“Pemain JDT kan, tengok kepala dah tahu”- Netizen

Pelakon Eyka Farhana telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 25 baru-baru ini. Namun, ramai netizen lebih tertumpu kepada jejaka bersebelahan Eyka Farhana menerusi sebuah foto yang dimuatnaik Eyka sendiri di laman Instagramnya. Foto Eyka Farhana bersama jejaka pilihannya itu ternyata telah mengejvtkan ramai netizen apabila jejaka tersebut antara individu yang dikenali ramai.

Rata-rata netizen berteka-teki selepas melihat jejaka yang berdiri bersebelahan Eyka dan nampaknya ramai netizen sudah mengetahui sosok badan dari belakang menerusi foto tersebut adalah Akhyar Rashid, salah seorang pemain bola sepak pasukan JDT.

Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang penjelasan mengenai hubungan mereka secara rasmi.

Menerusi foto terbaru yang dimuatnaik Eyka, pelakon yang baru memasuki usia 25 tahun itu menyambut ulangtahun kelahirannya bersama rakan dan kek4sih hatinya di Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Bertuah Eyka dapat dinner dekat Grand Hyatt..

Beberapa foto lain bersempena sambutan ulang tahun kelahirannya juga turut dikongsi oleh Eyka di Instagram. Namun, fotonya bersama Akhyar Rashid lebih menjadi perhatian netizen.

Bukan itu sahaja, peminat-peminat Eyka dan rakan-rakan artis juga kelihatan begitu teruja dengan memberi pelbagai reaksi menerusi ruangan komen.

Malah, ada sesetengah netizen mengusik Eyka dan Akhyar supaya segera berkahwin serta mendoakan kebahagiaan buat mereka.

Sementara itu,Akhyar juga telah memuatnaik fotonya bersama Eyka dengan ucapan ‘Happy Birthday’ menerusi IG story di Instagramnya.

Sebelum ini, spekulasi berkenaan hubungan Eyka dan Akhyar Rashid pernah hangat diperkatakan selepas kecoh sebuah gambar yang dirakam berdua secara mesra tersebar di laman media sosial. Namun sudah terbukti mereka berdua sedang menjalinkan hubungan cinta bersama walaupun masing-masing belum memberi kata putus mengenai hubungan mereka.

Sumber: Instagram Eykafarhana

Artikel ini disediakan oleh world-wide24. Sebarang C0py Paste tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*