Pemandu c1na tertidur dlm kereta hampir 30 minit, Zizan Razak dan team datang selamatkan keadaan

Pelakon dan pelawak Zizan Razak bersama team Zizan Razak X Fcukinflava (ZRFF) mendapat pujian netizen di laman sosial media selepas tindakan pantas mereka berjaya menyelamatkan seorang lelaki c1na yang tertidur di dalam kereta selama hampir 30 minit. Video menunjukkan situasi cemas tersebut dikongsi oleh Zizan Razak menerusi Instagramnya sehingga menjadi perhatian ramai.

Menerusi video berkenaan, Zizan bersama team dan orang ramai berhampiran kawasan kejadian yang dikatakan berlaku di Pulau Pinang itu membantu seorang lelaki c1na yang tertidur sehingga tidak sedarkan diri walaupun pelbagai cubaan yang dilakukan.

Akhirnya, mereka bertindak mem3cahkan cermin belakang kereta mewah tersebut selepas pemandu berkenaan tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Zizan menerusi kapsyen Instagramnya, kejadian tersebut sedikit sebanyak membuat dirinya rasa berbangga terhadap sikap saling bekerjasama yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia walaupun berlainan bangsa.

Baginya, kejadian seperti itu dapat membuatkan semua bangsa bersatu menghulurkan bantuan tidak kira apa jua keadaan yang berlaku.

Pelawak popular berkenaan menzahirkan ucapan terima kasih dan menasihatkan orang ramai supaya berehat dan tidak terlalu bekerja lebih masa.

Selain itu, posting Zizan di Instagram dipenuhi dengan komen-komen positif oleh netizen.

Rata-rata netizen memuji sikap dan tindakan Zizan bersama team yang berjaya menyelamatkan lelaki c1na tersebut.

Video yang dimuatnaik semalam mendapat tontonan hampir 618,445.

Syabas diucapkan kepada Zizan dan team serta orang ramai yang telah bantu menyelamatkan keadaan. Siapa peminat Zizan? Mesti korang rasa terharu kan?

Sumber: Instagram Zizan Razak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*