidak menyangka perkhidmatan ini mendapat permintaan tinggi terutamanya di kalangan ahli perniagaan.

“Untuk Kelantan sahaja, kita ada empat penerbangan setakat ini. Kita menyediakan dua jenis helikopter iaitu muatan tiga dan enam penumpang.

“Untuk penerbangan enam penumpang, harganya mencecah RM17,000 untuk satu jam dan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu memakan masa tiga jam.

“Alhamdulillah, melihat kepada permintaan, kita akan meneruskan perkhidmatan ini untuk musim-musim perayaan seterusnya,” katanya.

Apa komen netizen : 

Fuzliani : Bagi yg mampu, takde salahnya..yg penting niat dia nak balik kampung tu nak jumpa mak ayah,sedara mara.sanggup,walaupun mahal..sangka baik kan.simple!

Normuhammad : Yg berduit boleh lah. Yg tk berduit terpaksa rempuh juga jem2 berjam2. Klu lah mereka yg kaya raya ini balik kg dan majukan ekonomi Kelantan kan bagus.

Ummi saffiya : Rugi laaaa… Xrsa suasana balik kg sb xhadapi jem… Layan jem sambil layan lagi rya… Baru bestttt

Mohd bakhtiar : Ko kena terima satu hakikat min, sememangnya ekonomi malaysia dipegang oleh orang kelantan selepas bangsa cina, walaupun negerinya dichop negeri termiskin tp rakyatnya tidak

Faiz izuan : Ehhhhh… Kelantan tu negeri bawah malaysia ke.. Oppss lupa.. Ramai org rac1st dgn org kelantan knapa tu… Org miskin mcm kita orang pon korang dengki, korang kan dah kaya raya.. Sptutnya org kelantan kena balik raya jalan kaki je dari kl ke kelantan.. Baru la satu mlysia puji… Maklumlah..

Kelantan kan ngeri paling miskin dalam mlysia… Semua rkyat kelantan duduk dekat ngeri tu sewa je.. Tanah sewa.. Rumah sewa.. Kreta sewa.. Semua org klntan sewa.. Mana ada hak milik.. Org ngeri lain je kaya raya ada aset sendiri, paling kaya ada dekat selatan negra smenangjung tuuu.. Mreka org paling kaya.

Nasaruddin Nasir : Walaupun Aku duduk pahang tapi aku tengok sama jew mana2 negeri.orang johor ramai yang bekerja di singapore,pahang ramai keje di johor,dan bergitu jugak kelantan banyak di negeri orang bukan kerana maju tak maju sesebuah negeri tu..tapi kena ambik kira juga faktor rezeki..Rezeki tu milik Allah Jika penghijrahan itu membawa kebaikan lebih baik berhijrah..itu lebih baik dari dudul rumah malas keje malam2 lepak minum ketum anak bini tak care…

Nora Eafa : Diorang kaya atas usaha diowang sendiri..sebelum diowang kaya.diowNg pon pernah susah mcm kita.cuma beza diowang ngn kita..diowang berusaha n usaha untuk mengubah nasib hidup diowang..aku hanya stay mcm nie. tanpa ada usaha.x dew nak sokong sapew2.cuba cari benda positive.

Ema Anuar : Apa yang aku nampak orang kelantan ni campak kat mana pun boleh hidup. Sebab apa? Sebab depa ada kemahuan dan semangat yg tinggi nk berniaga dan jadi kaya. Jatuh skali x pernah dorang rasa gagal. Tp naik lagi utk lebih berjaya. Apa pun bisnes yg dibuat mesti dorang buat dengan bersungguh2. X pelik la kalo dorang kaya raya sekalipun. Y not kita2 pun ikut contoh dorang nih. Yg baik kita amik. Bulan2 puasa ni kurangkan berburuk sangka.

Arengah Utara : Ikot la diorg nk balik naik apa pown kapal terbNg ka heli ka kapal selam ka..diorg mampu..xpyah dengki dgn rezeki org…yg xbrpa nk ad tu..balik naik bas ..jnji selamat smpai destinasi yg di tuju…sanak saudara sedang menanti kepulangan anda..

Sumber : sinar harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*