Raya terakhir dgn Abah, Khir Rahman kongsi gambar ciium tangan ayah pagi Syawal

Semalam seluruh rakyat malaysia menerima khabar berita pemergian Allahyarham A Rahman Hassan. Berita pemergian Arrwah memberi kesan terutamanya kepada anak sulung arrwah iaitu Khir Rahman. Menerusi posting di Ig beliau. Khir Rahman kongsikan gambar kenangan ketika bersalam dgn arrwah ayahnya pada pagi 1 syawal. Ramai yg tersentuh melihat gambar tersebut dah memberi kata2 semangat kepada khir raan dan keluarganya.

(Di atas adlh momento terakhir sy bersalam raya dengan arrwah abah pada Shawal pertama 1440 baru2 ini)

ASSALAMUALAIKUM

“Abah dah takda”

Sy KHIR RAHMAN mahu memaklumkan secara rasmi ..bahawa tepat jam 12.40 pagi tadi, bertarikh 13hb Jun 2019, bersamaan dgn 9 Syawal ..ayahanda sy *DATO A RAHMAN HASSAN* telah kembali ke rahmahtullah

Alhamdulillah.. berkat doa semua, arrwah abah telah pergi dengan baik sekali ..semoga abah disekalikan bersama mereka yg beriman dan dikasihi Allah

Jen4zah akan dibawa pulang ke kediaman arrwah di No 6, Lorong 2A, Taman Sri Ukay ..di solatkan di masjid yg akan ditetapkan nanti ..dan dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Taman Keramat .. inshaaAllah. Al Fatihah.

Ramai yang terkesan selepas melihat gambar dan posting ini. Antara komen rakan artis dan netizen.

kak_ogy, inalillahi wainailaihi rojiun . Yaa Allah ampunkan dosa2 Allahyarham Dato A Rahman Hassan dan tempatkan rohnya didalam golongan org2 yg beriman. Al Fatihah buat Allahyarham Dato A Rahman Hassan..Aamiin.. kei_ramoss Salam takziah buat Khir, Ct, Datin Fadilah dan seisi keluarga. Orang baik Allah sayang .

sasman.ali, Salam takziah buat Khir & keluarga. Saya dan adik, priaprai dh rancang nak ziarah abang Nong tengahari ini di hspital tapi nampaknya tak kesampaian hajat. Semoga tabah.

syamsuldebat Innalillahi Wa Inna Ilaihi Ro Ji’uun. Semoga Roh Allahyarham diletakkan di kalangan orang orang yang beriman dan bertaqwa, mudah mudahan. Amiin Yaa Rabb.

Sebelum itu mstar melaporkan, Penyanyi era 60-an iaitu Datuk A. Rahman Hassan mngal dunia di Hspital Ampang, Kuala Lumpur akibat str0k dan pendrahan pada bahagian otak.Anak sulungnya Khir Rahman berkata, arrwah mngal dunia kira-kira pkul 12.40 tengah malam Khamis.

“Saya Khir Rahman memaklumkan secara rasmi bahawa ayahanda saya telah kembali ke rahmatullah.

“Alhamdulillah berkat doa semua arrwah abah pergi dengan baik sekali, semoga abah disekalikan bersama mereka yang beriman,” ujarnya.

Jenazah akan dibawa pulang dan dimandikan di kediamannya di Taman Sri Ukay, Ampang.

Penyanyi lagu Tak Mengapa ini akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam, Taman Keramat pada Khamis.

Allahyarham mngalkan seorang balu iaitu pelakon Datin Fadilah Mansor dan dua orang anak termasuk pelakon dan pengarah Khir Rahman.

Anak keduanya iaitu Khairul Ilmi mn1ggal dunia pada 2016 akibat knser.

A. Rahman, 73, dikejarkan ke Hspital Ampang, Kuala Lumpur selepas tidak sedarkan diri kira-kira pkul 10 malam Isnin lalu.

Menurut Khir, bapanya pitam di sebuah stesen minyak dan kemudian dihantar ke hspital menaiki ambulans.

A. Rahman pernah berkahwin dengan Datin Azizah Mohamad yang juga penyanyi kumpulan Orkes Nirwana.

Allahyarham mngal dunia pada 26 April 2013 akibat knser pangkal rahim tahap akhir selain menghidap penykit drah tinggi dan kncing manis.

A. Rahman kemudiannya berkahwin dengan Fadilah pada 25 Disember 2014.

Untuk rekod, A. Rahman pernah memenangi Anugerah Tokoh Kepimpinan Industri Muzik dalam Anugerah Kecapi Papita 2006.

Antara lagu popular nyanyian Allahyarham ialah Semoga Berjaya, Bimbang, Tak Mengapa dan Perpaduan Hidup.

Kali terakhir Allahyarham beraksi dalam sebuah acara berprestij ialah pada Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) pada tahun lalu membawa lagu Tak Mengapa.

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Semoga keluarga Allahyarham tabah dan diberi kekuatan menempuh dugaan ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya.

Anwar berkata beliau kali terakhir bertemu dengan Allahyarham semasa menghadiri program Ahli Lembaga Pengarah Aswara di Port Dickson pada 21 April lalu.

Sumber : IG khir rahman, mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*