Rakyat Malaysia Tabik Dr Amalina. Ini Biodata Beliau, Tak Sangka Ibu Dan Ayahnya Bkn Calang-Calang

Rakyat Malaysia menzahirkan ucapan terima kasih kepada Dr Nur Amalina Che Bakri dan pasukan pakar yang berjaya menjalani pembdahan membuang ketumbuhan pada mulut bayi sembilan bulan yang menghidap Germ Cell Tumour di sebuah hspital di London, Isnin lalu. Menerusi Instagram (IG) milik Dr Amalina mendapati lebih 200,000 tanda suka dan lebih 12,000 komen selepas pembdahan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dijalankan.

Bagi pemilik IG dikenali sebagai Fazleenfazel, dia mengucapkan syukur dan tahniah kepada Dr Amalina dan pasukan.

“ Saya bangga dengan awak, syukur dapat kembalikan senyuman ibu ayah Ainul. Semoga Ainul terus sihat. Tabik kepada rakyat Malaysia kerana anda Ainul dilahirkan semula dengan senyuman.”

Ucapan sama turut dinyatakan pemilik IG dikenali sebagai drshaairanasir berkata, ‘kerja yang menakjubkan. Tidak sabar untuk melihat kemajuan dan perkembangannya dari sekarang.’

Tidak ketinggalan beberapa selebriti turut menyatakan ucapan antaranya penyanyi dangdut yang juga penyampai radio, Haiza (haizahanafi) menzahirkan ucapan terima kasih dan amin.

Pelakon Catriona Ross (catrionabrianross) turut mengucapkan ‘Alhamdulillah… bagus Dr Amalina dan pasukan’ serta pelakon Ainina Ahmad B (ainina_ahmad b) mengucapkan alhamdulillah.’

Pemilik IG dikenali sebagai aziemah_nawawi berkata, ‘sejujurnya aku suka betul setiap kali Dr Amalina pakai uniform kerja, nampak cantik, manis dan sangat profesional.’

Bagi altynahetty pula, dia bersyukur dan menangis membaca bahagian akhir ‘nafas tersekat-sekat sebak… semoga adik ainul terus sihat ye sayang.’

Harian Metro melaporkan ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu, berjaya dibuang sekumpulan pakar bdah dan anestetik diketuai Ketua Unit Craniofacial Prof David Dunaway.

Nur Amalina Che Bakri (lahir 7 Disember 1987, Kota Bharu) merupakan anak tunggal kepada pasaangan Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah menengah dan bapanya Che Bakri, seorang jurutera, Timbalan Pengarah di DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1987, anak tunggal kepada pasaangan Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah menengah dan bapanya Che Bakri, seorang jurutera, Timbalan Pengarah di DBKL. Beliau dibesarkan di Johor Bahru.

Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Farley’s di Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bahru (darjah 2-4), Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bahru (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6).

Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Beliau belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet. Beliau meminati program-program televisyen yang kelihatan realiti seperti siri Fear Factor, The Apprentice, National Geographic dan Discovery Channel.

Kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2004 juga adalah berasaskan kepada inisiatif beliau yang suka berjumpa guru untuk berbincang mengenai pelajaran serta mempunyai keyakinan yang kuat untuk berjaya.

Beliau melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 di Cheltenham Ladies College dan medapat 5A dalam program A-Level. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah sarjana muda perubatan di University of Edinburgh, Scotland pada September 2007.

Semasa di University of Edinburgh, Amalina memperoleh satu lagi ijazah, iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Biomedik dalam Farmakologi pada Julai 2010 semasa dalam pengajian ijazah sarjana muda perubatannya. Beliau akhirnya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan pada Julai 2013.

Pengajian beliau dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia di bawah Program Biasiswa Kijang Emas.

Kehidupan terkini

Selepas menamatkan pengajian di University of Edinburgh pada Julai 2013, beliau telah melanjutkan pengajian dalam Masters of Philosophy (MPhil) in Translational Medicine and Therapeutics (TMAT) di University of Cambridge dan menjalani latihan sebagai doktor junior di Hspital Universiti Cambridge selama 2 tahun sebelum memulakan latihan sebagai seorang doktor pakar bdah kelak.

Beliau juga memaklumkan bahawa beliau memerluukan sekurang-kurangnya 6-7 tahun untuk menjadi seorang doktor pakar bdah dalam bidang kanser payudara dan onkoplastik. Nur Amalina telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Kelas Pertama pada pertengahan 2015.

Seterusnya, beliau telah meneruskan pengajian di Imperial College London pada Ogos 2015 untuk menjadi seorang doktor pakar bdah dan felo akademik klinikal di bawah naungan NHS Healthcare Trust. Beliau terlibat dalam pengkhususan payud4ra, plastik dan pembdahan awam dan telah berkhidmat di Hspital St Mary, Hspital Chelsea & Westminster dan Hspital Charing Cross.

Apa komen ntizen

Ct Nasha, semoga allah swt merahm4ti kehidupan anda dan kedua ibubapa anda kerna mengurniakan insan yg berhati mulia dan mempermudahkan segala urusan kehidupan anda didunia dan akhirat…..

Azman Kmr, Sepatutnya kita cukup berbangga ada anak melayu di peringkat antrabangsa sebijak amalina nie….anak dan menantu aku yg muda sethn dari amalina yg kedua2nya sama profesion dgn amalina tak sehebat dia….mrk2 tu pon bdk2 straight A’s tapi jauh hebat pencapaian amalina…Tahniah nak dan kedua2 ibubapanyer….sbg rakyat msia aku cukup berbangga dgn pencapaian yg super cemerlang at international level…semoga terus berjaya nak

Zachzary, Bagi saya beliau adalah WIRAWATI NEGARA. tak semestinya wira dan wirawati lahir hanya di bidang sukan. Beliau semestinya telah mencipta rekod tersendiri. Dan sekalung pingat EMAS selayaknya dikalungkan kepadanya. Semoga terus maju jaya.

Ibni Abdillah, ni la dia kejayaan yg paling dibanggakan..masa dpt 17 A dulu aurat tertutup tp dh jd doc aurat terbuka..hebat hebat hebat…haramkan nama ibu bapa dn negara..tp haramkna nama disisi Pencipta!

Rashidah Jaafar, Syabass doctor jelita..sifat mulia dan berdedikasi bagini menjadi kebanggaan negara dan ibu
U the best n others too. malaysian boleh

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Yaa. Terima Kasih.

Sumber: hmetro via asia kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*