Rakaman Kenangan Aidilfitri adik Ainul ini diukir dgn titisan air mata dari kota London

Perjalanan bayi perempuan menghidap k4nser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah ke luar negara berjaya diharungi tanpa sebarang masalah sejurus berlepas ke London, Jumaat lalu. Pada Sabtu, bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, yang memuat naik status di Fb sehari selepas tiba di London semalam, berkata anaknya berjaya melepasi risiko menaiki penerbangan tanpa sebarang masalah.
Safiuddin berkata ia juga kerana dibantu dua doktor tempatan yang juga individu sukarela mengikuti misi itu, berhempas pulas memastikan bayi perempuan sembilan bulan itu sentiasa cergas ketika dalam perjalanan.

Yaa Allah, v1deo adik Ainul telah membuuta ramai netizen tertumpah airmata di pagi raya yang mulia ini. Bak kata walid dan umminya, MUSTAHIL bagi mereka untuk tidak merasa LELAH dan DUK4 di atas ujian yang amat berat ini…

Namun, apa yang mengembalikan KEKUATAN dan SEMANGAT mereka? Tidak lain dan tidak bukan, ia adalah berkat DOA dan SOKONGAN seluruh rakyat Malaysia untuk melihat SENYUMAN MANIS terukir kembali di wajah comel adik Ainul…

Juadah hari raya di London

Sungguh, itulah satu-satunya harapan kedua ibu bapanya dan seluruh tanahair…

DOAKAN kesembuhan kepada adik Ainul. PRAY 4 adik Ainul…

Jom tonton v1deo.

Antara luahan ayah Ainul mengusik jiwa oembaca di luar sana.

Saya yakin, kita semua ada sesuatu yang hendak kita perjuangkan dalam hidup. Bermacam-macam ujian, cabaran, dugaan dan rintangan yang mungkin kita bakal atau telah tempuhi.Tapi apa yang telah berlaku dalam kehidupan saya sekarang, Tuhan sebenarnya mendidik kami supaya lebih bersabar, redha dan bersyukur.

Sabar = Sabar lah walau apa pun yang berlaku, Allah itu tetap ada. DIA tidak pernah tidur.Redha = Apa pun terjadi, berserah kepada Allah dan letakkan Allah dalam hati. DIA satu satunya tempat kita bergantung. Sebab Allah yang mengenggam hati manusia. Dan DIA akan menggerakkan hati manusia, bukan kita.

Syukur = Percaya lah, apa pun keadaan kita sekarang, seperit mana pun kehidupan kita lalui, apaila kita bersyukur, Allah akan beri kita sesuatu yang mungkin kita tak pernah jangka dalam hidup. Jika tidak di dunia, pasti di akhirat kelak. London, 2 Jun 2019

Sementara itu, BH melaporkan Datuk, nenek setia di sisi Ainul Mardhiah

Sejak tiba di kota London minggu lalu, datuk dan nenek Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, mengakui tidak pernah jauh dari sisi bayi berusia sembilan bulan itu yang menghidapi ketumbuhan di bahagian mulut.

Salmah Atan dan Ahmad Razak Joffri, masing-masing nekad mengambil keputusan mnggalkan kampung halaman di Melaka untuk menziarahi Ainul Mardhiah, selain ingin memberi sokongan moral kepada ibu bapanya sementara bayi terbabit menunggu masa mendapatkan rawatan di London.

Ahmad Razak yang juga bapa Ahmad Safiuddin berkata, mereka gembira dengan perkembangan Ainul Mardhiah sepanjang berada dalam jagaan petugas perubatan di hspital London, hasil sokongan padu dicerminkan rakyat Malaysia yang berada di sini.

“Kami menziarahinya setiap hari sejak tiba di sini dan berharap Ainul Mardhiah bersedia menjalani rawatan. Kehadiran kami di sini untuk memberikan sokongan moral kepada mereka (Ainul, Ahmad Safiuddin dan isteri, Nurul Erwani Zaidi).

“Syukur Alhamdulillah, berkat reda, percaya dan minda positif, kita berupaya mengharungi ujian ini secara bersama. Ini bukan cabaran buat Ainul Mardhiah saja, tetapi kami sebagai datuk dan neneknya serta ibu dan bapa Ainul Mardhiah sendiri,” katanya selepas mengunjungi bayi berkenaan, hari ini.

Tersentuh dengan keikhlasan ditunjukkan pelbagai pihak, Ahmad Razak berkata, keluarganya menghargai sokongan semua pihak yang akhirnya membolehkan Ainul Mardhiah dibawa ke London untuk mendapat rawatan perubatan terbaik.

“Kami tidak mengenali siapa mereka, tetapi setiap pengorbanan, keikhlasan dan sokongan mereka amat disanjungi. Rintangan dialami Ainul Mardhiah ini ibarat dikongsi bersama. Kisahnya menjadi perbualan ramai dan masing-masing tampil menghulurkan bantuan.

“Sudah pasti kami berharap Ainul Mardhiah akan kembali seperti bayi lain yang mampu ketawa, bercakap dan berjalan dengan normal. Buat masa ini, kami tahu Ainul Mardhiah dalam jagaan terbaik bersama kakak angkatnya,” katanya merujuk kepada pasukan sukarelawan Malaysia yang menyediakan kemudahan penginapan serta pengangkutan sepanjang keluarga bayi itu berada di London.

Salmah ketika menggambarkan perasaan mereka mengenai tahap kesihatan Ainul Mardhiah pula menyifatkan tiada lagi tangisan setiap kali mengenang nasib bayi itu selepas disahkan menghidap k4nser mulut atau ‘Germ Cell Tumor’.

Beliau berkata, hanya kekuatan dipinjamkan Allah dan keredaan menerima ketentuan ini menjadi sandaran mereka supaya senyuman manis serta keriangan kembali terukir di wajah Ainul.

“Kami sentiasa mengingatkan ibu bapa Ainul Mardhiah untuk cekalkan hati dan menaruh kepercayaan kepada Allah, malah Ahmad Safiuddin yang juga anak sulung saya sentiasa meminta maaf dan meminta saya mendoakan dia dan anaknya itu kerana doa ibu mustajab,” katanya.

Antara komen ntizen: 

Mansor : Sepanjang bulan Ramadhan nie,setiap kali berbuka saya selitkan doa mohon pada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar adik Ainul dikurniakan kesembuhan…dan tidak lupa juga dalam doa Solat Aidilfitri..Saja saya kongsikan dengan Tuan Ahmad Safiuddin agar tuan tahu,tuan tidak bersendirian…Salam Aidilfitri dari saya,orang Sabah…

Ayue Rohaida : Selamat Hari Raya Tuan Ahmad Safiuddin, isteri serta adik Ainul. Semoga Ainul crpat sembuh dan dipermudahkan urusan tuan sekeluarga. Doa kmi di tanah air tak pernah putus buat Ainul.

Fatimah Ahmed : selamat hari raya ainul sayang…. semoga dipermudahkan urusan dan cepat sembuh… dan moga terus kuat Dan tabah utk kedua ibu Bapa ainul…

Noor hidayu : Yaa Allah , ku pohon satu je dr mu, sembuhkan anak kecil ini… berikan ia peluang utk mengecepai hidup seperti sediakala… amin…

Ainul, pagi2 lagi aunty, dh tercari2 page walid ainul, sbb nk tgk ainul… berderai airmata neyy… ainul kuat ye syg… kuat demi walid mu dn umi mu… aunty dekat sini tak pernah putus2 mendoakan utk mu nak…salam aidilfitri dr aunty and sekeluarga…

Rheayzie : Salam Aidilfitri buat anak yg kuat semangatnya Ainul Mardhiah..semoga diberi kesembuhan & dihilngkn kes4kitan itu..Selamat Hari Raya sayang..terubat rindu dpt tgok Ainul..terima kasih..

Sumber : islamikmedia/ BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*