Ptama kali jumpa di hotel. Dgn izin ayah, aku keluar dgn K hingga jam 5 pagi. Aku termkn kata2 laki ‘putus tunang’

Foto sekadar hiasan.Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan confession ini. Aku, wanita berumur 20. Masih belajar di IPTA. Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Cukup pasal diri aku.15/8/2018, Pensyarah aku membawa aku bersama kawan sekelas ku untuk melukis mural di sebuah hotel. Di situ lah bermula titik perkenalan kami. Aku berkenalan dengan seorang lelaki. Berumur 24 tahun. Tuan empunya hotel tersebut. Aku gelarkan dia, K.

Pada mulanya aku sangat benci dengan K. Kerana aku paling tidak gemar orang melihat aku ketika aku membuat kerja. K perhatikan dari belakang. Melihat kami semua membuat lukisan.

18/8/2018

K menghantar pesanan ringkas kepada aku. Memandangkan aku dilantik untuk menjadi ketua dalam tugasan itu. Untuk bertanya sama ada kami ingin menyambung buat lukisan tersebut atau tidak. Memandangkan hari tersebut hari sabtu , dan aku tidak pulak tidak pulang ke kampung halaman aku , jadi aku meneruskan membuat lukisan tersebut bersama kawan ku. Kami berdua. Tanpa pensyarah.

Ketika itulah, K memberanikan diri untuk bercakap dengan kami. Ketika itu, kawan ku, R bertanya kepada K. Sama ada dia tiada “teman perempuan” ke. Kerana K boleh kata 24 jam berada di hotel tersebut. Dan K berkata tiada sesiapa. Dia bujang. Kerana baru sahaja lepas putus tunang. Dan kami mempercayainya. Kerana K bercerita dengan sangat terperinci kejadian “putus tunang” nya itu.

7/9/2018

K menelefon aku lalu bertanya kepadaku, sama ada aku pulang ke kampung halaman atau tidak. Aku menjawab tidak. Kerana ada program esok hari. Dan K mengajak aku teman dia untuk menonton cerita di wayang. Dan aku setuju. Malam itu, aku sangat bahagia. Kerana layanan K terhadap aku sangat lah baik.

Selepas habis menonton cerita, kami duduk di tepi pantai. Kami berkongsi cerita sesama sendiri. Sampai lah pkul 5 pagi baru K menghantar aku pulang ke rumah sewa ku (aku sudah minta izin abah aku untuk keluar. Dan abah memberikan keizinan.)

Sejak daripada peristiwa itu, aku dan K selalu keluar bersama. Kadang kadang, K akan menghantar dan menjemputku di kampus. Aku sangat bahagia kerana terasa ada orang sayang aku.

Dipendekkan cerita, kawan lelaki sekampusku, A bekerja di hotel K “part-time”. Sejak dari itu, A selalu menghalang aku untuk keluar bersama K. Katanya tidak elok untuk menggangu rumah tangga orang lain.

A mengatakan bahawa sebenarnya K telah berkahwin. Aku sendiri bertanya kepada K tentang hal ini. K berkata. Tidak. Dia belum berkahwin. Aku sangat lega. Dan pada masa itu, aku mula berfikir bahawa A tidak suka aku rapat bersama K memandangkan aku pernah rapat bersama A pada awal sem.

A terus mendesak aku untuk mempercayainya. Dan aku terdetik untuk mengetahui K dengan lebih dalam. Disebabkan aku pernah membuat kerja di hotelnya, maka aku ada kenal pekerja pekerja K. Mereka sudah lama bekerja di sama sebagai “housekeeping”.

Aku mula bertanya kepada mereka tentang K. Mereka seakan akan takut untuk memberitahu ku perihal sebenarnya.

21/10/2018

Segalanya berubah. Pekerja K tidak mahu aku terus ditipu. Jadi pekerja K telah menghantar gambar perkahwinan K kepada aku. Aku seakan tidak percaya. Ternyata selama ini, dia seorang suami. Tapi aku tidak memberitahunya. Aku diam. Kerana aku sayang akan hubungan kami.

Sejak daripada itu, aku mula menjauhkan diri dari dia. Dia call, ws, semua aku tak layan. Dia pernah juga datang ke rumah sewa ku. Aku menyuruh kawan serumah ku kata aku tiada di rumah. Aku sangat skit hati dengan perangainya.

2/11/2018

K menunggu aku di depan kampus ku. Aku tidak sempat untuk lari daripadanya. Aku terpaksa hadap dia. Dia bertanya kenapa aku mengelak daripadanya. Aku cuma mendiamkan diri. Dan dia juga telah menuduh aku bermain kayu tiga di belakangnya. Aku terus berkata siapa yang main kayu tiga sebenarnya.

Aku luahkan segala tidak puas hati aku. Berjurai jurai air mata aku. Dan akhirnya dia mengaku bahawa dia telah berkahwin. Dan dia sedang mengalami masalah rumah tangga. Isterinya telah tuntut fasakh di makhamah.

Hari demi hari, K selalu mengadu kepadaku bahawa dia mahu bercrai dengan isterinya. Dan memberi jaminan bahawa dia tidak akan tinggalkan ku. Aku termakan kata katanya…

9/4/2019

K berkata kepada ku bahawa dia akan ke makhamah esok untuk menguruskan pencraiannya. Dan meminta aku untuk tidak menggangu dia. Dia ingin berseorangan.

10/4/2019

Ternyata K telah menipu ku. Kawan ku telah menghantar gambar. K tengah makan di kedai bersama isterinya. Dan mereka terlihat snagat mesra. Sekali lagi, aku ditipu.

12/4/2019

K mencari ku semula. Dia mengatakan dia terpaksa mengakhiri hubungan kami. Kerana dia masih sayangkan isterinya.

Selepas kejadian tersebut, K masih mencari ku sekadar untuk bertanya khabar. Dan aku masih layan nya seperti biasa kerana aku sayang kan dia. Sampaikan aku rasa aku sanggup bermadu. Tapi hakikatnya, aku ni hanya pelepas sepi dia. Isterinya bekerja di negeri lain. Jadi jarang jumpa.

Aku tahu aku ni bodoh kerana aku masih meneruskan hubungan dengan K walaupun tahu dia suami orang. Ini semua kerana mulut manisnya. Mungkin akan ada yang kata aku dengan dia kerana dia kaya. Tidak sama sekali. Sepanjang aku dengan dia, aku akan bayar semua benda kecuali minyak kereta. Kerana aku tidak suka guna duit orang.

Disebabkan hal ini, aku mengalami kemurungan yang teruk. Sehingga aku pernah ingin membnuh diri. Aku tidak pergi ke kuliah. Aku hanya berkurung di dalam bilik. Keluarga ku tahu pasal hal ini. Dan aku memberitahu mereka, ini semua salah aku. Terlampau percaya lelaki.

Masa berlalu pantas, aku masih dalam proses untuk menyembuhkan diri aku. Doakan aku supaya aku terus kuat untuk menghadapi kehidupan akan datang. Aku masih terlalu muda untuk semua ini. Berbaki 1 minggu sebelum aku masuk sem akhir aku.

Aku minta doa semua orang yang membaca, tolong doakan aku kuat untuk duduk di negeri itu. Doakan aku supaya aku bole lupa segalanya. Doakan aku berjaya habiskan diploma aku. Doakan aku supaya aku tidak mudah termakan kata kata lelaki.

Terima kasih semua.

Antara komen netizen :

Muhammad Faiz Njib –Nak tau tak cmne nk kenal laki org? Wangi, segak dan bergaya. Sebab isteri kt umah da setting bg ensem. Laki bujang? Busuk dan selekeh. Edit. Tapi xsemua lelaki org mcm ni.

Haifa Mohd –Dear confessor, kumbang bukan seekor. wake up, you should love yourself and prove you’re worth for it. you got depression and anxiety sampai nak bnuh diri untuk seorang lelaki? It’s worth?

Laki orang pulak tu. Listen, please have a deep thought on what you want to do in your life and I’m not bashing you, I just want you to love yourself. You are young girl! You will meet a lot of people and he’s not worth for you to fight. Put yourself on his wife shoes, are you able to accept ‘your husband new wife’? Be good peeps! All the best!

Nur Hela –Ya Allah dek.. akak nak nasihat ni. Ni nasihat turun temurun dari mak akak. “JANGAN PERCAYA BILA LAKI CAKAP DIA TENGAH ADA MASALAH DGN BINI DIA”. Depan awak je dia cakap ada masalah dekat belakang awak kemain lagi tau dia panjat bini dia.

Lepas ni kalau ada mana2 lelaki yg dah berpunya bagi ayat ni awak cakap je “pejabat agama ada di setiap daerah sila pergi ke cawangan yg terdekat. Sy bukan kaunselor. Pergi mampos dgn masalah rumahtangga anda”

Sue Lia –Dik, makcik ada anak lelaki umur 21 dan 22. Belum pernah lagi diorang keluar rumah pastu balik pkul 5 pagi. Walau diorang duduk rumah sewa masa belajar dan kerja. Cemana ye ayah awak boleh izinkan, dengan kawan lelaki pulak tu?

Tolonglah…jaga maruah dan nama baik keluarga dan diri sendiri. Yang lepas biarlah berlalu. Untuk masa akan datang, fikirlah dulu baik dan buruk sebelum buat sesuatu.

Nazima Ali –First mistake you made–pergi tgk wayang and spend the night by the beach till 5am. Berdosa.

Bertaubat, taubat nasuha. Janji dgn Allah tak akan mendekati ziina lagi. Jadi perempuan yang lebih baik supaya dpt suami yg lebih baik dari mangkuk ayun yg mengaku bujang tu.

You sanggup bermadu utk lelaki mcmni? Not worth it at all. He’s a liar, and boleh je dia tipu lagi utk perempuan yg lain pulak. Not worth it.

– S (Bukan nama sebenar) via iiumc via edisimalaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*