“Rindu tak semestinya menangis” Tiada pusara ibu utk diziarahi, Rita Sosilawati masak menu kegemaran arrwh untuk ubat kerinduan

TIADA pusara untuk diziarahi, namun hanya doa mengiringi pemergian ibu tercinta, All4hyarham Datuk Sosilawati Lawiya yang m4ti dibvnvh, sembilan tahun lalu. Setiap kali tibanya Syawal, pastinya mengund4ng rasa h1ba anak sulung jutawan kosmetik iaitu Erni Dekritawati Yuliana Bukhari yang amat merindui ibu tersayang. Wanita berusia 34 tahun itu hanya mampu mendoakan kesejahteraan arw4h ibunya dan menatap gambar-gambar lama sebagai kenangan bagi mengubat rindu.

Allahyarham Sosilawati m4ti dibvnvh bersama tiga individu yang lain di Banting, Selangor pada 2010.

Lebih dikenali sebagai Rita Sosilawati, usahawan kosmetik itu memberitahu rutinnya menjelang Aidilfitri lebih kepada mengembalikan nostalgia bersama arw4h ibu.

“Bermula minggu-minggu akhir Ramadan, saya dan suami bersama pekerja akan pergi rumah ke rumah keluarga yang daif di sekitar kawasan kediaman kami di Gombak.

“Saya menyambung legasi arw4h yang suka bersedekah kepada saudara-mara dan orang susah untuk sama-sama menyambut Hari Raya.

“Keluarga kami dulunya hidup susah, tapi bila pergi ke rumah-rumah mereka yang daif ni, jelas sekali mereka sebenarnya jauh lebih susah daripada kami,” katanya kepada mStar.

Nikmat kesenangan yang dikecapinya kini dikongsi bersama golongan yang lebih memerluukan sehingga bergenang air mata apabila dia disangka sebagai anak mereka.

Walaupun tiada pusara ibu untuk diziarahi, mendoakan kesejahteraan arw4h agar tenang di sana adalah sebaik-baiknya. Amalan bersedekah arrwah juga diteruskan RITA SOSILAWATI

Jelasnya, seglintir ibu yang susah itu tidak dipedulikan terutama setiap kali tibanya lebaran, malah ada yang hidup sebatang kara tanpa anak-anak disisi dan itulah realitinya.

“Bila saya menjenguk mereka, ada yang menyangka saya anaknya. Saya mengiyakan saja beri peluang untuk ubat kerinduan dia.

“Tapi sebenarnya saya juga menangis sebab mengingatkan saya kepada arw4h ibu. Ibu pergi menjelang raya, jadi kehilangannya amat dirasai,” katanya.

Rita (kiri) bersama bapa, Bukhari Muhammad.

Mungkin ramai yang menyangka peneraju empayar perniagaan kosmetik yang dibina arw4h ibu 25 tahun lalu membolehkan dia sekeluarga hidup bermewah-mewah.

“Ramai ingat saya biarkan anak-anak hidup senang, tapi sebenarnya saya didik anak-anak supaya hidup bersederhana.

“Macam kasut anak-anak, bukannya bila raya saja kena tukar baharu. Kalau masih elok, pakai lagi sampai dah rosak barulah tukar.

“Percaya atau tidak, raya tahun ini kami sekeluarga masing-masing hanya ada baju raya sepasang. Baju yang lama masih elok, jadi kenapa perlu membazir,” katanya.

Rita bersama suami dan anak-anak pada Hari Raya.

Dalam pada itu, Rita turut mengimbau kenangan dengan memasak juadah raya kegemaran arw4h ibu seperti rendang ayam dan daging, lontong dan soto serta membuat sambal jawa, dan semua resepi itu dipelajarinya dan diamalkannya kini.

“Walaupun tiada pusara ibu untuk diziarahi, mendoakan kesejahteraan arrwah agar tenang di sana adalah sebaik-baiknya. Amalan bersedekah arw4h juga diteruskan.

“Rindu tak semestinya kena menangis, kerana menikm4ti masakan kegemaran arw4h ibu juga dapat mengubati kerinduan yang teramat sangat itu,” ujar Rita.

Pemergian Sosilawati yang m4ti dibvnvh bersama tiga individu lain menggmparkan negara pada 2010 dan ia berlaku beberapa hari sebelum Aidilfitri.

M4yat mereka dib4kar dan abunya dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat dekat Banting, Selangor.

Apa komen netizen

Honey manjalara, Hanya 3 perkara yg dterima oleh Allah 1 Amalan kita semasa hidup 2 iilmu yg brmnfaat iatu sedekah jariah dimsa hidup nya.. n 3 ank 2 soleh yg mndoakn ibu / bpa mereka yg telah prgi..Alfatihah buat Arrwah ibu mu..dik..

Rozita Salleh ,Semoga arrwah sosilawati di tempatkn bsama golongan org2 yg beriman..semoga btemu kembali ibu dn anak ini di shurga kelak

Rospidah musa, Alfatihah. X bole ingat kisah ni.. melihat tahap kjamnya manusia itu..damailah mrk.di sana. Kami doakan..insya allah.amiin

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Yaa. Terima Kasih!

Sumber: mStar via soyalemon/menujukebenaran

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*