Pengantin baharu, Ally Iskandar dan isteri hantar Farah Lee dan Maream Esabel balik UK buat Ntizen Sebak

Selesai melangsungkan majlis pernikahannya semalam, personaliti televisyen popular Ally Iskandar, 43, dilihat turut bersama ahli keluarga yang lain menghantar bekas isteri dan anaknya pulang ke United Kingdom.Menerusi laman Instagram Farah Lee, dia dan anaknya, Maream Esabel yang berangkat pulang ke United Kingdom pagi ini berkongsi sekeping foto kenangan sebelum mnggalkan Malaysia.

Dan apa yang menarik perhatian warganet ialah kepulangan dua beranak itu ‘dihantar’ Ally dan isteri baharunya.

“Pengantin baru hantar #ommaream balik UK. First time Maream jumpa ibu tapi kalut-kalut tadi terlupa nak ambik gambar berempat,” tulis Farah yang turut dikenali dengan panggilan Omma.

Sementara itu, setelah hampir tiga tahun memegang status duda, Ally atau Ally Iskandar Mohd Mardzi akhirnya menemui pengganti apabila melangsungkn pernikahan dengan seorang wanita dikenali sebagai Marlina Ibrahim pada Sabtu.

Gambar pengantin baharu, Ally Iskandar dan isterinya, Marlina Ibrahim yang dikongsikan adik Ally, Ardi Herman dalam Instagram miliknya.

Difahamkan pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu bergelar suami kepada wanita kelahiran Temerloh, Pahang dengan sekali laffaz beserta mas kahwin sebanyak RM22.50 dan senaskah al-Quran.

Ini merupakan perkahwinan kedua Ally selepas berkahwin dengan personaliti media sosial, Nurfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee pada 20 Januari 2012, namun pasaangan itu bercrai pada 17 Ogos 2016.

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Maream Esabel yang kini berusia lima tahun.

Semoga ikatan kekeluargaan antara mereka kekal dalam rahmatNya walaupun masing-masing sudah memilih haluan hidup yang berbeza.

Netizen turut terkedan tgk moment ini. Antara komen mereka.

madieswho, Maream akan membesar jadi gadis yang bijak dan solehah inshaallah. Kerana ommanya mendidiknya dengan penuh cinta dan ilmu. Inshaallah. Ini bukan expectation, hanya setulus doa.

hfyzanur, Aku rasa omma & ally akan jadi macam norman & abby  takde masalah baik2 as friend untuk anak. Netijen jurr lebih2 padahal depa okay je  Have safe flight omma & maream

aisyaarrif, One amazing woman and you will raise another one amazing woman kalau lah dunia ni dipenuhi dengan perempuan macam you yang hati sentiasa lapang, world would be a much much better place. Wish u safe flight home (uk) and good luck for ur studies..

nouri6426, Didoakan semoga perkahwinan Ally kali ni kekal hingga akhir hayat. Maaf Farah, awak jgn marah kat saya ye tapi saya nak tulis jg pesanan utk Ally Iskandar. En Ally, Semoga kali ni, usaha awak lebih hebat utk pertahankan marriage you ok.

Jgn esok dah beranak satu ..crai pula. En Ally…awak tu lebih tua..matanglah sikit. Kalau isteri umur masih muda ni..biasalah..kdg2 byk rengek, rajuk, marah2…takut nanti awak boring layan…terus crai.

Dpt anak lagi. Hidup awak mudah je. Ada anak..ex wife tu dah cukup baik..ttp usaha hubungkan anak dgn bapa. Awak relaksla…besar2 je anak..awak tak payah pun susah payah besarkan

fffadhilahhh tak semua orang mampu lalui dengan tenang macam mana omma lalui. Seriously tabah gils k! respect betul dgn farahlee tell me how you go through this! mashaAllah baralkallah, beautiful, strong bond even you are already seprated. Head up Chin up to the strong positive lady!

yatthamzah_suci Mama fara baru je bg gambar ni pd kyatt. Ingatkan gambar lama rupanya latest lg fresh.. Alaa x sempat jumpa maream n anty n semua. Krmslm semua dear sis. Pape Roger kyatt.

Sumber : MHE TV via menujukebenaran

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*