Rakan Mawar dan Fizo dedah sikap sebenar mereka yg membuatkan ramai terkejut mereka bercrai

Sejak semalam tular kisah Fizo dan Mawar, berpisah dengan talak satu di mahkamah rendah syariah hulu langat bandar baru bangi , Keduanya kelihatan seperti redha dengan ketentuan dan tidak mahu mengulas lanjut tentang isu punca pencraian ini. Peminat Fizo dan mawar juga terkesan dengan perpisahan mereka dan rata rata mereka mendoakan agar Fizo dan Mawar kembali bersatu. Termasuklah kenalan Mawar dan Fizo.

Melalui perkongsian seorang sahabat mereka Nur Liyana Farahin meluahkan perasaan sedihnya dan dia juga merasa terkesan berita perpisahan mawar dan Fizo yang merasakan mereka sangat serasi sangat baik, humble, sopan walaupun masing masing berharta. Dia juga mendedahkan sikap sebenar Fizo yang ramai tak tahu. Jom baca perkongsian penuh di bawah.

Hari ini, Fara sedih sangat dan terkesan dengan berita perpisahan Fizo Omar dan Mawar Karim.

Dari awal tahu berita ini lagi, ramai mendoakan agar terus strong tapi apakan daya, setiap orang ada limit kesabaran masing-masing. Siapalah yang impikan pencraian. Tengok video semua mata berkaca tetapi terpaksa juga senyum.

Pencraian akan memberikan kesan besar buat anak-anak. Bukan soal harta, ego atau orang ketiga tetapi…

Dua-dua mereka ini personally bagi Fara adalah orang yang sangat baik. Beradab, sopan dan humble walaupun masing-masing ada harta.

Kalau waktu jumpa abang Fizo ni, mesti sebelum buat kerja apa-apa, dia akan dahuluukan solat. Gigih siang malam usaha cari duit. Walaupun sebusy mana, dan tak pernah berkira kalau nak tolong orang walaupun kita ni nobody saja.

” Fizo ini sebelum buat apa apa kerja dia akan dahuluukan solat ”

Mawar juga ada menyatakan Fizo suami yang baik ayah yang baik untuk dia dan maryam dan dia krbankan kasih sayangnya untuk kebahagian Fizo dan keluarganya. Fizo juga ada menyatakan dia masih menyayangi mawar, dan banyak terhutang budi dengan mawar. Adakah betul punca perpisahan mereka berkait dengan isu keluarga?

Melalui perkongsian dari sahabatnya Nur Liyana Farahin juga ada menyatakan sedikit nasihat yang menjadi panduannya tetapi nasihat tersebut berkait isu tentang ibu bapa tidak perlu masuk campur urusan masa depan anak anak bila dah dewasa. Jom baca perkongsian di bawah.

Fara nak share nasihat Syeikh yang sering menjadi panduan dan pegangan Fara.

1. Bila anak-anak sudah besar dan dewasa, berikan mereka ruang dan kebebasan. Kita sebagai parents hanya boleh bagi nasihat tapi bukan memaksa tak tentu pasal.

2. Jika anak-anak melakukan kesalahan atau kesilapan dalam hidup, support mereka dan biarkan mereka ambil tanggungjawab dan bangun balik, belajar dari kejatuhan diri sendiri. Dengan cara ini mereka jadi independent. Seperti ketika kecil kita biarkan anak jatuh ketika ingin berdiri dan bangun sendiri, hanya dengan cara ini mereka mampu berjalan sendiri.

3. Hidup dan pilihan anak-anak yang sudah dewasa, kita sebagai parents tak seharusnya nak tentukan apa-apa, biarlah mereka dengan haluan masing-masing. Asalkan tidak bertentangan dengan agama.

4. Bila anak sudah berkahwin dan ada kehidupan sendiri, jangan sesekali campur tangan dalam rumahtangga mereka kerana itu boleh berakhir dengan pencraian.

5. Apa yang elok bagi kita, tak semestinya elok bagi anak-anak. Apa yang berlaku pada kita, jangan dipaksakan pada zaman anak-anak. Hidup mereka biarlah mereka yang pilih. Zaman sudah berubah, cara pun sudah berubah.

6. Jangan dihimpit, jangan dipaksa, jangan main mainan emosi kerana tiada yang menderita melainkan anak-anak jua.

Moga Allah memberikan hikmah dan kebaikan kepada pasaangan ini dan kesabaran untuk sembuh. Allah jualah yang menentukan segalanya untuk kita.

Pekerja mawar, suhaili mohamad juga memuat naik gambar dengan mawar, dengan menyatakan ” Hati Allah swt sahaja yang tahu ” dab dia tidak mahu dedahkan apa apa dan menasihatkan agar tidak membuka aib orang.

Semoga Fizo dan Mawar, tabah melalui setiap dugaan ini. Kita doakan yang baik baik untuk mereka.

Netizen turut terkesan dengan perkongsian dari fara, antara komen mereka,

Lyna Lee, semoga Allah bagi jalan terbaik mungkin ada jodoh masa akan datang buat mereka aamin. memang sedih bila dengar mereka berpisah sebab mereka pasaangan ideal.

Siti Rahayu, Allahu…. Semoga ada hikmah disebalik pencraian ni. Kita yang biasa-biasa dengar ni pun dah terkejut. Tengok macam tiada sebarang masalah pun tapi Allah maha mengetahui. Semoga yang baik-baik dari saja dari Allah. Aamiin ..

Husna Saffiyah, Dlm rumahtangga nih perlu sgt keluarga suami menerima isteri itu seperti ahli keluarganya sendiri..bukan orang asing..sbb ada sesetengah mengganggap ipar duai itu cam orang asing..hanya adik beradik kandung mereka sahaja teman seakrab tidak akan terpisah..walaupun masing2 dh ada keluarga..sedar tak sedar meluukakan hati pasaangan.masa byk dihabiskan dgn adik beradik bukan dgn pasaangan, anak2..apa pon takdir Allah , bila mereka redha ada kebaikan Allah nak bagi..ada sebab aturan Allah

Mustaqim Angah, Nasihat ini lebih kepada masalah dalaman antara menantu dan mertua. Andai jd mertua hormtilah menantu mcm anak kita. Syurga lelaki di bawah telapak kaki ibu, syurga istri di bawah telapak kaki suami. Bila jadi menantu sentiasalah sabar. Apapun isu itu adalah pilihan kita. Suami jangan jadi betul sangat, sentiasalah bersama ibu dan istri. Jadi orang tengah. Bukan belah ibu sahaja. Dan bukan belah istri sahaja.

Moga terus bahagia. Dan smoga yg dah kahwin kekal bersama dgn tujuan meraih syurga.

Siti Halijah, berikan mereka ruang… ini masa untuk kedua2 pihak muhasabah diri.. berfikir..kalau masih kuat jodoh dorg harap bsatu balik.. masa2 ni adalah penting untuk orang tua memainkan peranan.. beralah,menasihatkan, memujuk demi kebahagian ank2..ingat balik masa2 bahagia nk dptkan zuriat. jadi lah ibu bapa penyejuk, penasihat tbaik.

Sumber : FB Nur Liyana Farahin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*